Islamic Center Anaheim |
Satu peristiwa mengingatkan aku tentang pendapat ini ialah semasa kehadiranku bersama keluarga di Islamic Center, Anaheim, tak jauh dari Bandaraya Los Angeles. Kami ke sana untuk menunaikan solat Jumaat di sana semasa pengembaraan kami di Amerika Syarikat pada tahun 2009.
Sebagaimana kebiasaan orang Islam di sini , kaum wanita juga bersama- sama menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah selepas itu. Mereka sangat serius dalam usaha mendengar khutbah dan tidak menggemari bersembang-sembang semasa khutbah di perdengarkan.Khutbah di sampaikan dalam bahasa Arab.
Sebaik saja aku melangkah masuk ke dalam dewan solat dan duduk di bahagian belakang, seorang muslimat memberi isyarat supaya aku mengambil headphone yang terdapat di sana. Oleh aku tidak memahami tujuan menggunakan headphone itu aku hanya mengatakan,"It's okay'. Rupa rupanya dengan menggunakan headphone itu kami boleh mendengar terjemahan khutbah yang disampaikan dalam bahasa Inggeris di Islamic center tersebut.
Selesai solat jumaat wanita tersebut datang menghampiriku untuk berkenalan dengan aku dan anak-anak. Agak lama juga kami bersembang, tambahan lagi bila aku mendapat tahu di berasal dari Indonesia, negara serumpun dengan Malaysia. Meskipun begitu semua perbualan kami adalah dalam bahasa Inggeris.
Semasa berjabat salam dengannya sebelum beredar, aku baru teringat untuk bertanya siapakah namanya.
"Salwa", jawabnya yang membuatkan aku betul-betul terkejut kerana namanya sama dengan namaku. Adakah ini berlaku secara kebetulan atau ini memang di tentukan Allah. Aku percaya Allah menemukan kami di tempat yang penuh keberkatan ini dan ini ketentuannya. Bukannya satu kebetulan!
Ingin mengikuti kisah pengembaraan saya di Amerika Syarikat dan orang Islam di sana? Klik di sini.
No comments:
Post a Comment