Jarang orang akan berbicara pengalaman pahit yang dilaluinya kerana dengan mengimbau kembali kisah- kisah itu ia akan menyebabkannya sedih atau trauma. Sungguhpun begitu, pengalaman yang dilalui jika diceritakan kadangkala boleh membantu orang lain yang mengalami pengalaman yang sama.
Pengalaman aku sewaktu mula- mula mengalami sakit tulang belakang sememangnya mengejutkan. Pada suatu waktu awal subuh, ketika aku bangun dari tidur aku terasa kakiku berat dan sangat sakit ketika hendak melangkah menuruni katil. Sakitnya bukan kepalang seperti tersilap urat. Namun aku berusaha juga untuk solat subuh tanpa diketahui sesiapapun.
Awal pagi barulah aku memberitahu suamiku berkenaan kesakitanku. Pada mulanya aku menyangka ia berkaitan tentang penyakit hyperthyroid yang sedang aku alami. Lalu aku terus membuat temujanji dengan pakar thyroid yang biasa aku kunjungi.
Namun setelah aku bertemu dengan doktor tersebut, aku dan suamiku telah diberitahu bahawa kesakitan yang aku alami itu sebenarnya berkaitan dengan tulang. Lantas dia terus menghubungi pakar tulang belakang yang juga mempunyai klinik di sana.
Maka daripada saat itu bermulalah pelbagai 'medical test' yang terpaksa kulalui x-ray, ujan darah yang pelbagai termasuklah melakukan ct scan yang pada mulanya agak menakutkan namun setelah beberapa kali aku menjadi tenang semasa berada di dalamnya.
Selesai ct scan doktor telah mengesahkan salah satu tulang belakangku telah terkeluar dari kedudukannya dan hanya pembedahan yang dapat membetulkannya, InsyaAllah. Jika terlambat, pelbagai kemungkinan akan terjadi termasuk lumpuh.
Perasaanku ketika mendengarnya Allah saja yang tahu, terkejut,sedih dan pelbagai kemungkinan buruk bermain di fikiranku.Bagaimana tulang belakangku boleh jadi sedemikian. Aku bukan ahli sukan. Aku tak pernah jatuh dari tempat yang tinggi. Tak pernah pula aku alami sakit yang amat sangat walaupun pernah tergelincir di lantai licin beberapa kali.
Namun kenyataan itu akhirnya terpaksa ku terima dengan redha walaupun pahit. Hanya Allah yang mengetahui hikmah disebalik cubaan ini.

Daripada Abu Hurairah r.a.
bahawa Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:
"Perumpamaan orang Mukmin adalah tanaman
yang selalu digoncang angin,
( begitu juga) orang Mukmin selalu diduga
dengan pelbagai dugaan dan cubaan."
(Riwayat Tarmizi)
Bersambung.
Bersambung.
No comments:
Post a Comment