Friday, January 24, 2014

Umat Islam Dahulu dan Sekarang Umpama Air Hujan

Rasulullah s.a.w. bersabda:
 "Perumpamaan umatku adalah seperti air hujan, tidak diketahui sama ada awalnya lebih baik atau akhirnya."
( Riwayat al Tarmizi)

Menurut al Mubarakfuri dalam Tuhfah al Ahwazo, air hujan itu sendiri menjadi simbol kepada hidayah dan ilmu. Umat Nabi Muhammad yang diumpamakan sebagai air hujan itu ialah ulama- ulama yang saling melengkapi antara satu sama lain yang terdiri daripada mereka yang terdahulu dan yang terkemudian.

Sesungguhnya golongan terdahulu telah beriman dengan apa- apa yang mereka saksikan daripada mukjizat dan dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah. Manakala mereka yang terkemudian pula meneruskan keimanan dan keyakinan mereka berdasarkan pegangan yang kuat terhadap al Quran dan sunnah
Kebaikan yang terdapat pada umat Islam tersebut diumpamakan seperti kebaikan dan kenikmatan yang terdapat pada air hujan yang sentiasa turun mencurah-curah yang mendatangkan  kesuburan pada tanaman dan menjadi sumber air yang berfaedah pada manusia. .

Dr Mohd Sukki Othman- Solusi isu 62

Monday, January 20, 2014

Menyapu khuf- Satu Keringanan Buat Umat Islam Semasa Berwuduk

'Now everyone can fly' itulah yang menjadi slogan sebuah syarikat penerbangan. Begitu popular dengan tambang murahnya menyebabkan ramai orang di Malaysia semakin berminat untuk melancong ke serta pelusuk dunia. 

Sememangnya dalam Islam dianjurkan untuk melawat sesuatu tempat atau bermusafir dan menghayati alam ciptaan Allah. Namun untuk berkunjung ke luar negara kadangkala mengambil masa yang lama untuk sampai. Mungkin terdapat penerbangan yang memakan masa melebihi 20 jam!

Walaupun kini ramai yang sudah mampu berkunjung ke luar negara namun tak semua yang tahu atau peka tentang perlunya menunaikan solat semasa pengembaraan. Ataupun adanya keringanan diberikan dalam menunaikan solat semasa pengembaraaan.

Di sini saya ingin menceritakan pengalaman saya bersolat semasa pengembaraan. Saya mulakan dengan solat semasa penerbangan dahulu.


Biasanya sebelum bertolak ke satu perjalanan jauh, kami akan berwuduk terlebih dahulu. Dengan wuduk tersebut dan kami pastikan kaki kami bersih kami terus menyarungkan stokin dan kasut. Ini membolehkan kami menyapu atas khuf(kasut) sebagai ganti membasuh kaki ketika berwuduk dalam penerbangan kelak. Menyapu atas khuf merupakan satu rukhsah atau keringanan yang dibenarkan dalam syarak. 

Baru- baru ini saya terbaca dalam Majalah Al Ustaz berkenaan 'Khuf'. Berikut ialah sedikit penerangan yang saya dapati daripada Ust muhammad Raji Musa dalam majalah Al Ustaz-Isu 20

Mengikut ulama Syafii, syarat untuk menyapu khuf adalah seperti berikut:

  1. Memakainya selepas sempurna bersuci daripada hadas kecil dan besar.
  2. Khuf yang dipakai mestilah mampu untuk digunakan berjalan. Adapun khuf yang dibuat daripada kulit yang nipis yang mudah terkoyak apabila dbawa berjalan, maka ia tidak boleh digunakan untuk menyapu di atasnya ketika berwuduk.
  3. Khuf tersebut mestilah menutupi anggota yang wajib dicuci ketika berwuduk iaitu sehingga kedua dua buku lali.
  4. Khuf mestilah mampu menahan air daripada masuk ke dalamnya melainkan dari celah jahitan
  5. Khuf tersebut mestilah suci.
  6. Menyapu di atasnya hanya dalam masalah wuduk dan bukan mandi wajib.


Menyapu di atas stokin juga dibenarkan. 
Sekiranya stokin itu tebal dan memenuhi syarat khuf di atas , maka dibolehkan untuk menyapu diatasnya. 
Namun ada pandangan seperti Sheikh Ahmad Syakir dan Dr Yusuf Al Qardawi telah  memberi fatwa menyapu di atas stokin nipis dan mudah ditembusi air dibolehkan. AlQardawi juga mengatakan bahawa membuka stokin adalah sesuatu yang sukar  sekiranya seseorang berada dalam cuaca yang sangat sejuk

Cara yang sempurna dalam menyapu pada khuf

  1. Letakkan tangan kiri di bawah tumit, tangan kanan pada hujung jari sebelah atas kaki.
  2. Lalukan tangan kanan(yang basah) menuju ke pangkal betis.
  3. Lalukan tangan kiri (yang basah) menuju ke hujung jari bahagian bawah kaki. 
  4. Disunatkan agar jari kedua-dua tangan direnggangkan dan cara sapuan adalah secara melurus(seperti membuat garisn dengan jari tangan).

