"Kenapa masjid ni macam pelik sikit. Lantai dia berhabuk. Macam dah lama
tak diguna?" kata suami saya. Saya yang kurang peka tentang hal-hal ini
terus mencari-cari pintu yang tidak berkunci. Ternyata tiada kelihatan yang boleh dilalui.
Kami berada di hadapan sebuah masjid daerah yang agak besar. Agak luas kawasannnya. Tapi agak musykil kenapa seolah-olah masjid ini sepi daripada kunjungan jemaah. Seluruh kawasan luar masijd dan tempat wudhuk seperti sudah lama ditinggalkan.
Saya terserempak dengan seorang tukang cuci yang sedang menyapu lantai sebuah tempat berteduh tidak jauh dari masjid. "Yang mana satu pintu yang tak berkunci?" saya bertanya sambil menunjukkkan pintu depan masjid yang di manggakan. 'Masjid ini dah tak digunakan lagi. Solat di bangunan lagi satu. Tapi pergilah dengan kereta, lagi mudah." jawabnya.
Tidak pula di terangkan kenapa masjid ini tidak digunakan lagi,sebaliknya dia terus-menerus menyuruh kami ke bangunan di sebalik pagar.
Sampainya kami ke bangunan yang dimaksudkan, kami terserempak dengan seorang lelaki sedang mop lantai bangunan tersebut. Salam diberi dan dihulur oleh suami saya tanda berkenalan sebagai seorang Islam. Orangnya mesra, oleh itu agak mudah berkomunikasi dengannya.
Kami terus menanyakan perihal masjid yang besar di sebelah. " Masjid ni
rosak teruk kesan daripada gempa bumi tahun 2015. Kubahnya ada yang
jatuh, ada yang sudah senget. Dinding menara juga jatuh menghempas ke
siling langsung terus ke lantai. Sangat bahaya untuk solat di situ. "
Terkejut kami mendengar penerangannya.
"Masa itu waktu pagi. Lebih kurang pukul. Ada seorang sedang mop lantai masjid masa itu. Beberapa minit sebelum kejadian, Allah menggerakkan hatinya pergi ke tempat lain untuk melakukan sesuatu. Tiba-tiba kedengaran satu dentuman. Siling di kawasan dia mop sebelum itu terhempas dengan kuatnya. Allah telah menyelamatkannya. Alhamdulillah." cerita orang tersebut lagi.
Allahuakbar. Terkedu kami mendengar penerangannnya. Namun bersyukur bila diberitahu tiada yang cedera di masjid ketika itu. Allah jua yang menentukannya hidup dan ajal hamba-hambanya.
Kami terus melangkah ke bangunan masjid untuk menyaksikan sendiri kerosakan masjid tersebut. Memang dari jauh, kerosakannya hanya kelihatan sedikit. Menjengah ke dalam, kelihatan siling dan bumbung yang runtuh hampir mencecah lantai. Tak dapat kami bayangkan bagaimana ketulan-ketulan besar dinding simen dari menara jatuh menghempap bumbung dan siling bangunan masjid ketika itu. Kawasan wuduk juga tidak dapat digunakan. Silingnya dan bumbungnya rosak teruk. Mendongak ke atas kelihatan kubah-kubah yang senget, menungggu masa saja untuk jatuh menghempas ke bumi.
Seketika lalu seorang lelaki tidak jauh dari kawasan wuduk. Sedar akan kehadiran kami untuk memerhati kesan runtuhan gempa bumi ini, dia menyuarakan keluhannya," Sudah dua tahun. Masih belum ada apa apa perubahan."
Ya, sudah dua tahun gempa bumi berskala richter 5.9 ini berlaku. Namun, tiada tanda-tanda pun sudah bermula pembaikian masjid ini. Apakah dana masih tidak mencukupi? Atau masih di peringkat perancangan?
Yang nyata apa yang banyak diwar-warkan dalam media ialah puncak gunung Kinabalu yang terjatuh kesan daripada gempa ini. Yang disibukkan ialah mengukur semula ketinggian puncak gunung Kinabalu."Jemaah yang ramai terutama sekali tika solat Jumaat terpaksa menggunakan surau-surau berdekatan. Bangunan sementara masjid yang tidak cukup luas." keluh jemaah yang kami jumpa.
Seketika saya teringat berlaku kebakaran di sebuah masjid di Texas beberapa bulan lepas. Ramai yang bersimpati rumah Allah ini tidak dapat digunakan. Selepas dilancarkan kutipan untuk pembinaan semula, jumlah yang dikutip sudah mencecah satu juta USD dalam masa beberapa bulan sahaja. Allahuakbar! golongan yang menderma bukan sahaja daripada orang Islam, malah daripada orang bukan Islam juga. Kenapa dana masjid ini begitu cepat dan banyak dikutip di bumi yang kontroversi ini? Mungkin cara mereka patut dipelajari dan diambil iktibar oleh kita disini.
Kami terus melangkah ke bangunan sebelah untuk mengisi tabung besi masjid di ruang hadapan bangunan. Memang, melawat rumah Allah ialah antara itinerari lawatan kami ke negeri di bawah bayu ini. Insha Allah masjid yang baru yang lebih luas ditegakkan segera. Insha Allah masjid ini tidak sepi lagi bahkan kuat dan nyaring dengan jemaah yang mengaminkan Al Fatihah setiap kali solat fardhu. Insha Allah.
Elok juga kita renungi apa yang dikatakan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi:
'Ada orang yang rumahnya hampir dengan masjid tetapi tidak mampu. mendatanginya. Sebaliknya, ada orang yang rumahnya jauh dari masjid tetapi mampu mendatanginya. Ini semu soal hati. Jika hati hampir dengan Allah jarak yang jauh akan menjadi dekat. Namun jika hati jauh dengan Allah, jarak masjid yang dekat pun terasa jauh.
Di dalam masjid itulah terlaksana pelbagai jenis ibadah. Bukan sahaja bercorak habluminallah ( hubungan dengan Allah) tetapi juga habluminannas( hubungan sesama manusia) bukan hanya solat , zikir dan berdoa, tetapi masjid menjadi pusat ilmu, kebajikan, kesihatan, perhubungan dan lain- lain aktiviti kebaikan.
Rasulullah bersabda:" Mana sahaja masyarakat yang berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid- masjid), membaca dan belajar Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka pada makhluk-makhluk yang berada di sisinya."
( Riwayat Ahmad)'
Rehat dan Rawat Hatimu di Masjid- Pahrol Mohd Juoi Solusi Isu 74
Rujukan:
http://www.npr.org/sections/thetwo-way/2017/02/01/512826283/donations-to-torched-texas-mosque-top-1-million-in-outpouring-of-support

No comments:
Post a Comment