Friday, February 19, 2010

Makanan halal di US- untuk renungan pelajar/pegawai di US dan pengembara diUS

A Comprehensive List of Halal Food Products in US Supermarkets, 7th Edition 2005

Sekiranya ada diantara yang belajar atau bekerja di mana-mana negara yang bukan Islam, perkara pertama yang sememangnya seseorang akan risau ialah makanan. Ada ke tidak makanan halal, dimana nak cari makanan halalan toyiban dan aku ni nak kena masak aje selaluke sebab makanan halal susah nak di cari.
Tahun 80an dahulu sewaktu aku dan rakan-rakanku mula-mula sampai di California, kami terpaksa tinggal bersama foster parents. Mungkin penaja biasiswa kami berniat positif kerana mahu kami menyesuaikan keadaan di negara asing dengan bantuan keluarga angkat. Keluarga angkat biasanya adalah warga Amerika sendiri.Malangnya pihak penaja mungkin terlepas pandang akan keperluan seseorang Islam dari segi menentukan makanan yang dimakannya itu halal atau tidak. Lantas kadangkala kami terpaksa berlapar sewaktu tengahari(hanya makan donat) dan kadangkala berdepan dengan keluarga angkat yang menyediakan daging atau ayam tidak halal semasa makan malam. Kadangkala kami membeli sendiri ikan trout dan menawarkan untuk masak untuk mengelakkan daripada makan makanan yang tidak halal. Sehinggalah adanya satu kumpulan brothers yang berusaha untuk mendapatkan ayam halal yang dihantar dengan bas dari Virginia, satu negeri yang sangat jauh dari California.
Mujurlah kami hanya tinggal dengan keluarga angkat selama sebulan sahaja. Kami terpaksa memberi plebagai alasan agar kami dapat berpindah dan dapat menikmati hidangan halal dengan lebih selesa. Hasil usaha brothers yang ada disitu, dapatlah kami membeli ayam halal dengan lebih senang . Yang pasti-InsyaAllah ianya halal. Semoga Allah membalas jasa brothers tersebut atas usaha mereka. Hari-hari seterusnya kami mendapat membeli ayam halal dari kedai yang lebih dekat.
Baru-baru ni aku telah terbaca sebuah buku kisah Sidek Baba bertajuk Seteguh Tekad. Sewaktu belajar di Bloomington, Indiana beliau telah mengambil masa 10 jam untuk pergi dan balik ke Chicago, Illinois semata-mata untuk membeli daging halal. Begitulah usaha seorang pendakwah yang menentukan bahawa apa yang masuk kedalam perutnya dan seterusnya menjadi darah
dagingnya itu bersih dan halal. Dengan demikian barulah iman seseorang itu teguh dan doa mereka insyAllah di makbul Allah.

Itu kesah dulu di zaman tahun 80an. Kini di US terdapat beberapa buah syarikat orang Islam telah mengusahakan daging dan ayam halal untuk kegunaan orang Islam di sana. Contoh yang paling besar ialah syarikat Midarmar, di Iowa. Syarikat ini bukan sahaja telah mengeluarkan daging halal untuk kegunaan orang Islam di US tapi juga untuk diimport. Bahkan terdapat sebuah syarikat, Harris Ranch yang dikatakan telah dapat mengedarkan daging halalnya ke Safeway, salah sebuah supermarket di Fresno. Kedai kedai menjual daging dan ayam halal kini begitu banyak terdapat di merata ceruk di US memandangkan umat Islam di US semakin bertambah.
Persoalannya sekarang, sejauh mana pelajar atau pekerja kita dari Malaysia menggunakan khidmat kedai halal ini dalam makanan harian. Kerap kali kita sering memberi pelbagai alasan -malas nak pergi beli yang halal-jauh-tak ada kenderaan
-pak Arab makan, apa salahnya kita makan,ada pendapat kata boleh,tak payah nak persoalkan
- alaah, kat US ini saja kita makan ayam katok, balik Malaysia kita makanlah yang halal.
-dah lapar, tak ada apa nak makan,nanti kebulur
dan banyak lagi alasan.

