Wednesday, February 22, 2012

Bukti Apa yang dikatakan oleh Nabi Muhammad itu Benar

Untuk menambahkan keyakinan kita bahawa apa yag dikatakan oleh Rasulullah itu benar kita sepatutnya sentiasa menambah ilmu  samada sirah, fiqh dan sebagainya. Sebelum ini saya telah mengemukakan satu bukti kebenaran Rasulullah berdasarakan buku Dr Danial Zainal Abidin yang bertajuk Bukti- Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad. Satu lagi bukti i yang dikatakan oleh Dr Danial iaitu 


Ramalan ketigabelas

Imam Muslim merekodkan daripada Abu Hurairah, Nabi Muhammad berkata," Hari Kiamat tidak akan berlaku sehingga satu kumpulan tentera dari Kota daripada kalangan mereka yang terbaik di atas mukabumi menghadapi golongan Rom. Tentera Islam akan memerangi mereka dan kemudian, sepertiga tentera Islam melarikan diri. Sepertiga yang lain mati sebagai syuhada. Sepertiga yang lain mendapat kemenangan. Mereka akan menguasai Konstantinople."

Kota Konstantinople berjaya dikuasai oleh orang Islam pada tahun 1453 Masihi 753 hijrah di zaman kerajaan Uthmaniah di bawah pimpinan Sultan Muhammad al Fatih yang ketika itu baru berumur 24 tahun.
Teknologi yang digunakan oleh Sultan Muhammad Al Fatih dianggap sebagai tercanggih berbanding apa yang ada di dunia ketika itu. Pada waktu itu, penggunaan meriam adalah perkara baru. Bom yang digunakannya pula adalah seberat 300 gm sebiji...


Untuk bukti- bukti yang lain bolehlah rujuk kepada buku tersebut supaya dengan bertambah ilmu bertambahlah keyakinan dan keimanan kita.

Monday, February 20, 2012

The Durian Lesson.....

source:selangortimes.com
When I was young; when I could finish off  two or three durian fruits in one go, at that time my wallet was thin, my purchasing power was not strong enough so I had to be satisfied by having a  small portion of the fruit. 


But sad to say when I grew older and my wallet became fatter and fatter each day, I could not each much of the fruit as I had now developed diabetes, have high blood pressure and my cholesterol level is too high.


Question:So how can I accept this with an open heart, not blaming Allah for the misfortune that had befallen to me?


Answer: if you wish to buy a basket or two of durians, please do so. But as you could not consume it what about donating all the fruits (except one for you to sample) to those who can eat them, for example to pupils of tahfiz or to a group of children in your neighbourhood; they would gladly finish them off in a few minutes.


Source Lanh -Harakah 21-24 November 2011

The lesson learnt : 
If you give something that you really love, Allah will reward you even more in the hereafter.  The reward even comes after you give sedekah to those people in need or appreciate it especiallly when you see their smiling faces and words of gratitudes such as Alhamdulillah, Syukran or Thank you. You'll notice the reward is actually the feeling of satisfaction deep in your heart.

Monday, February 13, 2012

Salah Satu Bukti Kebenaran Nabi Muhammad

Antara bukti yang menunjukkan kebenaran Nabi Muhammad adalah ramalan-ramalan yang terdapat dalam Al Quran dan sunnah yang disampaikan oleh beliau yang kemudiannya menjadi kenyataan.

worldatlas.com
Ramalan keempat: Penemuan Jasad Firaun
Surah Yunus ayat 90- 92
"Dan kami memungkinkan Bani israil menyeberangi laut, lalu mereka diikuti oleh Firaun serta bala tenteranya kerana hendak menganiaya dan menindas mereka; sehingga apabila Firaun hampir tenggelam, dia pun berkata,  'Aku naik saksi,tidak ada tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani israil dan aku termasuk dalam golongan yang menyerah diri pada Allah.'
Apakah sekarang baru kamu hendak percaya sedangkan kamu derhaka sejak dahulu? Pada hari ini, Kami selamatkan badanmu supaya ia menjadi pelajaran kepada orang- orang yang datang selepasmu. Sesungguhnya ramai manusia lalai daripada tanda tanda kekuasn Kami."

Sejarah menunjukkan Firaun tenggelam dan mati lemas di Laut Qulzum, di kawasan laut Merah. Penemuan mayat Firaun Merneptah berlaku pada tahun 1898 di Mesir oleh seorang pakar arkeologi bernama Loret. Pada tahun 1975, kajian yang lebih  terperinci dilakukan oleh Dr Maurice Bucaille dan beberapa orang ahli sains yang lain dengan menggunakan teknik, pemeriksaan dalaman atau endoskopi dan x ray terutama pada bahagian dada dan perut mumia. Pemeriksaan ini dilakukan Kaherah.


