Tatkala kami sampai di kawasan ini cuaca masih mendung. Namun hujan telah reda. Mulanya kami begitu teruja dapat sampai di bandar yang paling utara di Michigan dan bersempadankan Kanada ini.
Suamiku terus memandu ke bahagian tengah bandar. Tak sampai 10 buah kereta sahaja yang kelihatan. Kedai- kedai banyak ditutup kecuali sebuah dua restoran. Kami cuba untuk memasuki taman awam yang terdapat di situ. Ia berpagar. Pintu pagarnya berkunci. Pelik!
Bermacam macam bermain di fikiranku. Adakah bandar ini terkena wabak? Ada krisis ke di sini sehinggakan tiada orang kelihatan berjalan- jalan di sini?
Kami menghentikan kereta kami di hadapan sebuah restoran yang kelihatan telah dibuka. Suamiku masuk ke dalam dan cuba bertanya kepada salah seorang pelayan restoran di situ tentang kenapa keadaan sebegitu sunyi di bandar ini. Setelah diberi penerangan barulah kami faham. rupa- rupanya bandar ini hanya dibuka pada pertengahan bulan Mei dan tutup sebelum musim dingin. Ini bermakna bandar ini hanya dibuka beberapa bulan sahaja dalam setahun!. Ini juga bermakna kebanyakan penduduk di sini mempunyai pertempatan lain apabila musim sejuk bermula! Pelik tapi benar. Inillah kali pertama kami bertemu dengan bandar yang sebenarnya aktif hanya beberapa bulan dalam setahun!
Ingin mengikuti pengembaraan kami sekeluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini!
No comments:
Post a Comment