Angin kencang yang bertiup di sini dinginnnya hingga menusuk ke tulang. Terketar-ketar kami menggigil kesejukan. Di kiri dan kanan kami pemandangannya hanya bukit berbatu semata-mata. Tiada pemandangan pokok-pokok tinggi berdahan rendang mahupun bukit yang menghijau. Apa yang istimewanya tempat sebegini sehinggakan kami mengambil masa untuk sampai ke sini?
Badlands, satu nama yang agak menggerunkan bagi sesebuah tempat. Namanya diberikan oleh puak Lacota, salah satu puak American Indian yang pernah mendiami kawasan yang berhampiran sini. Memang, pada awalnya saya agak serba salah untuk ke sana. Terfikir juga mungkin ia satu tempat yang tidak baik bagi orang ramai. Sekiranya ia satu tempat mistik sudah tentu tempat sebegini tidak sesuai untuk orang Islam bagi kami.
Namun tempat yang terletak di South Dakota ini menarik perhatian saya bila melayari internet tentangnya. Suasana dan pemandangan di sini amat berbeza daripada tempat-tempat yang pernah kami lawati sepanjang pengembaraan kami di Amerika Syarikat. Kami yakin, insha Allah lawatan ke tempat ini akan memberikan pengalaman yang lain dari yang lain bagi kami sekeluarga.
 Kawasan
 seluas 224,000 ekar ini dipenuhi dengan bukit-bukau berbatu yang gersang.
 Puncak-puncak bukit ada yang tajam dan ada yang mengondol seperti 
separa bola membuatkan kami seolah olah berada di satu planet yang 
lain. Ketiadaan tumbuhan dan bunga-bunga liar membuatkan lanskap ini 
agak janggal bagi kami. Namun jaluran pelbagai warna yang terdapat 
lereng bukit dan gondolan  berwarna kuning, coklat dan kelabu yang 
menghiasi lanskap berlatarbelakangkan langit biru  ini menghasilkan satu
 pemandangan yang memukau.

 pemandangan yang memukau. Bagaikan susah nak dipercayai yang kawasan Badlands ini sebenarnya dulunya sebuah laut yang cetek, kemudian 
bertukar menjadi hutan separa tropika setelah berlaku pergerakan tanah 
dan letusan gunung berapi. Fosil-fosil yang ditemui oleh pihak arkeologi
 membuktikan kesemuanya. Daripada haiwan laut ke haiwan darat yang besar-besar semuanya pernah menghuni di tanah yang kini gersang dan seroi. 
Namun iman harus meyakini bahawa Allah berkuasa menentukan segalanya. 
Dia yang menurunkan air hujan dan Dia jugalah yang berkuasa 
menghilangkannnya daripada tanah yang pernah dipenuhi flora dan fauna 
di sini.
Bagaikan susah nak dipercayai yang kawasan Badlands ini sebenarnya dulunya sebuah laut yang cetek, kemudian 
bertukar menjadi hutan separa tropika setelah berlaku pergerakan tanah 
dan letusan gunung berapi. Fosil-fosil yang ditemui oleh pihak arkeologi
 membuktikan kesemuanya. Daripada haiwan laut ke haiwan darat yang besar-besar semuanya pernah menghuni di tanah yang kini gersang dan seroi. 
Namun iman harus meyakini bahawa Allah berkuasa menentukan segalanya. 
Dia yang menurunkan air hujan dan Dia jugalah yang berkuasa 
menghilangkannnya daripada tanah yang pernah dipenuhi flora dan fauna 
di sini.Terlintas juga di hati ini. Apakah wujud tamadun di kaki-kaki bukit ini atau apakah ada turunnya azab Allah di kawasan ini seperti kaum Tsamud dan kaum Aad yang dimusnahkan Allah akibat keingkaran mereka menyembah Allah?
Firman Allah yang bermaksud:
"Maka ketika mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-lembah mereka , mereka berkata:" Inilah awan yang akan menurunkan hujan kepada kita." ( Bukan!) Tetapi itulah azab yang kamu minta agar disegerakan datangnya, (iaitu) angin yang mengandungi azab yang pedih,
Yang menghancurkan segala sesuatu dengan perintah Tuhannya, sehingga mereka (kaum 'Aad) menjadi tidak kelihatan lagi (di bumi) kecuali hanya (kesan) tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami memberi balasan kepada kaum yang berdosa."
Al Ahqaf 46: 24-25
Subhanallah! Kalaulah seseorang dapat menghayati suasana mempersonakan yang kami paparkan di sini, sudah tentu sedikit sebanyak dia dapat merasakan apa yang kami alami di sini.
Kata ahli motivasi, Ustaz Pahrol Mohd Juoi
"Apabila hati kita tenang ketika melihat langit, bukanlah kerana langit itu yang memberi ketenangan. Tetapi kerana langit itu "dekat dengan Allah yang menciptanya. Hati kita akan menjadi tenang apabila dekat dengan sesuatu yang dekat dengan Allah.(ciptaan yang langsung daripada Allah)"
Sumber-Dimana DIA Di Hatiku
Alhamdulillah. Syukur ya Allah diberi peluang menikmati pemandangan sebegini indah.
 
No comments:
Post a Comment