Dalam hatiku,"Kenapa agaknya, kami dulu sanggup makan ikan, telur sekiranya tak ada ayam atau daging halal.
Kenapa agaknya, kami sanggup memandu jauh out of state semata -mata nak dapatkan ayam dan halal. Ayam tu pulak kami terpaksa menyiangnya sampai berpeluh-peluh)mengikut kreativiti kami(almaklum kebanyakan kami bersekolah di sekolah berasrama penuh semasa sekolah menengah)
Kenapa agaknya, sebahagian pelajar dan pekerja Malaysia Islam tak sanggup nak pergi beli di kedai orang Islam,membantu mereka mempertingkatkan ekonomi mereka saudara seislam Tambahan pulak ayam dan daging tu hanya tunggu untuk dibasuh dan dimasak?Tak payah pulak perlu disiang.
Kenapa agaknya, mereka yang makan ayam katok ni tak was-was ke dengan ingredients lain terdapat dalam masakan tersebut sedangkan kami kat US dulu menghabiskan masa untuk memastikan tiada lecithin(bukan soya lecithin), mono and diglyceride, whey dan pelbagai lagi bahan yang ditambah yang boleh menimbulkan syubhah.
Kenapa agaknya, kami berasa agak kecewa dengan usaha kami dan usaha pengusaha kedai halal seolah olah mencurah air ke daun keladi bagi setengah pihak.

Bagi sesiapa yang berada di sana renung-renungkanlah teguran ini. Bagi yang berusaha mencari makanan halal, alhamdulillah, semoga Allah merahmati usaha anda. Nasihat atau teguran terhadap rakan anda yang lain merupakan usaha dakwah yang InsyaAllah, akan dibalas Allah.

Thursday, February 11, 2010

Masjid in Chiangmai

When my family and I went to the Arts and Cultural Center in Chiangmai, we learnt that Islam had arrived in Chiangmai. Unfortunately Islam didn't spread very fast there. Alhamdulillah, we stopped by two mosques during our stay there. The first is the Jamek Mosque where we saw many Indian and Pakistanese muslims. We had our Friday prayers there. I think the mosque was double storey building with a separate room for the ladies. Though not new, it was quite big and comfortable to spend your moment of solitude to God. Unfortunately, we were unable to communicate with any of those who came to the mosque because of language problems. Therefore we only used sign languages.
The other mosque, Jameah Sheck Abdullah Al Kelabi, was built in 2002. The mosque, still new,was a single storey building that has an Islamic school in its compound. We noticed many teenagers around the area with their Islamic uniforms there. We were grateful to see the muslims there but quite dissappointed as we were unable to communicate with them. Perhaps it is better for those who would like to visit Thailand to learn a few basic words to communicate in Thai. We were fortunate to have Jay as our tour guide who is fluent in English. Jay was a very helpful tour guide.
Nevertheless we were grateful to see and meet the muslim brothers and sisters in Chiangmai.

Tuesday, February 9, 2010

GENERASI i-pod

Dalam Majalah Anis keluaran februari 2010, terdapat satu artikel bertajuk Dakwah Generasi i-pod hasil tulisan Abu Saif ataupun ustaz Hasrizal Abdul Jamil. Dalam artikelnya disebutkan tentang betapa generasi kini(anak-anak muda) terlalu asyik dengan teknologi terkini sehinggakan sangat kurang berinteraksi secara direct. Kalau dulu kita lebih selesa dan seronok bila ada teman berbual sewaktu ke kelas atau ke kedai, namun sekarang tidak.Kehadiran walkman dan i-pod yang digunakan keterlaluan menyebabkan seseorang tidak memerlukan sesiapapun ketika bersiar-siar. Kalau dulu adanya permainan galah panjang atau konda kondi yang memerlukan ramai pemain dan kita selesa adanya gelak ketawa disamping merancang strategi bersama, namun sekarang tidak.Kehadiran playstation PSP pula menyebabkan pemain terpisah dari persekitaran, tanpa perlu teman untuk bermain.Banyak lagi teknologi terkini jika digunakan keterlaluan akan membunuh interaksi.
Tanpa kita sedari juga, apabila interaksi secara terang-terangan dimana jasad berjumpa jasad ini terbunuh, akan terjadilah masalah komunikasi yang memerlukan gaya bahasa, intonasi yang betul dan melibatkan perasaan. Mungkin boleh sampai ke peringkat bila dua orang sahabat bertemu,mereka akan membisu akibat tak tahu berkomunikasi akibat selalu guna sms atau chatting.
Tak percaya. Perkara ini mungkin sudah dan akan berlaku jika interaksi terus dibunuh. Saya setuju dengan pendapat Abu Saif.

Popular Posts