Ucapkan terima kasih apabila seseorang melakukan kebaikan dan pengorbanan.
Ia akan menggalakkan orang lain untuk lebih bertimbang rasa .
Terdapat ramai orang yang kurang ajar dan tidak bertimbang rasa di dunia, tetapi kita boleh menjadi ejen perubahan yang sering mengucapkan terima kasih atas segala kebaikan walaupun kecil.
Nabi saw bersabda:
" Sesiapa menerima kebaikan daripada orang lain, maka balaslah perbuatannya itu dengan ucapan : 'Jazakallah khairan.' Ucapan itu cukup untuk menyatakan kesyukuran."
Riwayat al Tarmizi
Sesetengah orang begitu sibuk memikirkan tentang orang yang tidak suka kepadanya tetapi mereka lupa untuk menghargai dan meluangkan masa untuk orang yang menyayanginya. Kita patut menerima kekurangan orang lain kerana kita harus sedar bahawa kita sendiripun banyak kekurangan.
Penghargaan akan membakar semangat untuk melakukan sesuatu dengan lebih baik. Jika semua orang dapat menerima galakan yang mereka perlukan, pasti dunia kita dikelilingi oleh orang yang positif, bijak bermotivasi dan seumpamanya.
Ingat, orang yang paling bahagia bukanlah golongan yang mempunyai hidup yang sempurna segala- galanya, mereka ialah orang yang berterima kasih untuk segala- galanya yang mereka miliki. Jika kita tidak suka menghargai orang lain, diri kita juga tidak akan dihargai.
Hj Zainuddin Ali- Solusi Isu 59

No comments:
Post a Comment