Dari jauh kami cuba mencari kot-kot ternampak bentuk kubah atau
bangunan besar yang boleh kami anggap sebagai masjid. Namun agak susah kami berjumpa bangunan sedemikian di kawasan 'Mountain West' ini. Islamic Center di sini tidak sebanyak di kawasan barat dan timur Amerika Syarikat. Juga tidak sebesar Islamic Center atau masjid yang terdapat di sana .
Mungkin juga sebab bilangan orang Islam di sini tidak ramai. Sumber
kewangan pula agak terhad. Walau bagaimanapun Islam telah lama bertapak
di sana. Ternyata orang Islam masih bertahan di sana.
Islam of the Mountain West, itulah antara tema pengembaraan kami di Amerika Syarikat pada tahun 2015. Sambil kami mengembara kami mencari jejak-jejak Islam dan muslim di kawasan 'Mountain West'. Daripada 6 negeri Mountain West ini kami telah sempat menjelajah 3 daripadanya iaiatu Colorado, Utah dan Wyoming.
Sejarah menceritakan Islam telah sampai ke kawasan "Mountain West' ini sejak tahun 1538 lagi menerusi seorang hamba dari Morocco yang bernama Estevanico (aka. Mustafa Zemmouri) semasa menyusuri Sungai Colorado dalam ekspedisi orang Sepanyol. Kebolehan Estevanico merawat pesakit menyebabkan dia dihormati dalam kalangan puak India Amerika.
Satu laporan menyatakan seorang Islam dari Syria, Haji Ali diupah oleh tentera Amerika untuk membuka laluan jalan unta dari Fort Defiance di New Mexico dan Fort Mohave di Arizona hingga ke California. Mungkin kerana kesukaran menyebut Haji Ali ini menyebabkan masyarakat di sana menggelarnya Hi Jolly. Haji Ali akhirnya menetap di Quarzite, Arizona dan meninggal dunia di situ. Bandar Quarzite ini terkenal dengan syarikat Hi Jolly and the Camel Corps. Kewujudan syaikat ini menandakan Islam telah lama tiba di kawasan tersebut.
Setakat ini tidak ada perangkaan tentang bilangan orang Islam di Mountain west ini. Kajian yang dijalankan oleh Pew Research Center dikatakan tidak melibatkan orang Islam di 'Mountain West' ini sebab taburan penduduk Islam di sini tidak padat di satu-satu tempat. Mengikut laman web http://muslimsinmountainwest.org/ bilangan umat Islam di sini jumlahnya di antara 85 000 hingga 120 000 orang!
Jika di Colorado, terdapat banyak masjid di kawasan Denver, berbeza pula di Utah. Di kawasan Salt Lake city, ibu negeri Utah dan sekitarnya bilangan masjidnya agak sedikit. Adanya laman web Zabihah.com memudahkan kami mencari masjid-masjid yang tidak jauh daripada lebuhraya yang kami lalui. Maklumlah sebagai pengembara kami kesuntukan masa. Biarlah sekurang-kurangnya kami dapat singgah di Islamic Center atau masjid yang berdekatan perjalalanan kami. Dapat juga kami bersua dengan orang-orang Islam di sana.
Rasulullah bersabda:" Mana sahaja masyarakat yang berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid-masjid), membaca dan belajar Kitabullah dan mempelajarinya sesama mereka, mereka akan didampingi oleh malaikat, diliputi oleh rahmat dan Allah akan mengingat mereka pada makhluk-makhluk yang berada di sisinya." (Riwayat Ahmad)
Sampainya kami di Masjid Al Farooq, kawasannya kelihatan agak sunyi. Masjid yang kelihatan seperti sebuah rumah kedai setingkat ini seolah-olah tiada orang di dalamnya. Pintunya berkunci. Hampa harapan kami untuk singgah menunaikan solat. Namun kami akur dengan keadaan begitu sebab banyak Islamic Center di negara ini di kunci sebaik saja selesai solat fardhu berjemaah. Mungkin gusar dengan pengaruh Islamophobia atau anti Islam di sana. Walau bagaimanapun kami bersyukur meskipun kecil, wujudnya Islamic Center di sini memudahkan umat Islam berkumpul dan mengerjakan solat jemaah serta solat Jumaat. Juga mengerjakan aktiviti-aktiviti lain yang bermanafaat.
Mungkin betul juga apa yang dikatakan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi,
Oleh kerana tidak dapat bersolat di sini, cadangan alternatif untuk menunaikan solat jamak zuhur asar segera dibincang. Agak- agaknya dimana kami menunaikan solat fardhu tersebut?
Bersambung.

"Kekuatan masjid bukan pada hiasan, peralatan atau kecanggihan yang ada padanya. Kekuatan masjid terletak kepada roh manusia yang mengimarahkannya. Semakin ramai yang bersolat, berzikir, berdoa dan melakukan amal kebaikan di dalam sebuah masjid, maka semakin hebat 'aura' yang dipancarkan untuk menarik hati-hati yang lain untuk kembali kepadanya."Harapan kami semoga masjid ini sentiasa diimarahkan oleh para jemaahnya, Insha Allah.
Rehat dan Rawat Hatimu di Masjid- Pahrol Mohd Juoi Solusi Isu 74
Oleh kerana tidak dapat bersolat di sini, cadangan alternatif untuk menunaikan solat jamak zuhur asar segera dibincang. Agak- agaknya dimana kami menunaikan solat fardhu tersebut?
Bersambung.
No comments:
Post a Comment