| Sumber: http://kbergetar.org/jejak-rasul-as-salam-2016/ | 
Dulu
 semasa bulan Ramadhan, rancangan inilah yang ditunggu-tunggu kami 
berdua, saya dan emak.Walaupun saya di Selangor dan emak di Kedah, rancangan ini 
antara topik perbualan kami setiap kali say menelefonnya. "Hari ini kisah 
apa, penggambaran di mana, siapa yang pergi dan mengacara." 
Ramadhan ini kali pertama saya tidak dapat lagi berbual dengan emak. Emak telah pergi bertemu 
penciptaNya awal tahun ini. Sakit emak tidak lama. Ya, memang berat 
hendak melepaskan emak pergi, namun saya redha sebab diri ini pun entah 
sampai bila umurnya. Ya Allah permudahkan perjalanan akhirat ke dua-dua 
ibu dan ayah ku. Jauhilah mereka daripada azab kubur dan masukkanlah 
mereka ke dalam syurga Firdaus mu.
Rancangan
 yang dimaksudkan ialah Jejak Rasul  yang diterbitkan oleh TV3. Tahun ini Jejak Rasul Assalam 2017 di fokuskan kepada Tinggalan Anbiya' dan Kesahihannya. Ia diacara oleh Da'i Tajdid
 Hadhari dan negara yang dilawati ialah Palestin, Jordan dan Turki. Rancangan ini agak berlainan daripada yang jejak Rasul 
sebelumnya. Walaupun negara negara Jordan Palestin dan Turki
 pernah di siarkan dalam Jejak Rasul beberapa tahun lalu, kali ini rancangan ini berlaian.
 Sebab mereka menyelidik kesahihan fakta berdasarkan riwayat-riwayat yang telah biasanya di ketahui oleh orang Islam sendiri.
Baru-baru ini saya sempat menonton Jejak Rasul Assalam yang 
memaparkan kisah tasik Thabariyyah. Tasik ini yang lebih dikenali 
sebagai tasik Tiberia atau Laut Galilee ataupun Tasik Kineret terletak dalam wilayah Israel. 
Nabi
 Muhammad s.a.w. satu ketika dahulu pernah menceritakan dahulu satu 
peristiwa tentang bertemunya  sekumpulan pelayar dengan Dajjal. Walaupun
 pernah mendengarnya beberapa kali, baru baru ini saya terbaca  kisah 
ini di sebuah majalah.
Hadith
 ini agak panjang tetapi ini antara yang diceritakan oleh Tamim al Dari (salah seorang pelayar) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dahulunya  beliau seorang Kristian namun telah berbaiah dan memeluk 
agama Islam ketika itu. Beliau telah menceritakan tentang al Masih al Dajjal kepada Rasulullah.
|  | 
| Tasik Galilee- Sumber- Israel Today | 
Tamim bersama 30 orang daripada 
kabilah Lakhm dan Judzam telah belayar dalam sebuah kapal. Taqdir 
Allah, kapal mereka telah dilambung ombak sehingga mereka hanyut di tengah lautan selama sebulan. Mereka akhirnya terdampar di sebuah pulau
 di tengah lautan tersebut. Di situlah mereka bertemu dengan seekor 
binatang yang berambut sangat lebat dan kaku. Binatang itu boleh 
bercakap dan menyuruh mereka pergi bertemu seorang lelaki  di sebuah 
rumah ibadah. Tubuh lelaki itu sangat besar dan diikat dengan kuat. 
Kedua-dua tangannya terikat dengan lehernya, antara dua lututnya 
terikat dengan besi.
Antara soalan yang ditanya oleh lelaki yang pelik ini kepada mereka(pelayar)
......."Khabarkan kepadaku tentang Tasik Thabariyyah."
Mereka menjawab," Tentang apa engkau meminta beritanya."
"Apakah masih ada airnya?"jawabnya
Mereka menjawab," Danau itu banyak airnya."
Ia mengatakan," Sesungguhnya hampir-hampir airnya akan lenyap. Beritahulah kepadaku tentang mata air Zughar.".......
(Riwayat Muslim)
Sumber:
Datuk Dr Zahazan Mohamed-Solusi isu 101
Paras
 air Tasik Thabariyyah yang dilawati oleh Da'i Hadhari sebenarnya sudah 
pun agak kritikal  kebelakangan ini  disebabkan prlbagai faktor. 
Antaranya ialah  kemarau yang berpanjangan terutama sekali di musim sejuk. Bahkan terdapat 
sebahagiannya sudah pun kering hingga ke dasar. laut. Semuanya bukan 
kebetulan dan tentunya ia takdir Allah, petunjuk bagi orang orang yang berfikir.
Wallahualam.

 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment