 "Allah...sempat ke ni? Berbaloi ke kita kalut-kalut ni," 
kata saya kepada suami. Kami harus sampai ke tempat itu pukul 5.15 
pm.Walhal jam ketika itu sudahpun 5.30 pm. Kami ada 6 km lagi perjalanan untuk 
sampai.
"Allah...sempat ke ni? Berbaloi ke kita kalut-kalut ni," 
kata saya kepada suami. Kami harus sampai ke tempat itu pukul 5.15 
pm.Walhal jam ketika itu sudahpun 5.30 pm. Kami ada 6 km lagi perjalanan untuk 
sampai. 
Matahari 
hampir terbenam.Hari sudah mula melabuhkan tirainya. Bukan sengaja kami mahu keluar dalam waktu yang kurang 
digalakkan sebegini. Namun waktu itu sajalah kami dapat menyaksikan makhluk-makhluk kecil ciptaan Allah ini keluar dari laut menuju ke 
sarangnya di pantai. Dan mereka hanya keluar ke laut semula sebelum 
waktu subuh. Keadaan yang normal bagi haiwan nokturnal (haiwan yang 
aktif pada waktu malam).
Sampai
 di tempat tersebut kami terus menapak dengan laju.Sudah lewat. Tempat 
yang dituju agak jauh. Angin dingin laut selat Bass di selatan Australia ini mula terasa sejuknya, menggigit hingga ke tulang  walaupun berpakaian sampai 3 lapis. "Ramainya orang!" terkejut  saya melihat begitu ramai orang sanggup pergi 
tempat sebegini jauh dalam keadaan cuaca yang sangat sejuk.  Kelihatan 
bangku-bangku panjang  disediakan bertingkat-tingkat menghadap ke pantai. 
Seolah-olah satu pertunjukan poentas. Tangan terasa membeku. Terus saya 
capai sarung tangan yang memang saya selitkan di dalam beg. 
'Penguin
 parade', itulah istilah yang diberikan kepada perarakan 'little penguins'  dari 
laut ke sarangnya. Bukan satu perarakan yang perlu disiapkan seperti 
manusia tetapi  ia berlaku setiap malam tetapi oleh burung-burung 
penguin yang berlainan. Bukan burung-burung yang sama. Perarakan ini 
hanyalah daripada laut hingga ke pesisiran pantai. Tanpa perlu apa-apa 
persiapan sebab Allah telah mengatur segalanya.
Tak
 lama selepas itu ,kelihatan banyak kelompok-kelompok burung penguins 
di pantai. Baru keluar dalam kedaaan masih basah dengan air laut. Masing 
masing  berdiri tegak seolah menunggu arahan dahulu untuk berkumpul. 
Lepas itu barulah menapak laju ke arah sarang. Memang menarik bila 
melihat begitu banyak kelompok kelompok burung ini berkumpul. Namun 
kami tidak dibenarkan mengambil sebarang gambar. Takut burung itu 
terganggu dan tidak mahu datang lagi ke pantai tersebut. Semuanya 
diperhatikan daripada atas pentas yang disediakan. 
Kebiasaannya
 begitulah pengalaman yang diceritakan oleh orang yang begitu teruja 
melihat sesuatu yang baru. Namun penglihatan hasil daripada deria 
mata, anugerah Allah ini punya beberapa tingkatan. Jika dilihat oleh orang 
biasa biasa, ia hanya satu pemandangan dan pengalaman yang mengujakan. 
Jika dilhat dengan menggunakan akal, akan tercungkillah ilmu disebalik 
penciptaannya. Bagaimana burung penguin ini boleh hidup dilaut begitu 
lama didalam laut. 80% kehidupannya di laut. Hanya 20% di darat. Dari 
segi sains, terbit soalan bagaimana keadaan bulunya.?Apa makanannya? Tidurnya 
bagaimana? Semua persoalan akan timbul di pemikiran kita dan bagi 
sesetengah orang, mereka akan cuba mencari jawapan bagi sunatullah ini. 
Namun
 yang lebih baik, kita dapat melihatnya dengan mata hati. Jika dilihat 
dengan mata hati, kita bukan sahaja memperolehi ilmu, malah kita 
memperolehi iman. Dengan memerhati, mengkaji dan memikirkan tentang apa 
yang berlaku, contohnya, mengapa burung-burung ini diciptakan, siapa 
penciptanya membuatkan kita semakin hampir kepada Sang Pencipta, yakni 
Allah. Betapa terpericinya ciptaan Allah pada burung sebegini kecil. 
Inilah yang Allah nyatakan dalam firmannya yang bermaksud:
" Mereka yang sentiasa berzikir(ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."
" Mereka yang sentiasa berzikir(ingat) kepada Allah dalam keadaan berdiri, duduk dan berbaring serta berfikir tentang kejadian langit dan bumi(sambil berkata): 'Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami daripada azab neraka."
(Surah Ali Imran 3: 191)
Bersambung.
Rujukan:
2.Lihat alam melalui mata hati-pahrol mohamad Juoi-Solusi isu 20 

 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment