Wednesday, July 27, 2011

Tempat Istimewa bagi Orang Islam- Dearborn, Michigan

"You know, there is one high school where 90% of its populations are Muslims. And they are famous for their football team. Each time when there's a match, they will first pray before they begin. And if it had to be held during the month of Ramadhan where the game started late in the afternoon, the referee will stopped for a while to enable the muslim players to break the fast," kata Fawwaz yang kami temui di Islamic institute, Dearborn.
Dearborn...satu nama yang mungkin agak asing bagi orang  di Malaysia. Sebenarnya kawasan  ini sangat istimewa bagi orang Islam di USA. Sekiranya di Malaysia atau tempat tempat lain di dunia terdapat satu kawasan tertentu yang dinamakan Chinatown disini bolehlah dikatakan sebagai muslim town kerana terdapat begitu ramai orang Islam di sini. Apa yang istimewanya Dearborn ini?

Pertama,  ia mempunyai masjid yang terbesar di Amerika Syarikat. Bilangan muslim yang ramai sudah pasti memerlukan masjid yang besar untuk menunaikan solat (meskipun boleh dilakukan ditanah lapang) terutama sekali solat jumaat dan hari raya. Masjid ini mempunyai tidak kurang dari 4 dewan yang besar bagi menjalankan majlis- majlis tertentu dan sebuah sekolah agama bersebelahan dengannya.

Kedua, oleh kerana  bilangan orang islam yang sangat ramai, sebuah kolej islam di bangunkan bagi pelajar lepasan high school di sana. Menurut Fawwaz  kolej ini memberi ruang kepada pelajar lepasan high school untuk meneruskan pelajaran dalam suasana islamik dan mengikuti pelajaran islam. 

Siapa sebenarnya Fawwaz? Untuk mengetahuinya bolehlah anda rujuk kepada pengembaraan saya bersama keluarga di usa.sila klik di sini.

Belajar di Sekolah Agama Persendirian-Pengalaman dan Kelebihannya dari Pespektif Seorang Ibu

Dalam rancangan Tanyalah Ustaz bulan Julai lalu, seorang ustaz telah menceritakan  kebanyakan doa yang dia betul betul hafal sehingga kini ialah doa yang dia pelajari semasa di tadika dan sekolah . Tidak dinafikan apa yang kita belajar di sekolah lebih senang kita ingat sehingga sekarang berbanding dengan apa yang kita belajar setelah dewasa. 


Walaubagaimanapun bagi saya yang pernah belajar di sekolah SRJK pembelajaran agama tidak berapa dititikberatkan. Demikian juga di sekolah menengah yang ketika itu kurang penekanan subjek agama. Oleh itu, ilmu tambahan  yang yang saya dapat hanya melalui ceramah agama dan pembacaan buku buku berkenaan fiqah, sirah, akhlak dan akidah. Alhamdulillah, dengan ilmu yang sedikit itu, dapatlah menjadi pedoman semasa saya belajar di luar negara dahulu. Saya bersyukur adanya sahabat-sahabat yang baik  yang telah bersama-sama membimbing dan menegur saya agar tidak jauh terpesong dari ajaran agama. 


Setelah anak sulong saya berusia 7 tahun saya  dan suami saya membuat keputusan untuk menghantarnya ke sekolah agama persendirian. Pada asalnya penghantaran ke sekolah agama ini hanya mengikut sahabat- sahabat yang lain kerana saya sendiri kurang arif apa kelebihan sekolah ini. Masa persekoahan sekolah ini agak panjang  iaitu bagi sesi pagi ialah dari pukul 7.30 pagi hingga ke pukul 3.30 ptg manakala sesi petang ialah dari 11.30 pagi hingga ke 6.30 petang.Mulanya saya agak keberatan memasukkan anak bersekolah di sini kerana masa persekolahan yang agak lama. Terasa kasihan melihatnya pulang dalam kepenatan  ketika maghrib menjelang.

Sesi persekolahan petang biasanya untuk pelajar tahun 1 dan 2. Sesi ini biasanya di mulai dengan latihan membaca   Al Quran dan hafazan.  Awal dulu asas pengajian Quran diajar menggunakan kaedah Iqra. Beberapa tahun selepas itu ia ditukar kepada kaedah yang lain yang lebih mudah. Penekanan juga diberikan kepada cara- cara bersolat dan berwuduk. Kadangkala kita sebagai ibubapa fikir cara kita berwuduk dan bersolat sudah betul. Sebenarnya banyak lagi yng kita perlu pelajari agar amalan wajib kita itu betul .

Selain daripada matapelajaran KBSR, matapelajaran yang lain di ajar ialah Tajwid, Bahasa Arab dan Tasawur Islami.  Matapelajaran tasawur Islami menggabungkan subjek Seerah, Fiqah, Akhlak dan Akidah. Bagi mereka yang berumur 40an ke atas  matapelajaran ni mungkin tidak di pelajari semasa di sekolah SRK atau SRJK. Kalau di fikirkan, jumlah subjek dan silibus di sekolah ini banyak berbanding SRK .Apabila tiba minggu peperiksaan memang pening juga nak menghafal dan memahami kesemua subjek tersebut. Bagi ibubapa yang membantu anak-anak mereka belajar bersama-sama , barulah tahu bagaimana banyaknya silibus tersebut.