Semoga dapat dijadikan panduan bagi sesiapa saja yang ingin bermusafir atau melancong ke luar negara. Dengan ini mudahlah kita menunaikan solat fardhu di mana saja kita berada.

Friday, January 17, 2014

Senyumlah, ia satu ibadah tanpa kos

Sabda Rasulullah s.a.w.
" Janganlah kamu memandang hina( menganggap remeh) untuk melakukan amal soleh yang    

   kecil walaupun sekadar memandang wajah saudaramu dengan senyuman."
(Riwayat Muslim)

Amalkan sunnah senyuman. Setiap kali anda tersenyum, niatkan untuk mencontohi akhlak Rasulullah s.a.w. Jangan merasakan amalan ini sebagai perkara sampingan yang tidak perlu diberi perhatian. 


Jarir bin Abdullah al Bajali berkata:"Rasulullah s.a.w tidak melihat ke arahku melainkan Baginda sedang tersenyum."
(Riwayat al Bukhari)

Pepatah Inggeris menyebut:"Smile...It costs nothing but creates much"

Wajah Rasulullah s,a.w sentiasa terpancar kasih sayang terutamanya dengan ukiran senyuman yang menenangkan hati-hati yang gundah dan membahagiakan setiap insan yang bersua dengan Baginda.


Ust Syed Norhisyam Tuan Padang- solusi isu 54

Thursday, January 16, 2014

Suraqah bin Malik- Kisah dan Iktibar Daripada Penghijrahan Rasulullah



Hijrah Rasulullah bukannya mudah. Banyak halangan dan dugaan yang dilalui oleh Rasulullah bersama Abu Bakar dalam perjalanan mereka ke Madinah. Salah satu dugaannya ialah dikejar oleh Suraqah bin Malik. Siapakah Suraqah bin Malik? Hayati nasyid di atas dan kisah di bawah dan ambil iktibar daripada kedua- duanya. 
Sabar dan yakinlah  dengan pertolongan Allah setiap kali diuji. Sesungguhnya pertolongan Allah itu benar....




Lelaki yang mengejar semakin hampir lalu berteriak" Wahai Muhammad! Saya Suraqah bin Malik, ketua bani Mudlij. Saya mahu membunuhmu!"


Namun Nabi Muhammad tidak menghiraukan kata-kata Suraqah itu. Mereka meneruskan juga perjalanan. Suraqah memecutkan kudanya bagi mendekati Nabi Muhammad. 


Nabi Muhammad pun berdoa," Ya Allah, lindungi kami daripada lelaki itu."


Tiba tiba kuda yang ditunggangi Suraqah tergelincir dan dia terpelanting jatuh ke tanah. Dia segera bangun lalu menunggang semula kudanya bagi mengejar Nabi Muhammad. Apabila semakin hampir, sekali lagi Nabi Muhammad berdoa.Tiba-tiba kuda itu tergelincir lagi dan Suraqah terpelanting sekali lagi lalu jatuh ke tanah hingga kepalanya berdarah. Namun Suraqah masih tidak mahu mengalah. Dia menunggang kudanya semula lalu mengejar Nabi Muhammad.


Nabi Muhammad berdoa sekali lagi . Tiba-tiba kaki kuda yang ditunggangi Suraqah terbenam ke dalam pasir. Suraqah menyebat kuda itu dengan cemeti sekuat hatinya lalu kuda itu pun menarik kakinya. Tetapi sebaik sahaja kuda itu menarik kakinya dari dalam tanah, keluar asap hitam. Barulah Suraqah berasa takut.

" Wahai Muhammad, saya tidak akan bunuh kamu! " teriak Suraqah. Barulah kuda itu dapat berjalan seperti biasa.

Suraqah terus mengejar Nabi Muhammad yang sudah jauh di hadapan. Tetapi kali ini dia tidak berniat hendak membunuh Nabi Muhammad tetapi mahu meminta maaf. 
" Saya bukan lagi musuh kamu!" teriak Suraqah sekuat hatinya. Mendengar jeritan itu barulah Nabi Muhammad, Abu Bakar ,Abdullah dan Amir berhenti tetapi masih curiga.


" Tulislah surat perjanjian yang saya mengaku tidak akan membunuh Muhammad." kata Suraqah. 


Nabi Muhammad menyuruh Amir bin Fuhairah menulis pada pelepah tamar kemudian di tandatangani oleh Suraqah bin Malik.
" Wahai Muhammad, perjalanan kamu ke Madinah tidak akan diganggu sesiapa lagi......." kata Suraqah.


