Dulu di sini antara tempat yang paling ramai pelajar Malaysia. Kalau tak silap saya, beribu pelajar Malaysia yang telah tamat pengajian dalam pelbagai bidang di universiti ini sejak tahun 1970an lagi.
Kini pelajar Malaysia tidaklah seramai dulu. Mungkin kos pengajian yang tinggi menyebabkan penaja biasiswa berfikir dua tiga kali untuk menampung perbelanjaan pelajar. Namun saya percaya ramai yang pernah belajar di luar negara setuju yang pengalaman pahit manis yang ditempuhi semasa belajar memberi yang kesan yang sangat positif dari segi berdikari dan urusan kewangan di kemudian hari.
Southern Illinois University terletak di Carbondale, Illinois, negeri di bahagian tengah Amerika Syarikat. Kakak saya antara menjadi penuntut terawal di sini, belajar akhir tahun 1970an. Tentunya banyak ilmu yang bermanfaat dan banyak memori indah di perolehinya di sini.
Kedatangan kami ke sini adalah bersama kakak saya yang pernah belajar di sini dahulu. Sudah tentu dia teruja melawat kampus, tempat dia menimba ilmu dan mendapat pengalaman suatu ketika dahulu.
Antara bangunan yang sempat kami singgah di sini ialah perpustakaan dan Student Center. Banyak juga kemudahan disediakan buat para pelajar SIU ini di Student Center. Kawasan kafeteria penuh dengan pelajar yang mungkin ketika itu minggu orientasi. Demikian juga kedai buku yang terletak di bangunan yang sama. Ruang rehat dan santai menghiasi bahagian dalam Student Center ini.
Bangunan Biology Greenhouse and Conservatory,tempat pelajar dan pensyarah di sini membuat penyelidikan tentang tumbuhan. Bangunan ini sebenarnya dibuka untuk orang ramai namun ketika kami ke sana, tempat ini tutup. Deretan bunga dan tumbuhan berwarna-warni menghiasi bahagian tepi 'Conservatory' ini.
Kami berehat seketika di sebuah pondok tidak jauh dari 'Conservatory' ini. Bentuk pondok ini agak pelik,bersegi-segi bumbungnya.Rupa-rupanya pondok ini ialah pondok yang membekalkan kuasa solar dan boleh bertindak sebagai power bank untuk mengecas telefon bimbit, komputer dan sebagainya. Penggunaan teknologi hijau yang unik!
Menariknya di bangunan Student Center terdapat kemudahan meditation center yang boleh digunakan sebagai surau. Bahkan tempat berwuduk juga disediakan. Mungkin dulu pelajar di sini terpaksa bersolat di tempat-tempat umum seperti di sudut-sudut bilik ataupun di bawah pokok. Alhamdulillah,kini lebih mudah.
Solat, belajar, bekerja mahupun aktiviti yang lain yang bermanfaat sebenarnya ialah ibadah jika betul caranya. Kita diberikan Allah 24 jam untuk menguruskan kehidupan kita sehari-hari. Namun ramai daripada kita kurang arif tentang hal yang dianggap ibadah ini. Petikan dibawah mungkin sedikit panduan bagi kita bagaimana aktiviti kita selama 24 jam boleh dijadikan ibadah.
'Kita wajib beribadah 24 jam. Bagaimana? Bangun sahaja daripada tidur, kita akan mualakan dengan doa. Doa ialah ibadah sunat. Kemudian kita ke bilik air mengambil wuduk dan selepas itu mendirikan solat subuh. Solat itu ibadah asas. Dan kemudiannya kita bersiap pergi ke kerja. Dan bekerja itu ibadah umum.
Ketika waktu tengahari kita mengerjakan solat zuhur dan makan. Kedua-duanya ibadah asas dan umum. Jadi yang dikatakan ibadah 24 jam itu ialah berlaku perpindahan daripada satu ibadah ke satu ibadah .
Kalau kita dapat mengatur ketiga-tiga ibadah ni maka hidup kita dalam sehari itu telah bermakna 24 jam ibadah. Ini lah yang dikatakan 'full time ibadah'. Dari sini nampak indahnya Islam sehingga disebut ' Islam is a way of life'.
Bukan Senang nak Tenang- Ust Pahrol Mohanad Juoi
Jom kita sama-sama berusaha menjalankan ibadah sepanjang 24 jam setiap hari.
No comments:
Post a Comment