Saturday, September 22, 2018

Muslim di Chicagoland


Chicagoland seolah-olah nama satu taman tema. Sebenarnya Chicagoland ialah nama tidak rasmi bagi Chicago Metropolitan Area. Kawasan ini meliputi bandaraya Chicago dan pinggir bandar tersebut termasuklah sebahagian daerah Illinois, Indiana dan Wisconsin. Ini bermakna Chicagoland meliputi sebahagian daerah dalam tiga negeri di Amerika Syarikat.
 
Chicago antara kawasan yang ramai orang Islam di Amerika Syarikat. Bilangan umat Islam di sekitar Chicago menurut 'The Council on American Islamic Relations (CAIR) ialah diantara 300 000 hingga 500 000 orang. Dengan bilangan orang Islam sebegini ramai sudah semestinya bilangan masjid juga banyak. Berdasarkan laman web Salatomatic.com terdapat lebih daripada 100 buah masjid di kawasan Chicagoland. Banyak!

Lebih selesa rasanya saya memulakan cerita tentang pengembaraan saya ini dengan persinggahan di rumah Allah. Dalam pemusafiran terutama di tempat yang jauh dari negara asal, lebih tenang hati ini  sekiranya rumah Allah dijadikan tempat utama persinggahan. Memohon agar dipermudahkan Allah dan dijauhkan segala bencana semasa perjalanan.

Benar seperti apa yang dibincangkan oleh Ustaz Pahrol Mohd Juoi dalam bukunya, Tenang Ada Di Sini.

'Solat itu hakikatnya zikir. Bahkan ia sebesar-besar zikir. Solat akan memberi ketenangan pada jiwa kerana dalam solat orang beriman akan mengingati, mengadu, memohon, menyerah seluruh dirinya kepada Allah. Apabila hati manusia telah berjaya berhubung dengan Allah Yang Maha Perkasa, Maha Kaya, Maha Pengasih dan Penyayang, maka ketika itulah hati akan menjadi tenang. 

Firman Allah:
"Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
Surah al Ra'd 13: 28

Solat jika benar benar difahami, dihayati dan dirasai, maka ia akan memberi kerehatan pada fizikal, mental, emosi dan jiwa. Ia suatu kerehatan buat jiwa. Bayangkan dalam solat, orang beriman akan dapat merayu, mengadu, merintih dan mengharap kepada Tuhan yang Maha Kuasa, Maha Penyayang dan Maha Mendengar. '

Masjid yang pertama kami  singgah ini terletak  di satu kawasan perumahan pinggir bandar Chicago. Dari jauh kompleks Muslim Education Center ini tampak gah, luas dan moden.Kawasan parkir yang agak luas memudahkan kami meletakkan kenderaan kami. 

Selain daripada Masjid, kompleks MEC  ini menempatkan sebuah pra sekolah, sekolah rendah dan sekolah Menengah  Islam di bawah satu bumbung. Kompleks MEC ini dibawah kelolaan Muslim Community Center. Berdasarkan laman web MEC, sekolah ini mengikuti kurikulum standard yang sama dengan sekolah biasa di Illinois dan ditambah dengan mata pelajaran Islam, Al Quran dan bahasa Arab.  Bilangan pelajar di sini mengikut perangkaan 2017  sudah hampir menjangkau 700 orang. 

Jumlah ini belum termasuk pelajar daripada sekolah biasa yang menghadiri kelas agama tambahan untuk kelas hari Sabtu dan hari Ahad. Ramai! Belum juga ditambah dengan aktiviti masjid untuk para muslimin dan muslimat. Alhamdulillah, kompleks ini seperti aktif hampir setiap hari!
Bersambung.

Rujukan:
1.  https://mccchicago.org/mcc-past-and-present/
2. https://chicago.suntimes.com/politics/growing-muslim-population-means-more-services-to-keep-up/








Kembara USA 2018

Alhamdulillah, tubuh ini baru terasa lega setelah bermusafir selama sebulan setengah di perantauan. Ke mana saya bermusafir kali ini?  Sudah semestinya di Amerika Syarikat.
Meskipun agak mencabar menjalani kehidupan yg separa nomad di usia sebegini, bagi saya pengembaraan kami kali ini membuahkan satu pengalaman yang berharga. Sangat berbeza dengan apa saya alami sewaktu belajar di sana tahun 1980an dahulu. 

Perjalanan ini seolah-olah merentas benua walaupun cuaca di Amerika Syarikat panas ketika itu. Negeri-negeri yang dilawati meliputi bahagian tengah, selatan, timur, utara dan barat. 

Pengalaman ini banyak membuka minda kami tentang masyarkat 
Islam dan bukan Islam di sana. Peri pentingnya menjaga akhlak Islamiah  agar tidak di pandang serong oleh non muslims. Setiap pengembara muslim ialah duta bagi agama Islam.  Juga menyaksikan sendiri pelbagai contoh akhlak terpuji yang ditunjukkan oleh non muslims yang mungkin orang Islam sendiri merasa kurang perlu. 

Syukur Alhamdulillah, kami dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang pengembaraan ini. Berkat doa dan aktiviti harian yang mendekatkan diri kepada Allah membuatkan kami sentiasa mengharapkan perlindungan Allah. Hal yang mungkin kami terlepas pandang apabila melancong di negara sendiri dan negara-negara Islam yang lain. 

Berapa negeri yang kami sempat kunjungi kali ini? 23 negeri! Hampir separuh daripada kesluruhan 50 buah negeri ya




ng terdapat di Amerika Syarikat.  Ikuti pengembaraan kami nanti , Insha Allah.

Popular Posts