
Jika di amati dari jauh, tasik ini tidak ubah seperti tasik-tasik besar 
yang saya pernah saya lawati. Air nya yang adakalanya tenang adakalanya 
berombak tidak memberikan apa-apa ciri istimewa untuk di llihat. 
Tatkala sampai di tepi pantai, airnya sangat surut. Untuk sampai ke gigi
 air rasanya terpaksa berjalan hampir setengah kilometer! Terdetik di 
hati ini," Ish...kenapalah kami ke sini...tempat yang bukannya pun 
menjadi tumpuan pelancong!"
Kami sebenarnya berada di sebuah 
pulau yang terletak di sebuah tasik di kawasan pergunungan. Mungkin ramai
 yang pernah mendengar nama bandar Salt Lake City tapi tak ramai yang 
ambil tahu kenapa ia dinamakan sedemikian. Salt Lake City sebenarnya 
sebuah banndaraya yang terletak di sebuah tasik yang besar yang bergaram 
iaitu The Great Salt Lake. Sebab itulah istilah salt atau pun garam 
terdapat dalam nama bandaraya i
ni dan nama tasik ini. Saiz tasik ini sangat 
besar, meliputi 1700 batu persegi atau 4402 km persegi. Saiz ini lebih kurang 16 kali ganda saiz Pulau Pinang!
Betulke tasik ini
 masin? 'Curiosity' menyebabkan saya nak mengesahkan sendiri tasik 
ini masin. Sampai saja di gigi air yang berselut itu, saya cuitkan sikit
 air tasik ini dan merasanya. Ya! Memang masin tapi memualkan sebab 
hanyir bercampur dengan selut! Berdekah dekah ketawa ahli keluarga lain 
melihat reaksi saya. Mujurlah air botol mineral kami bawa 
bersama. Dapatlah juga berkumur-kumur untuk menghilangkan bau hanyir air tersebut!
Pulau
 Antelope yang terletak di  tasik ini merupakan antara pulau yang 
terbesar di sini dan diwartakan sebagai taman negara Amerika 
Syarikat. Disebalik kemasinan tasik ini sebenarnya pelbagai hidupan liar yang
 hidup di sini dengan wujudnya mata air di beberapa tempat dalam pulau 
ini. Dari sebesar besar bison( haiwan seperti badak sumbu) sehinggalah 
sekecil-kecil siput di pantai. Kuasa Allah yang menentukan bagaimana 
haiwan yang besar ini dapat sampai dan hidup di sini walaupun 
dikelilingi tasik yang masin. 
Berbeza dengan Laut Mati di Jordan, laut ini masih boleh menampung hidupan kecil di 
dalamnya . Namun disebabkan kemasinan yang tinggi, ikan tidak dapat 
hidup di sini. The Great Salt Lake mempunyai hidupan laut seperti udang 
kecil dan alga laut yang menngundang ratusan burung layang -layang utuk 
hidup bersama flora dan fauna di pulau pulau sekitarnya.
Teringat
 saya seketika tentang sejarah tentang  kaum nabi lut
 yang diturunkan bala oleh Allah disebabkan kegiatan homoseksualnya. 
'Firman Allah yang bermaksud: 
"Akhirnya mereka pun dibinasakan oleh letusan 
suara yang menggempakan bumi, ketika matahari terbit. Maka Kami jadikan 
negeri kaum Lut itu tunggang balik (tertimbus segala yang ada di muka 
buminya) dan Kami hujani atasnya dengan batu dari tanah yang dibakar. 
Sesungguhnya balasan azab yang demikian itu, mengandungi tanda-tanda
 bagi orang-orang yang kenalkan sesuatu  serta memerhati dan 
memikirkannya. Dan sesungguhnya negeri kaum Lut yang telah dibinasakan 
itu, terletak di jalan yang tetap (dilalui orang)."
Surah al Hijr: 73-76
Salah
 satu ciri tasik Nabi Lut ialah kandungan garamnya yang sungguh tinggi 
dengan isipadu garam hampir 30% . Oleh kerana itu, tiada sebarang organisme 
boeh hidup termasuk ikan dan lumut, sebab itulah di dalam 
penulisan-penulisan barat, tasik Nabi Lut dikenali sebagai " Laut Mati".
 
Berasaskan kajian geografi dan arkeologinya, penyelidik Jerman, Werner Keller telah mencatatkan bahawa bandar-bandar Sodom dan 
Gomorrah memang sebenarnya terletak di wilayah paling jauh dan paling 
rendah di Tasik Nabi Lut.' 
Sumber- kaum- kaum yang pupus- Harun Yahya 
Sejarah
 tentang penduduk The Great Salt lake ini tak banyak saya ketahui..Namun disebalik hembusan kuat angin dingin yang menyengat hingga ke 
tulang,kami bersyukur dapat menghayati kekuasaan Allah  di sebuah pulau 
yang terletak di tasik bergaram di kawasan pergunungan Amerika Syarikat 
ini. Allahu Akbar.