Dulu
tempat inilah yang sering menjadi tumpuan, baik di malam raya mahupun
di pagi keesokkannya. Biar sekecil manapun rumah tersebut, beranda tetap
di terangi. Tak kira samada lampu kelip-kelip mahupun sekadar lampu
minyak tanah . Teringat pula sewaktu kecil saya pernah menyalakan lilin di tepi anak-anak
tangga dek teringin menerangi jalan menaiki ke beranda . Ketika itu membeli dan menyalakan lampu kelip-kelip hanya bagi golongan berada.
Lebih daripada suku abad yang lalu, beranda kerap kali dibersihkan sebelum aidilfitri sebab ia merupakan tempat utama menerima kunjungan tetamu. Tetamu biasanya tunggu sebentar di kawasan ini sebelum dipersilakan masuk ke bahagian dalam rumah. Indahnya senibina rumah zaman dahulu, sesuai dengan keperluan orang Islam. Wujudnya beranda memberi sedikit 'privacy' bagi tuan rumah bersedia menerima kunjungan tetamu. Akhlak tetamu juga terjaga sebab tidak terus menerjah masuk ke dalam rumah orang lain. Indahnya akhlak orang-orang Islam ketika itu..
Kesan daripada Ramadhan dan bagi yang dipilih Allah bertemu malam yang istimewa, Lailatul Qadar, juga boleh dilihat dari segi perubahan akhlak seseorang muslim. Madrasah Ramadhan banyak memberi pelbagai latihan kepada kita untuk melahirkan akhlak yang dikehendaki oleh Allah. Contohnya Ramadhan mengajar kita bersabar menghadapi kelaparan dan kerenah manusia. Lapar dan menahan kemarahan. Lapar dan menahan daripada mengeluarkan kata-kata nista dan keji. Lapar dan menahan tangan, kaki serta anggota-anggota lain daripada menyakiti tubuh badan orang lain.
Ramadhan juga mengajar agar tangan kita ringan bersedekah. Tak kiralah sepcara terus atau secara online.(Sebenarnya saya lebih suka bersedekah secara direct sebab lebih terasa nikmat bersedekah cara begini). Biarpun jumlahnya sedikit namun selalu atau istiqamah, dan dek kerana mengejar malam yang penuh barakah, pahala yang menyamai seribu bulan kita lakukan juga.
Kesan latihan yang istiqamah inilah secara tidak disedari melahirkan beberapa akhlak cemerlang yang dikehendaki Islam. Berubahnya seseorang daripada yang pemarah dan suka bertindak melulu kepada seorang yang penyabar dan bertindak ikut rasional. Atau daripada seorang yang kedekut dan tiada sifat belas kasihan kepada muslim yang pemurah dan mudah kasihan kepada golongan yang kurang bernasib baik seperti orang miskin dan gelandangan mahupun makhluk-makhluk lain.
Malam ini sekiranya berpeluang duduk di beranda atau sendirian di luar, eloklah kita muhasabah diri samada akhlak kita telah berinjak (walaupun sedikit) ke arah yang lebih baik. Sekiranya masih terasa kekurangan pada akhlak diri, lakukan sesuatu yang baik sebelum pagi syawal menjelang.
Elok kita hayati apa yang Ustaz Pahrol Mohd Juoi katakan dalam blognya tentang perubahan akhlak dalam TANDA LAILATUL QADR PADA DIRI…

'Orang
yang mendapat malam Al Qadar sungguh bertuah. Hasil mujahadah, doa,
taubatnya pada malam berkenaan, malaikat terus bertamu dan mendominasi
hatinya. Sejak malam itu suara hati kecilnya akan sentiasa mengatasi
hati besarnya.
Mujahadahnya akan terbantu. Perjalanannya menuju Allah akan lebih terpimpin dan terjamin. Hatinya menjadi pusat kesucian dan kebaikan… maka lahirlah yang baik-baik sahaja pada tindakan dan percakapan. Mahmudahnya menenggelamkan mazmumah.
Itulah hati orang yang telah mendapat malam Al Qadar. Orang lain mungkin tidak perasan pada awalnya. Ia hanya dapat dirasai oleh orang yang mengalaminya. Rasa tenang, bahagia, lapang dan sejuk. Kemudian sedikit demi sedikit orang lain mula ketara… Ah, dia sudah berubah. Ah, indahnya perilakunya.
Subhanallah, dia telah berubah. Apa yang ada dalam hatinya mula terserlah. Dan itulah tanda-tanda malam Al Qadar tahun itu yang paling ketara dan terasa, bukan pada alam dan jagat raya tetapi pada diri manusia makhluk yang paling sempurna.
Kita akan terus memburu sekalipun malam ganjil telah tamat dan Ramadhan sudah berakhir. Sampai bila? Sampai bila-bila. Kerana bagi mukmin yang cintakan Allah, seolah-olah setiap malam adalah ‘malam Al Qadar’. Al Qadar boleh datang, boleh pergi… tetapi Penciptanya sentiasa ada… sampai bila-bila. Semoga kita mati, setelah bertemu malam Al Qadar ini (1436 h) atau dalam perjalanan menuju malam Al Qadar nanti…
Persediaan menemuinya bukan dibuat semalaman, seharian, mingguan atau bulanan. Tetapi seluruh hayat kita adalah persediaan untuk “menemuinya”. Mengapa? Kerana perjuangan membersihkan hati adalah perjuangan sepanjang hayat. Qalbun Salim (hati sejahtera) itu adalah cita-cita abadi kita!'

|
|
No comments:
Post a Comment