Pic. Source:thesite.org |
Ikrramah ialah anak kepada Abu Jahal, bapa saudara Nabi yang sangat membenci Rasulullah. Ikramah juga sangat membenci Rasulullah sehinggalah selepas peristiwa penaklukan Makkah.Terdapat beberapa perisitiwa yang berlaku kepadanya sehingga membuka hatinya untuk menerima Islam dan seterusnya berjuang menegakkan agama Islam.
Semasa peristiwa penaklukan Kota Makkah oleh tentera Islam, Ikramah telah melarikan diri ke ke Yaman dan seterusnya menaiki kapal ke Habsyah. Dalam pelayaran tersebut, kapal yang dinaikinya dipukul ribut yang sangat kuat.
"Marilah kita berdoa semoga ribut taufan ini akan berhenti," teriak kapten kapal.
Ikramah pun berdoa kepada al- Latta dan al Uzza bagi menghentikan ribut itu namun tidak berjaya.
"Saya seorang Islam. Tuhan saya ialah Allah. Hanya Dia yang berkuasa bagi menghentikan ribut ini, Kerana itu marilah kita sama- sama berdoa kepada Tuhan saya dan tuhan kamu semua supaya menyelamatkan kita daripada bencana ini," kata salah seorang lelaki yang bersama-sama menumpang kapal itu.
Maka Ikramah pun berbisik pada dirinya sendiri." Saya sudah memohon pada al Latta dan al Uzza tetapi tuhan itu tidak dapat menolong. Sekarang saya akan berdoa kepada Allah pula.
Kemudian Ikramah pun berdoa," Ya Allah, saya berjanji kepadaMu, sekiranya Engkau selamatkan saya daripada bencana ini, saya akan kembali ke Makkahberjumpa dengan Muhammad. Saya akan meletakkan tangan saya di atas tangannya bagi meminta ampun dan maaf. Semoga dia seorang pemaaf."
Selepas Ikramah berdoa dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh, tiba- tiba dengan izin Allah ribut itupun berhenti. Kapal yang mereka naiki dapat meneruskan perjalanan dan mereka selamat dari bencana itu.
Barulah Ikramah insaf di atas kesilapannya. Dia berazam hendak kembali ke Makkah berjumpa dengan Nabi Muhammad.......
Sumber buku: Ikramah Penentang jadi Pembela- Abdul Latip Talib