Wednesday, July 27, 2011

Belajar di Sekolah Agama Persendirian-Pengalaman dan Kelebihannya dari Pespektif Seorang Ibu

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz bulan Julai lalu, seorang ustaz telah menceritakan  kebanyakan doa yang dia betul betul hafal sehingga kini ialah doa yang dia pelajari semasa di tadika dan sekolah . Tidak dinafikan apa yang kita belajar di sekolah lebih senang kita ingat sehingga sekarang berbanding dengan apa yang kita belajar setelah dewasa. 


Walaubagaimanapun bagi saya yang pernah belajar di sekolah SRJK pembelajaran agama tidak berapa dititikberatkan. Demikian juga di sekolah menengah yang ketika itu kurang penekanan subjek agama. Oleh itu, ilmu tambahan  yang yang saya dapat hanya melalui ceramah agama dan pembacaan buku buku berkenaan fiqah, sirah, akhlak dan akidah. Alhamdulillah, dengan ilmu yang sedikit itu, dapatlah menjadi pedoman semasa saya belajar di luar negara dahulu. Saya bersyukur adanya sahabat-sahabat yang baik  yang telah bersama-sama membimbing dan menegur saya agar tidak jauh terpesong dari ajaran agama. 


Setelah anak sulong saya berusia 7 tahun saya  dan suami saya membuat keputusan untuk menghantarnya ke sekolah agama persendirian. Pada asalnya penghantaran ke sekolah agama ini hanya mengikut sahabat- sahabat yang lain kerana saya sendiri kurang arif apa kelebihan sekolah ini. Masa persekoahan sekolah ini agak panjang  iaitu bagi sesi pagi ialah dari pukul 7.30 pagi hingga ke pukul 3.30 ptg manakala sesi petang ialah dari 11.30 pagi hingga ke 6.30 petang.Mulanya saya agak keberatan memasukkan anak bersekolah di sini kerana masa persekolahan yang agak lama. Terasa kasihan melihatnya pulang dalam kepenatan  ketika maghrib menjelang.

Sesi persekolahan petang biasanya untuk pelajar tahun 1 dan 2. Sesi ini biasanya di mulai dengan latihan membaca   Al Quran dan hafazan.  Awal dulu asas pengajian Quran diajar menggunakan kaedah Iqra. Beberapa tahun selepas itu ia ditukar kepada kaedah yang lain yang lebih mudah. Penekanan juga diberikan kepada cara- cara bersolat dan berwuduk. Kadangkala kita sebagai ibubapa fikir cara kita berwuduk dan bersolat sudah betul. Sebenarnya banyak lagi yng kita perlu pelajari agar amalan wajib kita itu betul .

Selain daripada matapelajaran KBSR, matapelajaran yang lain di ajar ialah Tajwid, Bahasa Arab dan Tasawur Islami.  Matapelajaran tasawur Islami menggabungkan subjek Seerah, Fiqah, Akhlak dan Akidah. Bagi mereka yang berumur 40an ke atas  matapelajaran ni mungkin tidak di pelajari semasa di sekolah SRK atau SRJK. Kalau di fikirkan, jumlah subjek dan silibus di sekolah ini banyak berbanding SRK .Apabila tiba minggu peperiksaan memang pening juga nak menghafal dan memahami kesemua subjek tersebut. Bagi ibubapa yang membantu anak-anak mereka belajar bersama-sama , barulah tahu bagaimana banyaknya silibus tersebut.


Alhamdulillah, segala kepayahan tersebut dirasakan berbaloi bila melihat anak-anak terjaga akhlaknya, dapat menghafal ayat-ayat Quran dengan mudah disamping mendapat ilmu ukhrawi dan duniawi. Namun bagi ibubapa yang melibatkan diri dalam pelajaran anak-anak di sekolah sebegini terdapat banyak kelebihan yang diperolehi .


Apa kelebihan yang saya sendiri  perolehi dari sekolah agama persendirian ini?Ikuti bahagian kedua tak lama lagi.

1 comment:

  1. Thank you Mak & Ayah for sending me there. Alhamdulillah, the least is I still have a lot in me right now though not all. :)

    That's the best education I ever had alhamdulillah! <3

    ReplyDelete

Popular Posts