Thursday, May 2, 2013

Kenapa Sultan Muhammad Al Fateh, Penakluk Konstatinopel Sebaik- baik Pemerintah?

Nabi saw bersabda: "Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemerintah ketika itu sebaik- baik pemerintah dan tenteranya sebaik- baik tentera."(Riwayat Ahmad)


Setelah berperang beberapa lama dengan tentera Turki, Maharaja Konstantine menghantar utusan bagi menemui Sultan Muhammad untuk rundingan gencatan senjata.

"Saya mahu bertemu Sultan Muhammad," kata Alexsi, wakil Maharaja Konstantine.

"Sayalah orangnya...," kata Sultan Muhammad.
"Janganlah bergurau dengan saya," kata Alexsi , melihatkan orang di hadapannya terlalu muda.

"Memang benar, bagindalah raja kami yang bernama Sultan Muhammad," kata Panglima Tharhan, panglima tentera bagi Sultan Muhammad.

" Maharaja kami memakai mahkota yang bertatahkan intan berlian.Baginda memakai pakaian yang mahal- mahal dan duduk di atas singahsana yang indah. Tetapi raja saudara memakai serban yang sama seperti kamu. Bahkan baginda turut duduk di tempat yang sama dengan kamu. Baginda tidak ada bezanya dengan kamu," jawab Alexsi sambil meluahkan rasa kagumnya.

"Harta, pangkat dan darjat keturunan tidak boleh dimegahkan kerana apabila meninggal dunia semua itu tidak berguna lagi. Islam mengajar kami bahawa semua manusia sama disisi Allah kecuali mereka yang lebih bertakwa," kata Sultan Muhammad Fateh.

Alhamdululillah akhirnya Konstantinople berjaya ditakluk oleh Sultan Muhammad dan tenteranya.

Setelah berjaya menakluk kota Konstatinople, gereja Aya Sophia ditukarkan menjadi masjid. Timbul pula siapa yang layak dipilih menjadi imam apabia tibanya solat Jumaat. 

"Carilah orang yang lebih bertakwa antara kamu bagi dijadikan imam," cadang Syeikh Syamsuddin Wali.

Sultan Muhammad al Fateh keluar ke kawasan lapang di depan masjid itu. Baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata," Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu lima waktu, sila duduk!"

Tidak ada seorang pun duduk, menandakan kesemua tentera Sultan Muammad al Fateh tidak pernah meninggalkan sembahyang fardhu lima waktu.

" Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk."

Separuh antara tenteranya duduk.

"Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajjud, sila duduk!" 

Semua yang berdiri, duduk kecuali seorang. Da adalah Sultan Muhammad al Fateh sendiri. 
Semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkam sembahang lima waktu, sunat rawatib dan sunat tahajjud.

Syeikh Syamsuddin mengatakan baginda sultan lah yang paling layak menjadi imam.

Demikanah antara peribadi dan ibadah Sultan Muhammad Al Fateh. 

Sesuailah dengan hadith Rasulullah berkenaan penakluk Konstatinople adalah sebaik- baik pemerintah.

 Semoga jadi panduan dan iktibar bagi kita untuk memilih seseorang pemimpin.

Sumber: Muhammad Al Fateh- Penakluk Konstatinopel- Abd Latip Talib

No comments:

Post a Comment

Popular Posts