"Kita tak banyak masa nak bersiar siar kat sini. Kita belum solat lagi," kata suamiku. "The nearest mosque is in Sacramento, 2 jam kena turun bukit dari sini. Kat sini tak berapa nampak kawasan yang sesuai. Banyak private property dan tempat terbuka saja. Rest area pun tak ada," kataku yang agak 'familiar' dengan kawasan pelancongan ini.
Ketika itu kami berada di Lake Tahoe, sebuah tasik di kawasan pergunungan yang sangat popular dengan pelancong samada rakyat Amerika sendiri atau orang dari luar negara. Tempat ini sentiasa menjadi tumpuan pelancong samada cuti musim panas kerana ia lebih sejuk daripada tempat lain ataupun musim sejuk kerana ia mempunyai kawasan ski yang besar bagi penduduk tempatan. Ketika kami sampai, sudah pun awal musim panas, namun demikan masih terdapat salji di bahagian puncak gunung dan ini memberikan pemandangan yang 'picture perfect', MasyaAllah.
Tahun 2005 yang lalu, kami tidak dapat sampai ke Lake Tahoe kerana salji turun begitu tebal sekali pada malam sebelum itu. Amat merbahaya meneruskan perjalanan kerana tayar kereta kami yang tidak mempunyai rantai untuk mengelak daripada tergelincir di jalanraya yang ber ais. Jalan menuju ke tasik ini bersebelahan dengan gaung yang dalam. Namun begitu, itulah kali pertama tiga daripada anakku merasai salji turun di tangan mereka. Begitu halus dan lembut sehinggakan tak terasa ia tiba di tangan masing-masing. Masyallah hebatnya ciptaan Allah ini. Sambil mengangumi kekuasaan Allah yang menurunkan begitu banyak salji di sekeliling, aku menerangkan tentang bentuk molekul salji sekiranya dilihat di bawah mikroskop. Bentuknya bukan bulat dan simple tapi coraknya memang indah sekali.
Namun begitu, kemudahan solat agak terhad kerana terlalu banyak resort dan kawasan pelancongan yang mengelilingi tasik ini. Pemandangan yang memukau di sekitar tasik ini hanya dapat kami nikmati hanya sebentar. Sejurus selepas kami berpiknik di tepi tasik, kami teraksa bergegas turun ke Sacramento untuk menunaikan solat......
Ingin mengikuti pengembaraan kami di Amerika Syarikat?Sila klik di sini.

No comments:
Post a Comment