Serangga ini sangat mengagumkan! Dengan badan
yang begitu kecil, serangga ciptaan Allah ini boleh mengeluarkan cahaya
di bahagian abdomennya. Mungkin ada yang tidak menyedari, kelip-kelip hanya boleh dirasai kehadirannya ketika
waktu malam yang hening dan gelap pekat. Kelip kelip ...kelip kelip... Serangga ini terus
berkelip mengikut fitrah yang diatur Allah.
Teringat pula satu ketika dulu tentang kisah seorang budak yang terlalu miskin sehinggakan tidak mampu membeli lampu minyak untuk membolehkannya membaca di waktu malam. Tika itu musim dingin dan sudah semestinya waktu malam lebih panjang daripada waktu siang. Apa yang dilakukannnya ialah menangkap kelip-kelip yang banyak dan dibungkusnya dengan kain kasa. Kemudian digantungnya kain tu untuk dijadikan lampu. Mungkin kisah ini hanya dongengan semata namun yang nyata serangga kecil ni telah menarik para saintis untuk mengkaji tentang faedah cahaya itu pada manusia.
Baru-baru ini saya sekeluarga diberi peluang untuk menyaksikan suasana kelip-kelip di kawasan Kuala Selangor. Kawasan paya yang mempunyai pokok berembang merupakan tabiat semulajadi bagi kelip-kelip. Usai solat maghrib, kami dibawa menaiki bot bersama pelancong lain menyusuri Sungai Selangor. Subhanallah! Memang mengagumkan bila memerhatikan pohon ditebing sungai berkelip-kelip, seolah-olah dipasang lampu kelip-kelip. Dan ini ialah ciptaan semulajadi oleh Allah. Tanpa keperluan arus elektrik, terus daripada badan makhluk yang sekecil kelkatu sahaja. Terasa seolah-olah satu perayaan sedang berlangsung di tebing sungai meskipun kami disuruh mendiamkan diri agar kelip-kelip tidak berubah tempat. Malangnya kami tak punya kamera yang canggih untuk merakamkan suasana bercahaya ini.
Bezanya hanya tempat. Selang beberapa bulan kami diberi peluang oleh Allah sekali lagi untuk menyaksikan keindahan kelip-kelip beribu-ribu kilometer dari Kuala Selangor. Kali in di kawasan Smoky Mountains, Tennessee, Amerika Syarikat. Anak kami telah menyewa sebuah rumah kayu (lodge) semasa pengembaraan kami di sana. Lodge ini terletak berhampiran kawasan hutan. "Don't forget to watch the fireflies," pesan tuan rumah tersebut semasa anakku menelefonnya untuk mengambil kunci rumah tersebut. Usai makan malam kami sekeluarga keluar mengambil angin malam di beranda rumah tersebut. Tak lama selepas itu kelipan cahaya yang kecil muncul di celah daun-daun pokok berhampiran rumah. Wah.. kelip-kelip! Semakin lama makhluk ini seolah-olah semakin jinak menghampiri beranda. Kelipan yang hampir sama dengan apa yang kami pernah saksikan di Kuala Selangor. Cuma bezanya suhu di sini sangat sejuk di kawasan pergunungan. Manakala di Kuala Selangor ketika itu agak panas. Namun menyaksikan cahaya kelip-kelip tetap suatu suasana yang menakjubkan. Subhanallah.
Agak lama kami menikmati suasana kelipan serangga yang menerangi hutan ini. Walau bagaimanapun letih mengembara negara ini menyebabkan kudrat kami tidak dapat bertahan hingga ke tengah malam. Terpaksa masuk untuk merehatkan badan dan menunaikan tuntutan fardhu. Tatkala berada di sejadah menunggu untuk solat berjemaah, anakku memberitahu," Laa... kelip-kelip dah masuk ke dalam rumah!" Kami membiarkannya sahaja sebab mahu terus menunaikan solat. Cucuku yang baru berusia setahun setengah terus bermain sendiri.
Usai solat anakku berkata, "Mak, habis Aufa penyetkan kelip-kelip tu." Seekor kelip-kelip telah terbujur kaku di atas lantai. Takdir telah menentukan usia kelip-kelip setakat itu saja. Aufa masih terlalu kecil untuk memahami yang kelip kelip tu juga makhluk Allah. Namun, kita yang dewasa yang berada di seluruh pelusuk dunia ini harus juga sedar tentang ekosistem bagi serangga yang kecil ini supaya terpelihara. Agar kelip kelip, makhluk kecil Allah ini tetap dapat terbang berkelip-kelip di mana sahaja .
"Dan tiadalah binatang-binatang yang ada di bumi dan burung-burung yang berterbangan dengan kedua sayapnya melainkan umat-umat (ia juga) seperti kamu. Tiadalah Kami alpakan sesuatu pun di dalam Al Kitab, kemudian kepada Tuhanlah mereka dihimpunkan." [Al An'am 6:38]

No comments:
Post a Comment