Ikan salmon www.csmonitor.com |
Ikan salmon yang mati selepas bertelur www.thebarefootnomad.com |
Renangan jarak jauh salmon dari lautan Pasifik ke sungai untuk melahirkan generasi baru, salmon nekad melalui cabaran dan dugaan. Mereka berenang dalam jarak ratusan, malah ribuan batu kembali ke tempat kelahiran untuk melahirkan anak- anak. Mereka berenang berkumpulan dengan biangan hingga mencecah ribuan ekor!
Saintis berpendapat ikan Salmon menjejak tempat kelahiran dengan menjadikan medan magnet bumi sebagai panduan arah. Mereka berenang menentang arus termasuk ' mendaki' bukit menuju destinasi. Adakalanya perlu melompat di air terjun. Tidak kurang yang menjadi habuan pemangsa.
Apabila sudah hampir ke destinasi, mereka mula berhenti makan dan kulit mereka bertukar menjadi warna kemerahan. Ikan betina menggali untuk membuat sarang. Ikan jantan pula berkawal mengelak dari serangan pemangsa. Salmon betina menghasilkan lebih kurang tiga ribu telur dalam satu masa dia bertelur. Ikan jantan mengawal keselamatan telur telur di sarang. Kedua dua salmon betina dan jantan akan mati selepas mensenyawakan telur.
Telur telur salmon akan menetas dalm masa 4 bulan. Anak- anak salmon tinggal beberapa bulan di sungai sebelum berenang ke arah ke lautan menjalani hidup seterusnya.
Hidup dan mati adalah kuasa mutlak Allah Al Muhyi (Maha Menghidupkan) dan Al Mumit (Maha Mematikan). Fitrah salmon pasrah kepada Penciptanya tanpa ketakutan dan kebimbangan.
Maha Agung Allah yang memberikan kekuatan fizikal kepada salmon melakukan renangan tersebut tersebut mengatasi segala cabaran. Fitrah mereka sejak awal menolak untuk menjadi khalifah di bumi. Mereka hidup sebagai catatan kebesaran Allah swt untuk di ambil sebagai pengjaran oleh manusia.
YaAllah...syurgaMu adalah kampung abadi yang kami rindui. Engkau telah memberikan kekuatan fizikal, mental dan hati kepada ikan salmon. Pasti Engkau juga memberinya kepada kami dalam perjalanan kembali bertemu dengan Mu.
Sumber- Sofiyah@Satuyah Rasin
Anis bil 192
No comments:
Post a Comment