Sumber-  Abu Bakar Sahabat Sejati 
Abd Latip Talib

Thursday, January 9, 2014

Menangis itu fitrah

Ahli hikmah pernah mengungkapkan :
" Hidup dimulakan dengan tangisan, 
dicelah oleh tangisan 

dan diakhiri oleh tangisan.

Manusia akan sentiasa diuji dengan sesuatu yang berlawanan dengan kehendaknya. Kesakitan, kegagalan, kemiskinan, kekurangan dan kematian ialah basahan hidup  yang tidak akan mampu dielakkan oleh sesiapa. 

Episod hidup yang mengalirkan air mata inilah yang dimaksudkan dengan tamsilan;

life is like an onion, 
you peel it layer by layer

...sometimes you cry.

Pesan hukama,
" Ketika dilahirkan, kau menangis,
 orang lain ketawa. 
Namun biarlah ketika kau meninggal dunia; 

kau ketawa, orang lain yang akan menangis."

Maksudnya biarlah mati dengan membawa amal kebaikan yang melimpah. 

Kita akan gembira bertemu Allah dan orang lain akan menangis kerana masih inginkan kebaikan daripada kita.

Ust Pahrol Mohd Juoi- Solusi Isu 62

Wednesday, January 8, 2014

Pakai Selipar- Kaki Yang Mana Dahulu?

Memakai selipar atau kasut. Itulah aktiviti  luar rumah yang pertama kita lakukan hampir setiap hari.
 
Sayidatina Aisyah mengulas:
" Nabi sangat suka mendahulukan yang kanan; ketika memakai selipar, berjalan, bersuci bahkan dalam semua tindakan Baginda."
( Riwayat al Bukhari)


Biarlah orang ramai tidak kisah. Tetapi pencinta Nabi cakna. Apa-apa yang Nabi suka buat, mereka akan buat juga. 


Sabda Nabi:" Jika kamu hendak memakai sendal, mulakanlah dengan kaki kanan. Apabila hendak menanggalkannnya, dahulukanlah yang kiri."
(Riwayat Muslim)

 Sumber-Solusi Isu 62

Tuesday, January 7, 2014

Mukjizat Rasulullah -Bukti Kerasulan Baginda

Gambar sekadar hiasan sahaja
Pada asalnya para pembesar Quraisy yang tegar menentang Rasulullah seperti Abu Jahal, Al Walid bin Al Mughirah, Al 'As bin Wa'il dan sebagainya meminta bukti kerasulan Baginda. Lalu mereka meminta Baginda membelah bulan. 
Abdullah bin Mas'ud menyebut:
" Pada suatu hari ketika kami berada bersama Rasulullah di Mina, tiba-tiba bulan telah terbelah kepada dua bahagian. Sebahagian daripadanya berada di hadapan bukit dan sebahagiannya berada di belakangnya. Rasulullah pun berkata kepada kami:" Saksikanlah (mukjizat ini)." 

( Riwayat Muslim)

Riwayat ini dikukuhkan lagi dengan sebuah riwayat dari Anas bin Malik yang menceritakan bahawa penduduk Makkah meminta Rasulullah agar menunjukkan kepada mereka tanda kenabian Baginda. Rasulullah kemudian menunjukkan bulan terbelah kepada dua bahagian sehinga mereka mampu melihat dua bahagian bulan antara gua Hira di Makkah.( Riwayat al Bukhari)

Walaubagaimanapun mukjizat tersebut dikatakan sihir oleh musyrikin Makkah.


Al Ustaz isu 20
Abdullah Bukhari Abdul Rahim

Thursday, January 2, 2014

Nama- Nama Al Quran

Beberapa Nama Al Quran



1. Al Furqan- maksud Kitab yang Membezakan antara yang Hak dan yang Batil.
     
     " Maha berkat Tuhan yang menurunkan al Furqan ke atas hambaNya untuk menjadi        
       peringatan bagi seluruh alam."

       Surah al Furqan:1

2. Al Kitab- maksud Buku Panduan

   " Segala puji tertentu bagi Allah yang telah menurunkan kepada hambanya al Kitab dan        tidak menjadikan padanya sesuatu yang bengkok, tetap benar lagi menjadi pengawas."

    Surah al Kahfi: 1-2

3. An Nur maksud Cahaya Penerang

     " dan Kami pula telah menurunkan kepada kamu Nur yang jelas."

       Surah al Nisa': 174

4. Kalamullah maksud Firman Allah

    " dan jika seseorang dari kaum musyrik meminta perlindungan kepadamu, maka berilah          perlindungan kepadanya sehingga ia sempat mendengar kalamullah."

       Surah al Tawbah :6

Sumber: Ust Ismail Kamus- Al Ustaz isu 20

Popular Posts