Monday, November 14, 2011

 Cuba teliti bunga-bunga ini dan teka bunga ini bunga apa. 
Hampir setiap orang telah melihatnya cuma mungkin tak perasan. Dengan kuasa Allah, bunga-bunga ini  terdapat di hampir setiap negara  di muka bumi ini kecualilah padang pasir dan kutub utara dan selatan. 

Dah dapat teka? Sebenarnya kedua-dua bunga ini adalah bunga yang hampir sama iaitu bunga rumput. Cuma mungkin kedua-duanya berbeza dari segi saiz dan spesisnya. Sebelah kiri ialah bunga rumput yang kita selalu terlepas pandang di kawasan rumah kita atau di tepi  jalan sahaja. Yang di sebelah kanan ialah bunga rumput yang terdapat di Niagara Falls yang gambarnya di ambil oleh ahli keluarga saya semasa kami melancong ke kawasan tersebut.


Bezanya bunga bunga rumput yang terdapat di Niagara Falls ini berbunga serentak dan ini menyebabkan pemandangan padang rumput yang biasa menjadi sebuah padang bunga...MasyaAllah....

No comments:

Post a Comment

Popular Posts