Sesekali
ketika mengemas buku-buku kecil dan nipis di rak buku yang kecil ini, saat-saat menyeronokkan
bercerita bersama anak-anak menyapa kembali. Waktu itu mereka masih kecil dan saya menggunakan masa sebelum tidur untuk bercerita dengan menggunakan buku-buku tersebut. Walaupun adakalanya
meletihkan dan langsung tertidur di katil anak, bagi diri seorang ibu masa sedikit
yang digunakan ini sangat bermakna. Bukan saja mengeratkan kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak, malah pelbagai ilmu dapat diselitkan.
Kerap kali cerita yang dipilih ialah cerita fables, cerita rakyat,Islamik dan cerita fantasi, Saya tidak ingat siapa yang memilih cerita-ceritanya sebab buku cerita sedemikian sangat banyak kami beli. Setiap kali pameran buku antarabangsa dan lain-lain pameran buku, tempat-tempat inilah yang kami tuju. Gamaknya sebab itulah anakku menjadikan membaca buku antara hobi utama mereka.
Dengan meluangkan masa sedemikian, ia membentuk ikatan antara anak dengan ibu serta ayah walaupun hanya seketika. Sepanjang ingatan saya aktiviti ini mengambil masa tak sampai pun setengah jam. Namun disebabkan kami seronok menghayati cerita-cerita tersebut kesannya dapat saya lihat sewaktu mereka belajar di sekolah rendah lagi. Alhamdulillah anak- anak saya jarang mengalami masalah dalam pelajaran mereka, baik dari segi bahasa mahu pun dari subjek-subjek lain.
Pernah saya dengar tak payahlah nak baca buku fables barat atau fantasi dari barat. Takut syiriklah. Disebalik menceritakan bahayanya syirik kepada aqidah orang Islam, eloklah kita berfikiran terbuka ketika bercerita. Kadangkala dunia fantasi ini juga boleh memotivasikan kita atau boleh membawa kepada penciptaan alat moden yang memudahkan manusia. Sebagai contoh, cerita Rapunzel yang menceritakan tentang rambutnya yang sangat panjang sehingga boleh mengangkat ibu angkatnya (seorang ahli sihir) ke atas menara. Mungkin daripada cerita ini juga timbul idea untuk menghasilkan lif bagi golongan OKU di rumah, bukan saja di pejabat dan pusat membeli belah. Ataupun cerita berkenaan The Pied Piper of Hamelin yang berjaya mengeluarkan tikus-tikus daripada sebuah pekan membolehkan penciptaan satu alat yang menggunakan satu bunyi yang boleh mengurangkan serangga perosak. Bukankah kata bijak pandai 'invention comes from a lot of imaginations'.
Cerita-cerita Fables, kepahlawanan melayu dan Islamik banyak memberi pengajaran yang baik. Usahlah kita mengharapkan anak-anak saja membaca dengan sendiri tanpa kehadiran kita di sisinya kerana aspek pengajaran daripada cerita tersebut jarang berkesan. Anak-anak akan hanya seronok dengan jalan penceritaannya sahaja.
Kata seorang ustaz di radio baru-baru ini, kita ini sering menyalahkan orang lain sekiranya berlaku yang tidak baik kepada kita. Sekiranya tidak ada orang, kita salahkan kepada syaitan pulak. Seringkali kita menyalahkan pihak barat bagi apa saja masalah akhlak tanpa menuding jari ke arah diri kita sendiri.
Betullah apa yang disebutkan oleh Imam Global dalam majalah Solusi iaitu dengan mengamalkan Islam dahulu barulah kita boleh bahagia, maju dan berjaya. Bukan sebaliknya. Bukankah agama Islam itu syumul yang merangkumi setiap aspek kehidupan?
Tanpa mendahulukan hak Allah, belum tentu kita akan memperolehi apa-apa kejayaan.
'Pesan Rasulullah lepada Abdullah bin Abbas:
"Ingin aku ajarkan kepadamu beberapa untai kalimat, nescaya Dia akan menjagamu.
Jagalah Allah , nescaya engkau dapati Dia di hadapanmu. Jika engkau hendak meminta, mintalah kepada Allah, dan jika engkau memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah.
Ketahuilah, seandainya seluruh umat bersatu untuk memberimu suatu keuntungan, maka hal itu tidak akan kamu peroleh selain daripada apa yang Allah tetapkan untukmu. Dan andai mereka bersatu untuk melakukan sesuatu yang membahayakan kamu , maka hal itu tidak akan membahayakanmu kecuali apa yang telah Allah tetapkan untuk dirimu. Pena telah diangkat dan lembaran-lembaran telah kering."
Riwayat al Tarmizi)'
(sumber- Agama Orang Agama- Solusi isu 82)
Buku buku ini walaupun ada yg lusuh dek dimakan usia saya berharap dapat menjadi khazanah ilmu buat generasi seterusnya samada cucu-cicit saya, saudara atau sesiapa saja. Namun bila dikenang dunia digital kini yang kian berkembang pesat, apakah mungkin lembaran buku-buku ini diselak-selak kembali untuk dibaca oleh generasi kemudian hari. Wallahualam

No comments:
Post a Comment