"Sewaktu bulan Ramadhan yang lalu kami telah membuat persembahan 'flash mob' di Jalan
TAR untuk memberi kesedaran tentang perjuangan Palestine. Sehubungan
dengan itu kami mengambil kesempatan untuk mengutip sumbangan bagi
rakyat Palestine yang mengalami pelbagai dugaan di sana. Kami tak
menyangka antara penyumbang yang memberi jumlah wang yang agak banyak
ialah tuan punya kedai yang berbangsa Cina. Menariknya mereka mengatakan
bahawa mereka ingin membantu Palestin tetapi tak tahu bagaimana caranya
atau kepada siapa bantuan harus disalurkan." itulah yang lebih kurang
penerangan yang saya dengar daripada seorang ahli nasyid dalam satu
temuramah di Radio tidak lama dahulu.
Kadangkala kita terlalu banyak berperasangka terhadap golongan bangsa dan ugama lain sehinggakan kita terlupa peranan kita sebagai orang Islam supaya berakhlak baik dan berdakwah kepada orang lain.
Semua yang dilakukan oleh orang bukan Islam adalah salah. Ataupun kebaikan yang dilakukan oleh mereka pastinya ada udang di sebalik batu. Pasti ada helah, samada hendak menipu atau memurtadkan kita. Sifat paranoid kita menyebabkan kita susah hendak berdepan dengan mereka yang bukan Islam atau membuat perjanjan dengan mereka.. Akhirnya yang kalah ialah kita atau dalam kata lain, Islam .
Biasa dengar perbualan sebegini?
"Eh... Orang tu Cinalah. Cina kaki tipu!"
"Eh India tu Kristian tau. Nanti anak awak murtad bila berkawan dengan dia orang tau!
"Tengok mat saleh tu. jangan dok percaya. Yahudi! Nanti dia ingat kita pengganas. Tok sahlah dok kawan rapat dengan dia.
Firman Allah yang bermaksud:
" Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang yang tidak memerangi kamu kerana agamamu, dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu. Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang adil.
Sesungguhnya Allah hanya melarang kamu menjadikan orang yang memerangi kerana agamamu, mengeluarkan kamu dari kampung halaman dan membantu orang untuk mengusir kamu sebagai teman rapat."
(al Mumtahanah 60: 8-9)
Kata seorang ustaz dalam satu rancangan tv, akhlak itu ialah tindakbalas secara spontan. Sekiranya kita lihat orang yang susah hendak melintas, dengan segera kita menolongnya, tanpa berfikir panjang. Adakalanya ketika dalam kesusahan, datang orang bukan Islam menolong kita, maka berterima kasihlah dan bermesralah dengan mereka dengan spontan, tanpa berperasangka negatif. InsyaaAllah dengan akhlak yang baik, mereka akan tertarik dengan cara kita, akhlak orang Islam. InsyaaAllah mereka akan tertarik dengan keindahan Islam dalam akhlak kita.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:
" Serulah ke jalan Tuhanmu( wahai Muhammad) dengan kebijaksanaan dan nasihat peringatan yang baik dan berbahaslah dengan mereka dengan cara terbaik. Sesungguhnya Tuhanmu yang lebih mengetahui tentang orang yang sesat daripada jalanNya. Dan Dialah yang lebih mengetahui tentang orang yang mendapat petunjuk."
(an Nahl 16: 125)

No comments:
Post a Comment