Kakak tidak menjawab.  Saya faham.buku-buku tu sudah semestinya berharga 
baginya dan membawa seribu satu memori zaman persekolahnnya. 'Sentimental 
value' w
alaupun sekarang ini jika dijual sekalipun harganya mungkin beberapa sen sahaja.
alaupun sekarang ini jika dijual sekalipun harganya mungkin beberapa sen sahaja.
Zaman sekolah 
rendah tahun 70an dahulu tak ramai dari kami yang punya peluang 
untuk membeli buku, terutama sekali buku cerita.  Orang tua masih 
bertungkus lumus menyara hidup keluarga. Tak punya ongkos yang banyak 
untuk membeli barang-barang yang lain, inikan pula buku cerita. 
Tahun 70an dahulu, bagi mereka yang ulat buku  mempunyai buku cerita 
bagaikan satu harta yang sangat bernilai. Buku kepunyaan sendiri 
pasti dikepit erat atau di pampang di hadapan rakan bagaikan gajet yang 
canggih zaman ini. 
 Di mana
 kami peroleh buku cerita yang istimewa? Samada melalui  anugerah 
kejayaan cemerlang di hari penyampaian hadiah. Pihak sekolah ketika 
itu  memang lebih suka memberi buku sebagai hadiah. Ataupun daripada tabungan duit sendiri hasil daripada berjimat cermat duit 
sekolah yang diberi, mungkin hanya 10 sen atau 20 sen sehari.
Di mana
 kami peroleh buku cerita yang istimewa? Samada melalui  anugerah 
kejayaan cemerlang di hari penyampaian hadiah. Pihak sekolah ketika 
itu  memang lebih suka memberi buku sebagai hadiah. Ataupun daripada tabungan duit sendiri hasil daripada berjimat cermat duit 
sekolah yang diberi, mungkin hanya 10 sen atau 20 sen sehari.Saya masih ingat betapa gembiranya saya mendapat beberapa buah buku Enid Blyton sebagai hadiah pelajar terbaik Sains darjah 5. Salah sebuah buku itu masih dalam simpanan saya sehingga hari ini walaupun sudah berusia lebih 40 tahun!.
Teringat saya tentang seorang pakar motivasi  di tv yang pernah 
memberitahu " Saya pernah membaca hampir kesluruhan buku di 
perpustakaan." Hebat, bukan? Hidupnya di zaman kanak -kanak bukannya mewah
 sehingga dapat membeli buku-buku dengan mudah. Namun itu satu 
usahanya yang terpuji untuk mendapat ilmu.Walaupun ketika itu ramai
 dari kalangan orang Melayu yang miskin, mencari ilmu bukan  satu alasan 
bagi mereka. 
Perpustakaan
 memang tempat yang menarik bagi pelajar sekolah menengah tahun 70an 
dahulu. Pernah satu ketika, seorang guru mencari cari anak-anak murid yang ponteng kelasnya dan menjumpai kebanyakan daripada mereka berada di 
perpustakaan! Piat! piat !dirotannya mereka sewaktu keluar daripada 
perpustaakaan. Hukuman bagi mereka yang begitu berani ponteng kelasnya! 
Mungkin murid- murid sekarang bukan lagi ke perpustakaan tika ponteng, 
bukan?
Adakalanya 
pernah juga saya teringn memiliki buku-buku daripada luar negara. Tapi  
bila disedari tahap  kemampuan kami yang sederhana, cukuplah sekadar  membelinya 
sahaja  di 'second hand bookstore'. Mungkin itu saja cara untuk 
memperolehi buku-buku import yang murah.  Walaupun kulitnya  tidak 
secantik dan berkilat sebagaimana asal, semestinya ia menjadi sebahagian daripada 
koleksi buku saya yang sangat berharga. 
Gamaknya
 dengan mengumpul duit sendiri untuk memmbeli barang barang berbentuk 
ilmiah  itulah yang mematangkan kami. Berdikari untuk mencari ilmu.
Saya masih ingat lagi membaca tentang satu  kisah kegemilangan dinasti Abbasiyyah. 
'Khalifah
 Al Ma' mun ialah seorang khalifah dinasti Abbasiyyah. Beliau adalah 
seorang yang sangat cinta kepada ilmu dan pengetahuan. Bahkan, kadang
 beliau harus memaksa para musuhnya menandatangani surat perjanjian yang
 berisi kesediaan untuk memberikan sebahagian buku-buku berbahasa Yunani 
yang sangat bernilai dan sukar didapati. Beliau juga sering mengirim 
utusan - utusan ke pelbagai penjuru untuk membeli ataupun menyalin 
teks-teks asli buku yang bertulisan tangan. Kebetulan, salah seorang yang
 menjadi pemimpin dari rombongan ini adalah Muhammmad bin Musa Al 
Khawarizmi. Beliau pernah dikirim ke Afghanistan, bahkan pernah sampai ke 
India lalu pulang dengan membawa buku-buku tulisan tangan yang sangat 
berharga. Lantas baginda menyerahkan urusan  pengaturan Al Hikmah kepada
 Al Khawarizmi dan menjadikannya sebagai pusat sastera yang di diami 
oleh para ulama dan penterjemah yang dibayar langsung oleh negara. '
Al Hikmah-12 tokoh Pengubah Dunia-Khalid Haddad
Begitulah
 gigihnya seorang khalifah mendapat ilmu walaupun sumbernya bukan 
daripada  orang Islam. Allah  Ar Rahman memberi rezeki dalam bentuk ilmu 
kepada semua manusia tak kira Islam atau tidak. Biarpun ilmu itu 
datangnya daripada orang bukan Islam, tugas orang Islam tetap 
mendapatkan  ilmu sebanyak yang mungkin.'
"Hmm...
 Buku cerita  ada manfaat ke?" Bergantung kepada jenis cerita dan gaya 
penceritaannya. Tahun 70an dahulu antara yang menjadi kegemaran kanak- 
kanak ialah jenis 'adventure' atau cerita berkenaan sekolah . Bagi saya 
cerita-cerita ini menguji minda antaranya melibatkan penyiasatan, 
danpeng alaman menarik yang dilalui oleh sekumpulan kanak kanak  Buku cerita
 dalam bahasa Inggeris meluaskan kosa kata(vocabulary) bahasa 
inggeris.  Tidak dinafikan buku-buku yang merosak minda  memang ada 
seperti buku buku lucah dan yang menyeleweng daripada Islam. Cuma kita 
perlu berhati-hati. Sama seperti sekarang kita perlu mengawasi 
penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak.

 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment