Niat kami hanya untuk singgah sebentar di Friske Orchards ialah untuk membeli buah-buahan segar. Namun taqdir Allah telah menemukan kami dengan seorang yang sangat istimewa semasa sibuk memiih epal-epal segar.
"Hi, those apples are still hard and good." Muncul seorang perempuan tua dari bahagian bilik di belakang bangunan tersebut. Ketika itu kami sedang sibuk memilih pelbagai buah-buahan segar dan produk segar untuk dibeli.
"Hi, those apples are still hard and good." Muncul seorang perempuan tua dari bahagian bilik di belakang bangunan tersebut. Ketika itu kami sedang sibuk memilih pelbagai buah-buahan segar dan produk segar untuk dibeli.
Aku masih ingat ditangannya terdapat sebilah pisau nipis dan sebiji epal yang baru dikupasnya. Rupanya dia sedang mengupas epal ketika kami beramai-ramai masuk ke dalam kedainya. Senyum dan ramahnya menyebabkan kami begitu senng berbual dengannya.
Olga atau kami lebi gemar memanggilnya Nenek Olga sebenarnya tuan punya kedai dan ladang epal yang besar yang kami singgah itu. Kenapa kami gelarkan nenek dan bukan mak cik? Sebenarnya beliau memberitahu kami yang beliau sudah berusia lebih 80 tahun. Oleh itu lebih sesuai kami mmanggilnya nenek.
Sambil mempromosikan produk-produknya, Nenek Olga dengan senang hati menceritakan sejarah hidupnya mengusahakan Friske Orchards. Orchard bermaksud dusun buah-buahan dalam bahasa Inggeris.
Sebenarnya Nenek Olga berasal dari Poland. Akibat dari peperangan yang melanda negara tersebut, dia dan suaminya telah mengambil keputusan untuk berhijrah ke Amerika Syarikat. Kedatangan mereka hanya berbekalkan sebuah beg kecil setiap seorang. Setelah menetap beberapa tahun di kawasan terpencil ini, nenek Olga telah membeli sekeping tanah terbiar untuk diusahakan sebagai tanah pertanian. Nenek Olga bersama suaminya bukan saja menanam epal, bahkan pelbagai pokok buah-buahan yang lain seperti peach, apricot dan ceri. Kesemuanya untuk kemandirian menyara hidup mereka sekeluarga.
Kini suaminya telah meningal dunia. Sayu kami mendengar Nenek Olga menyebut berulang kali yang suaminya sudah meninggal duna. Ternyatabeliau masih bersedih dan sunyi dengan pemergian suaminya). Memang sedih kala teringat susah payah yang dialaminya, bersama-sama berusaha membangunkan tanah yang terbiar menjadi dusun yang sungguh subur. Kini hanya tinggal dia dan anak-anaknya sahaja yang mengusahakannya. Usianya yang semakin lanjut menyebabkan dia terpaksa menyerahkan sebahagian besar tugasnya kepada anak anaknya. Dia bersyukur anak anaknya sanggup mengusahakan ladang nya.
Nenek olga memberikan panduan kepada kami untuk memilih buah-buahan segar dari ladangnya. Pelbagai jenis buah-buahan yang dijual di sini;epal, oren, strawberies dan sayuran. Oleh kerana peaches dan cherries bukan lagi didalam musimnya buah-buahan ini disejukbeku atau dijadikan paste dan jam. Yang menariknya epal yang dijual mempunyai pelbagai jenis nama seperti Jona Gold, Empire, Macintosh dan Red Delicious. Bukan seperti di Malaysia , yang biasa didapati ialah epal Washington State yang merah, epal Fuji ataupun Granny Smith yang hijau.
Selesai memilih buah-buahan kami sempat bergambar dengan nenek Olga dan bersalaman dengannya tanda terima kasih dan kami gembira bertemu dengannya. Walaupun kami berlainan agama; dia seorang beragama Kristian dan Kami beragama Islam, tidak salah kami menghormati dan mengkagumi dirinya yang sanggup berusaha begitu kuat menyara hidup keluarga mereka. Seharusnya usaha gigih nenek Olga bersama mendiang suaminya elok kita jadikan iktibar bagi diri kita yang sering memberi pelbagi alasan.
