"Saya ialah seorang muslim dan akan selamanya menjadi seorang Muslim. Agama saya ialah Islam.
Saya bukan seorang rasis dalam bentuk apa sekali pun. Saya tidak mempercayai diskriminasi atau pengasingan(segregation). Saya mempercayai Islam. Saya seorang muslim dan tidak ada apa-apa kesalahan menjadi seorang Islam, tiada apa-apa kesalahan dalam agama Islam. Agama ini mengajar kita mempercayai Allah ialah tuhan kita. ........"
Sumber: http://www.malcolm-x.org/islam.htm
Mungkin di Malaysia tidak ramai yang mengenalinya. Yang kita tahu ialah orang berkulit hitam semakin ramai berada di negara kita. Mereka mungkin dari Nigeria, Sudan atau pun Somalia. Sering juga kita memandang rendah terhadap mereka yang berkulit hitam ini. Maklumlah apa yang disiarkan di media, penyalahgunaan dadah mahupun kegiatan yang tidak bermoral sering dikaitkan dengan mereka.

Perjuangan bangsa kulit hitam di Amerika Syarikat sudah begitu lama. Bangsa mereka dahulunya dibawa dari Afrika sebagai hamba. Perlu diingatkan kisah penghambaan ini wujud di merata-rata tempat di dunia termasuklah di tanah Arab dan negara kita. Oleh itu saya tak akan bincangkan topik penghambaan di sini.
Terus terang saya mengaku nama Malcolm X ini lebih saya kenali sewaktu saya mengembara bersama keluarga di Amerika Syarikat dan bukan sewaktu saya belajar di sana tahun 1980an dahulu. Nama pejuang kulit hitam yang lebih dikenali di Amerika syarikat ialah Martin Luther King. Tugu peringatan Martin Luther King juga terdapat di National Mall,Washington DC. National Mall ialah sebuah taman yang besar yang dibina berdasarkan sejarah Amerika Syarikat. Namun Malcolm X diingati di sebuah muzium Islam yang kecil, di Washington DC atas usaha orang Islam berkulit hitam sendiri . Pernah ke anda yang melancong atau belajar di Amerika Syarikat berkunjung ke muzium ini?
Bersambung.
No comments:
Post a Comment