" Insyaa Allah saya akan dapat berjumpa dengan ayah disyurgakan nantikan? Kematian hanya perpisahan sementara," ujar seorang kepada seorang temannya.
" Kita ni layakkah masuk syurga?" kata temannya
" InsyaaAllah. Saya akan cuba berubah, " katanya lagi kepada temannya.
Air matanya mula mengalir ke pipi apabila teringat ayahnya yang baru pergi menyahut Illahi. Namun azamnya begitu kuat untuk berubah agar dia dapat bertemu ayahnya kelak. InsyaaAllah dengan kekuatan azamnya dan kesediaannya untuk berubah dan berakhir hayatnya dengan husnul khatimah, dia akan bertemu juga ayahnya kelak di syurga.
Dalam usia yang lebih separuh abad ini, setiap kali menziarahi jenazah, kerap kali ia membawa seribu keinsafan. Takut memikirkan cukupkah amalanku, solat aku selama ini ok ke atau bolehkah sedekah jariah aku yang tak seberapa membantuku di akhirat kelak. Gentar aku memikirkan betapa sakitnya sakaratul maut, seksaan dalam kubur dan yang paling menggerunkan ialah seksaan neraka yang dahsyat. Nauzubillah min zalik . Semuanya bermain di fikiran ini setiap kali menziarahi jenazah. Aku kira rakan seangkatan ku juga mempunyai perasaan yang sama denganku.
Baru-baru ini sewaktu menziarahi jenazah saudara rapat, aku sempat bersembang dengan seorang makcik yang usianya sudah pun melebih 70 tahun. Ketika orang meminta bantal untuk diletakkan pada jenazah, salah seorang daripada anak si mati telah memberikan bantal kekabu biasa kepada orang yang ingin mengapankan ibunya.
" Allah... Tidak boleh lagi bantal yang selesa. Hanya bantal daun pandan ni sajalah yang boleh nak letak," katanya dengan penuh kesedihan.
" Ye kan makcik, itu saja yang boleh kita guna. Bantal selesa ini pun tak mampu kita guna lepas kita meninggal. Harta dunia semua kena tinggalkan. Kita ni pun.....entah bila gliran kita. ," ujarku. Makcik tersebut mengangguk sedih tanpa membalas bicaraku.
Begitulah biasanya golongan berusia bila menziarahi satu jenazah. Kesedihan dirasa namun takut menghadapi kematian sentiasa mendebarkan hati.
Mungkinkah kerana teringatkan Rasulullah pernah mengatakan yang usia umatnya antara 60 hingga 70 tahun?
Atau mungkinkah kerana di usia emas ini ilmu agama semakin bertambah,
Bak kata bijak pandai semakin bertambah ilmu semakin terasa ia sebenarnya orang yang tak tahu.Ibadahnya terasa banyak yang perlu dibetulkan!
Atau sudah sedar betapa amalannya sangat kurang?
Firman Allah yang bermaksud:
" Wahai manusia! Sesungguhnya kamu telah bekerja keras menuju Tuhanmu, maka kamu akan menemuiNya."
(Al Insyiqaq 84: 6)
Namun sebenarnya dengan mengingati mati, kita akan lebih berinisiatif untuk bernujahadah(berusaha bersungguh-sungguh) menjaga masa kita agar apa yang kita lakukan membawa kebaikan di kemudian hari kelak. Insyaa Allah. Cuba hayati sajak ini.
'Perjalanan menuju kematian
Telah bermula sebaik kita dilahirkan
Ingat mati adalah penawar untuk
Kesedihan hati apabila di timpa ujian
Penghilang rasa nikmat
untuk melakukan maksiat
Dan pendorong untuk istiqamah
Dalam melakukan ketaatan
Ya Allah, bantulah hati kami
Untuk sentiasa mengingati kematian.'
Petikan Kata daripada Seraut kata Selaut Rasa- Pahrol Mohd Juoi

insaf kann., salam ziarah nih ;p
ReplyDelete