Kami terus ke bahagian tengah kedai untuk membayar buah-buahan dan produk lain yang telah kami pilih. Kalau tidak silap saya, yang menjaga bahagian cashier ialah anak perempuannya sendiri. Tampak terserlah peribadinya yang peramah sama seperti ibunya.
Begitu teruja dengan cerita nenek Olga, kami memohon kebenaran untuk menjengok ladang buah-buah-buhan mereka di sebelah kedai tersebut.
Begitu teruja dengan cerita nenek Olga, kami memohon kebenaran untuk menjengok ladang buah-buah-buhan mereka di sebelah kedai tersebut.
Itu cerita pengembaraan kami tahun 2012 dahulu, di Michigan. Amerika Syarikat. Kerap kali kita apa yang dengar dan lihat di negara negara barat ialah mengenai jenayah atau akhlak buruk mereka di sana. Kerap kali juga kita bila terjadinya jenayah atau akhlak buruk di negara kita, sering juga kita menuding jari ke arah negara negara barat. Namun apa yang kami alami sepanjang pengembaraan kami di sini adalah sebaliknya. Akhlak yang ditunjukkan oleh Nenek Olga dan anaknya akhlak yang terpuji seperti yang dianjurkan oleh Islam. Allah jua yang mendetikkan hati kami utk singgah di sini dan mendapatkan sesuatu pengajaran di bumi Michigan ini.
Seketika saya teringat satu buku Syamail Muhamadiyah (akhlak dan budi elerti Nabi Muhammmad SAW) yang telah saya beli satu ketika dahulu. Ini ialah salah satu petikan tentang akhlak Baginda.
Diriwayatkan daripada Anas bin Malik r.a., beliau menceritakan:
" Aku telah berkhidmat kepada Rasulullah SAW selama 10 tahun. Tidak pernah Baginda berkata kepada kepadaku 'Uffin.' (kalimah yang digunakan oleh orang-orang Arab untuk melahirkan rasa meluat atau bosan seseorang atau untuk menghinanya). Tidak pernah Baginda berkata kepadaku sesuatu yang aku lakukan (yang tidak dipersetujuinya),' Kenapa kamu lakukannnya?' Malah tidak pernah Baginda berkata bagi sesutau yang aku tinggalkannnya(sedangkan Baginda menyuruhnya),' Kenapa kamu tinggalkannnya?' Baginda ialah manusia yang paling baik akhlaknya. Tidak pernah aku menyentuh apapun(kain, sutera dan sebagianya) yang lebih lembut daripada tapak tangan Rasulullah SAW. Tidak pernah sekalipun aku tercium satu haruman atau wangian yang lebih harum daripada peluh Rasulullah SAW."
Shahih al Bukhari ( kita as Shaum, 1837 dan kitab al Washaya, 2561). Shahih Muslim( Kitab al- Fadha'il, 51-53/2309 dan Kitab al Fadha'il, 81-82/2330
Hadis 325-Kenali Rasul Kita Muhammad SAW-Imam at Tarmizi- Ust Ahmad Adnan Fadzil
Itulah antara akhlak-akhlak terpuji Rasulullah terhadap orang bawahannya. Tidak merendah rendahkan, marah atau mempersendakan mereka. Akhlak inilah yang seharusnya kita ikuti agar kita lebih menyantuni orang lain yang hadir dalam hidup kita.
Ilmu tentang Syamail Muhamadiyyah ini tidak ramai yang mengetahuinya, lebih-lebih lagi mengamal dan menghafalnya. Bagaimana kita hendak mengenali Rasulullah dan mengamalkan akhlak-akhlak Baginda sekiranya kita sendiri tidak mengambil langkah pertama utk mendapatkan ilmu tentangnya. Seterusnya bagaimana ibubapa hendak menunjukkan akhlak-akhlak terpuji ini kepada anak-anak mereka sekiranya tiada ilmu tentangnya. Juga para guru kepada anak-anak muridanya dan pengarah kepada orang bawahannya atau pemimpin kepada rakyatnya? Semua nya berkait rapat antara satu sama lain dan masing-masing punya peranan penting.
Jujur, saya sendiri belum sempat habis membaca buku ini, belum banyak peluang untuk mengamalkannya. Jadi saya juga perlu melakukan langkah yang awal ini juga. Jom kita mulakan langkah pertama ni.
No comments:
Post a Comment