Selesai daripada menghayati kebesaran Allah di Niagara Falls, kami bergegas untuk mencari tempat solat. Walaupun kami boleh solat di mana- mana kawasan yang lapang, seboleh bolehnya kami mahu mencari masjid supaya lebih selesa bersolat. Sehari sebelum itu kami telah solat di atas rumput di sebuah kawasan rehat setelah keluar dari bandaraya New York.
20 minit keluar dari bandar Buffalo kami pun sampai ke sebuah masjid yang berbentuk sebuah bungalo 2 tingkat. Tempat letak keretanya agak luas. Oleh kerana waktu itu belum maghrib, tiada orang di dalam masjd tersebut. Bergegas kami ke kawasan solat wanita di tingkat atas. Menarik juga masjid ini. Walaupun ia kelihatan seperti banglo lama, bia masuk ke kawasan solat dan bilik airnya, ia dihasi dengan pelbagai pokok tiruan yang agak besar dan menarik. Bilik airnya pula mempunyai pintu seperti pintu masuk ke dalam kedai koboi. Setelah solat jamak zuhr dan asar kami membuat keputusan untuk berehat saja sementara menunggu waktu maghrib.
Selesai solat maghrib dan Isyak, kami pun turun ke bawah untuk meneruskan perjalanan yang akan mengambil masa lebih 6 jam lagi. Sebaik saja aku bersama anak- anak perempuanku keluar dari masjid tersebut aku ternampak suamiku membimbit satu bungkusan plastik penuh dengan buah oren dan epal. "Mana dapat buah-buah ni?" tanyaku, kehairanan. " Tadi orang tabligh bagi. Dia orang ada program kat sini. Depa tanya kita dari mana, lepas tu depa ajak mai ceramah. Ayah dah bagi tau kita ni nak pergi Michigan" kata suamiku." Jadi depa yang bagi buah yang banyak ni?" tanak anakku lagi. "Bila depa tau kita nak jalan jauh dan bermusafir depa terus ambil buah-buahan ni dan bagi kat ayah. Nak bagi nasi, depa kata tak siap lagi," kata suamiku lagi.
Syukur Alhamdulillah, walaupun kami hanya singgah sebentar di sini, Allah telah murahkan rezeki kami dan tunjukkan kepada kami wujud nya ukhuwah Islammiyah di bumi yang tidak ramai umat Muhammad ini. Suatu pengalaman yang tak pernah kami rasai atau praktik semasa di tanah air sendiri.....
Ingin tahu lebih lanjut mengenai pengembaraan kami di Amerika Syarikat? Klik di sini

Assalamualaikum.
ReplyDeleteSaya seorang pelajar berasal dari Sabah dan baru sahaja tamat pengajian untuk 'Bachelor Degree' dari UiTM Shah Alam. Saya bercadang untuk melanjutkan pelajaran ke USA secepat mungkin bagi program MBA. Sekarang saya menduduki kelas "GMAT" sebelum mengambil "GMAT TEST". Setelah membaca Blog makcik, makcik mempunyai banyak pengetahuan dan pengalaman tentang benda sebegini. Saya ingin bertanyakan soalan:-
1) Apakah peluang saya cerah untuk mengambil program MBA d USA memandangkan saya "fresh graduate" dengan GPA 3.26.
2) Adakah test seperti GMAT dan TOEFL sangat perlu untuk ke peringkat MBA di USA?
3) Bolehkah makcik beri sedikit pengetahuan tentang Universiti2 (MBA) dimana (1) mendapat pengiktirafan kerajaan Malaysia. (2) Kos hidup yang rendah, dan (3) senang mendapatkan makanan yang halal.
Saya amat berharap makcik dapat memberi bantuan dan bimbingan kepada saya dalam hal ini. Memandangkan saya tidak mempunyai blog yang aktif(beroperasi), adalah lebih baik saya dapat menghubungi makcik melalui Emeil dan mungkin juga Facebook di alamat emeil; syam_xerox_x2m@yahoo.com. Sekian terima kasih.
Yang benar,
Md Ibnu Hisyam aka Syam
Waalaikumussalam wrm bro. Syam,
ReplyDeleteMewakili penulis blog ni, saya cuba jawab sedikit sebanyak apa yg saya tahu.
Sebelum tu, tahniah kerana berjaya menamatkan pengajian dengan jayanya.
1. Peluang tu ada di mana2 inshaAllah. Walaupun kebanyakannya mengambil MBA selepas beberapa tahun bekerja, peluang masih luas untuk mengikuti MBA selepas tamat Bachelor. Pilih universiti2 yang sesuai dengan CGPA saudara.
2. Untuk MBA, wajib mengambil GMAT dan memandangkan kita adalah 'foreigner' di USA, syarat untuk kebanyakan universiti menerima pelajar adalah dengan TOEFL. Boleh semak syarat2 di website2 universiti yang mahu dipohon, kerana syarat2nya mungkin sedikit berlainan.
3. Saya kurang pasti tentang universiti yang bagus untuk MBA ini, cuma kalau mengikut pengetahuan saya MBA USA diterima di Malaysia.
Saudara boleh buat carian dahulu di internet megenai universiti2 yang baik seperti di http://grad-schools.usnews.rankingsandreviews.com/best-graduate-schools/top-business-schools/mba-rankings
Untuk mudah mendapatkan makanan halal, antara kawasan yang saya tahu: Chicago (Illinois), Michigan, Los Angeles (California), New York (New York). Pada saya, kebanyakan tempat di mana ramai pelajar Malaysia disitulah ramai Muslim. Jadi tidaklah sukar untuk dapatkan makanan halal. Boleh juga saudara rujuk di website Malaysia Student Department http://www.msdwdc.org/v2/index.php?option=com_weblinks&view=category&id=37&Itemid=48
Harap membantu!
Deremind,
ReplyDeleteTerima kasih atas informasi yang diberi. Sangat membantu.
Deremind, thanks for helping.
ReplyDeleteMr S,
ReplyDeleteSama2. InshaAllah semoga urusan saudara dipermudahkan untuk belajar di sana!
...,
No problem. Sure will be more than happy to help.