Alhamdulillah, segala kepayahan tersebut dirasakan berbaloi bila melihat anak-anak terjaga akhlaknya, dapat menghafal ayat-ayat Quran dengan mudah disamping mendapat ilmu ukhrawi dan duniawi. Namun bagi ibubapa yang melibatkan diri dalam pelajaran anak-anak di sekolah sebegini terdapat banyak kelebihan yang diperolehi .


Apa kelebihan yang saya sendiri  perolehi dari sekolah agama persendirian ini?Ikuti bahagian kedua tak lama lagi.

Thursday, July 14, 2011

Indahnya Ukhuwwah Islamiyah di Buffalo, New York

Selesai daripada menghayati kebesaran Allah di Niagara Falls, kami bergegas untuk mencari tempat solat. Walaupun kami boleh solat di mana- mana kawasan yang  lapang, seboleh bolehnya kami mahu mencari masjid supaya  lebih selesa bersolat. Sehari sebelum itu kami telah solat di atas rumput di sebuah kawasan rehat setelah keluar dari bandaraya New York. 


20 minit keluar dari bandar Buffalo kami pun sampai ke sebuah masjid yang berbentuk sebuah bungalo 2 tingkat.  Tempat letak keretanya agak luas. Oleh kerana waktu  itu belum maghrib, tiada orang di dalam masjd tersebut. Bergegas kami ke kawasan solat wanita di tingkat atas. Menarik juga masjid ini. Walaupun ia kelihatan seperti banglo lama, bia masuk ke kawasan solat dan bilik airnya, ia dihasi dengan pelbagai pokok tiruan yang agak besar dan menarik. Bilik airnya pula mempunyai pintu seperti pintu masuk ke dalam kedai koboi. Setelah solat jamak  zuhr dan asar kami membuat keputusan untuk berehat saja sementara menunggu waktu maghrib.


Selesai solat maghrib dan Isyak, kami pun turun ke bawah untuk meneruskan perjalanan yang akan mengambil masa lebih 6 jam lagi. Sebaik saja aku bersama anak- anak perempuanku keluar dari masjid tersebut aku ternampak suamiku membimbit satu bungkusan plastik penuh dengan buah oren dan epal. "Mana dapat buah-buah ni?" tanyaku, kehairanan. " Tadi orang tabligh bagi. Dia orang ada program kat sini. Depa tanya kita dari mana, lepas tu depa ajak mai ceramah. Ayah dah bagi tau kita ni nak pergi Michigan" kata suamiku." Jadi depa yang bagi buah yang banyak ni?" tanak anakku lagi. "Bila depa tau kita nak jalan jauh dan bermusafir depa terus ambil buah-buahan ni dan bagi kat ayah. Nak bagi nasi, depa kata tak siap lagi," kata suamiku lagi. 


Syukur Alhamdulillah, walaupun kami hanya singgah sebentar di sini, Allah telah murahkan rezeki kami dan tunjukkan kepada kami  wujud nya ukhuwah Islammiyah di bumi yang tidak ramai umat Muhammad ini. Suatu pengalaman yang tak pernah kami rasai atau praktik semasa  di tanah air sendiri.....

Ingin tahu lebih lanjut mengenai pengembaraan kami di Amerika Syarikat? Klik di sini

Tuesday, July 12, 2011

Menghayati You Tube Nasyid Maher Zain- 'The Chosen One'


Kali pertama saya belajar tentang 'songs appreciation' ialah semasa di sekolah menengah. Guru saya, seorang berbangsa India telah membawa sebuah 'cassette player' untuk meperdengarkan sebuah lagu bahasa Inggeris yang bertajuk 'Mandy', nyanyian Barry Manilow, kalau tak silap saya. Sebelum di perdengarkan lagu tersebut, beliau telah membincangkan sedikit sebanyak lirik yang terdapat di  dalam lagu tersebut. Oleh itu dapatlah kami lebih menghayati lagu tersebut. Thank you so much Dr Malachi Edwin for your efforts!


Langkah ini juga saya ketengahkan semasa saya memperdengarkan nasyid dalam Bahasa Inggeris kepada para pelajar dalam kelas English Communication. Mereka perlu tahu maksud beberapa perkataan dan apa yang ingin disampaikan oleh penasyid tersebut. Daripada situlah mereka dapat menghayati nasyid tersebut. Selepas itu barulah mereka boleh menyanyikan nasyid itu bersama-sama. Saya tidak mengambil masa yang lama dalam bahagian ini. Biasanya mudah bagi pelajar mengikut saja apa yang didendangkan oleh para penasyid ini.

Nasyid yang biasanya saya ketengahkan biasanya agak rancak dan nadanya tinggi. Pelajar lelaki biasanya saya suruh tinggikan suara agar lebih bersemangat. Sejauh pengetahuan saya tiada seorang pun yang buat selamba saja apabila menyanyikan nasyid ini. Semuanya berusaha menyanyikannya. Hasilnya mereka telah menyebut begitu banyak perkataan Bahasa Inggeris dalam masa hanya beberapa minit.

Usahlah kita memandang remeh tentang peranan lagu atau nasyid terhadap memperbaiki komunikasi  dalam Bahasa Inggeris sebab cara begini ialah antara cara yang paling santai seseorang pelajar boleh mengungkapkan perkataan dalam bahasa Inggeris. Cuma yang penting, apa yang diungkapkan itu ialah perkataan-perkataan yang berguna yang boleh dijadikan ibadah.

Selamat Mencuba!

Popular Posts