Hasil hasil kajian menunjukkan Firaun Merneptah inilah yang mengejar Nabi Musa dan Bani Israelsebelum dia sendiri mati lemas di lautan. Pada tahun 1976, Pihak berwajib Mesir telah bersetuju menghantar mumia itu ke Perancis untuk dirawat.

Sumber: Bukti- Bukti Sains & Sejarah Kerasulan Muhammad- Dr Danial Zainal Abidin.


Penemuan ini membuktikan bahawa apa yang disampaikan oleh Nabi Muhammad dalam ayat AlQuran ini berkenaan mayat Firaun ini adalah benar. Semoga bertambah keyakinan kita tentang ajaran yang disampaikan oleh Rasulullah, InsyaAllah.

Thursday, February 2, 2012

Kejadian Aurora Januari 2012 Yang Menakjubkan

northern-lights-2012.jpg
Aurora yang berlaku pada Januari 2012 di Norway
Source:http://www.nola.com/environment/index.ssf/2012/01/solar_storm_sparks_dazzling_no.html
Baru baru ni fenomena aurora telah berlaku di beberapa tempat di dunia contohnya di Canada, Norway dan Scotland. Fenomena ini sangat menarik di mana ia merupakan satu pemandangan cahaya berwarna- warni yang hanya berlaku pada waktu malam  di kawasan yang berhampiran dengan kutub. Aurora ini juga dikenali sebagai 'The Northern Lights'.


Fenomena ini berlaku kerana berlaku solar storm- ribut suria di kawasan permukaan matahari atau akibat ketidakseimbangan cas pada zarah-zarah  di kawasan lapisan fotosfera pada matahari. Zarah- zarah bercas ini akan berlanggar dengan atom- atom di atmosfera seperti atom oksigen dan nitrogen apabila memasuki kawasan medan magnet bumi. Perlanggaran in akan menghasilkan pelbagai warna cahaya mengikut kedudukan atom-atom tersebut.  Perlanggaran zarah bercas dengan atom oksigen boleh menghasilkan warna kuning kehijauan sekiranya dikedudukan tidak berapa tinggi dan warna merah dekiranya mencapai lebih jarak 200 batu. Perlanggaran dengan atom nitrogen menghasilkan warna cahaya ungu kemerahan. Sedikit tentang fakta sains yang saya perolehi di sini.
http://ffden-2.phys.uaf.edu/211.fall2000.web.projects/christina%20shaw/AuroraColors.html

Sebenarnya fenomena berkenaan aurora ini saya ketahui lebih mendalam semasa mengajar tuisyen sains tingkatan 3 lebih 8 tahun yang lepas.Oleh kerana saya terpaksa mencari butir butir lanjut berkenaan topik tersebut, saya telah menggunakan internet untuk mendapatkan maklumat tersebut. Rupa- rupanya cahaya aurora ini bergerak- gerak dengan agak pantas seperti ribut dan menghasilkan  pelbagai pemandangan yang menakjubkan, Masyaallah.

Sebagai seorang yang minat mengembara melihat alam semulajadi ciptaan allah saya memang amat teringin hendak melihat fenomena sebegini. Setakat ini saya masih belum berpeluang hendak melihatnya memandangkan tempat terjadinya fenomena tersebut berada jauh dari tempat yang saya tuju dan fenomena ini hanya berlaku pada musim dingin dimana suhu mencecah di bawah paras beku. Dr Hm tuah iskandar dalam bukunya.......(saya kurang pasti tajuknya) berpeluang melihatnya di British Columbia, di Canada. Sudah semestinya ia satu peristiwa yang menakjubkan baginya. 

Sempadan Amerika Syarikat - Canada di Niagara Falls
Teringin saya hendak pergi ke Canada untuk melihat keindahan di sana. Setakat ini hajat belum kesampaian. Walaubagaimana pun saya berpeluang untuk mengembara di Amerika Syarikat pada tahun 2005 dan 2009. Dapatlah sedikit sebanyak melihat keindahan alam di sana di samping melihat perkembangan Islam di sana.

Sesungguhnya melihat alam semulajadi ciptaan Allah membolehkan kita mengagumi kekuasaan Allah yang Maha Pencipta. Cubalah lihat langit siang yang dilitupi awan kumulus yang disusun membentuk pelbagai rupa atau langit malam yang dipenuhi bintang bergemerlapan di kala anda dirundung resah. Insyaallah, anda akan merasa lebih tenang kerana penciptaan Allah ini mempunyai hikmah dan kesan tertentu terutama sekali dari soal akidah dan psilokolgi.


Ingin tahu di kawasan mana di Amerika Syarikat saya pergi mengembara pada tahun 2005 dan 2009? Klik di sini!

Popular Posts