Friday, May 31, 2013

Bertawakallah kepada Allah Agar Dikurniakan Rezeki Sebagaimana Allah Kurniakan Rezeki Kepada Burung

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:" Jika kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar- benar tawakal, maka Allah memberikan rezeki kepadamu sebagaimana Allah memberikan rezeki kepada burung. Pagi-pagi burung keluar dari sarang dalam kelaparan, dan petang hari pulang ke sarang dalam kekenyangan" 
(Riwayay al Tarmizi)
Sumber: Pahrol Mohd Juoi- Solusi isu 56

Thursday, May 30, 2013

Mencari Asal Usul Kedatangan Islam ke Amerika Syarikat- Islamic Heritage Museum, Washington DC

Dua kuntum bunga raya di halaman sebuah rumah
di Washington DC
Mencari kawasan tempat letak kereta di kawasan bandar sememangnya sukar terutama sekali bandar besar seperti Washington DC. 

Di Amerika Syarikat terdapat dua tempat yang  namanya Washington, iaitu Washington state ( negeri Washington) dan bandaraya Washington yang terletak di District of Columbia,  atau ringkasnya Washington DC. 

Islamic Heritage Museum, Washington DC
Sebab itulah sesiapa yang mahu datang ke sini mesti memastikan tempat yang di tuju ialah sebuah negeri atau bandaraya apabila disebut Washington. Kedua- duanya terletak berpuluh ribu kilometer di antara satu sama lain. Satu di sebelah timur dan  satu di sebelah barat. 

Alhamdulillah tidak lama kami berpusing- pusing mencari  tempat parkir, akhirnya kami dapat meletakkan kenderaan mpv kami di hadapan sebuah rumah yang mempunyai  dua kuntum bunga raya merah  sedang kembang mekar di halaman rumah tersebut. Bangga juga melihat bunga kebangsaan di tanam disini. 

Kalau di Malaysia kita tidak ambil kisahpun  bila melihat bunga tersebut. Di sini, setiap apa yang terlihat berkaitan dengan negara samada bunga, bendera, pakaian, matawang atau makanan menjadikan sesiapa yang dilahirkan atau warnanegara Malaysia berasa bangga dan 'excited'.

Tempat yang kami tuju? Islamic Heritage Museum yang baru saja dibuka pada pertengahan 2011, lebih kurang setahun sebelum kami sampai ke sana. 

Kenapa kami pergi ke tempat sebegini sebagai tempat tuju yang utama? 

Pertama, tempat itu boleh dijadikan sebagai tempat rujukan bagaimana Islam mula- mula sampai ke benua Amerika. Ingat jumlah orang Islam di Amerika Syarikat  setakat ini danggarkan 6-7 juta orang. Agama Islam dikatakan antara agama yang paling cepat berkembang di negara ini berdasarkan ramainya orang yang memeluk Islam sekian hari. 

Ironinya negara inilah yang selalu dikutuk oleh orang Islam di negara lain.Setiap kali budaya negatif disebut, hampir setiap kali disebut ini budaya Amerika atau budaya barat tanpa mengambil kira  betapa ramainya orang Amerika dan orang barat yang memeluk agama Islam setiap hari. Mungkin penceramah atau ustaz- ustaz di sini perlu mengubah istilah budaya barat kepada budaya negatif atau budaya orientalis dan sebagainya. Daripada sinilah diharapkan rakyat negara ini dapat mengubah daripada menggunakan perkataan budaya barat kepada budaya  negatif atau budaya orientalis.

Kedua, sebagai umat Islam, kami ingin turut serta berbangga melawat apa saja yang berkaitan dengan Islam, tak kira samada terdapat  fahaman- fahaman Islam  yang berlainan. Misalnya ada fahaman yang tidak setuju dengan cara Nation of Islam yang banyak diwakili oleh Blacks.  Perkataan 'negro' jangan sekali- kali digunakan di sini kerana negro menngaitkan orang- orang berkulit hitam dengan hamba. Panggillah mereka dengan 'blacks' atau 'orang berkulit hitam' samada di Amerika mahupun di negara kita. Belajarlah untuk menghormati panggilan yang mereka lebih suka, Itulah yang dianjurkan oleh Islam, bukan?

Al Hujurat:11
Firman Allah yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah sesuatu puak(dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh  dan merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu panggil memanggil antara satu sama lain dengan gelaran yang buruk.(Larangan- larangan tersebut menyebabkan orang yang melakukannya fasik, maka amat buruknya sebutan nama fasik(kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah), sesiapa yang tidak bertaubat(daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang- orang yang zalim.

 Bersambung

Monday, May 20, 2013

Singgah bersolat di Islamic Center Milwaukee, Wisconsin

Perjalanan dari Dubuque ke Milwaukee yang merupakan bandar terbesar di Wisconsin hanya mengambil masa 3 jam. Cuaca begitu suram ketika itu seolah- olah musim dingin belum berakhir walaupun bulan Mei sudah tiba.  

Tujuan utama kami ke bandar besar ini ialah mencari Islamic Center untuk menunaikan tuntutan solat lima waktu kami. Berpandukan kepada GPS yang dibekalkan  dalam kereta, agak mudah kami mencari Islamic Center ini yang terletak tidak jauh dari pusat bandar.

Dari jauh bangunan Islamic Center ini tersergam indah. Bangunannya yang tinggi dan besar menunjukkan betapa  kuatnya pengaruh Islam di sini. 

Bersebelahan Islamic Center ini terdapat sebuah sekolah menengah yang agak besar. Kelihatan beberapa  orang pelajar dan ibubapa mereka sedang keluar masuk bangunan tersebut walaupun jam sudahpun mencecah pukul 6 petang. Biasanya waktu persekolahan di negara ini ialah dari pukul 9 pagi hingga 3 petang. Terdapat juga sebuah gym untuk kemudahan mereka untuk berekreasi.

Suhu pada ketika itu iaah 51 darjah Fahrenheit. Amat berbeza dengan suhu di Iowa yang begitu panas ketika kami bertolak ke Milwaukee ini. Angin dingin yang bertiup kencang menyebabkan kami terketar-ketar keluar daripada kereta yang diparkir di kawasan tersebut. 

Ruang solat lelaki dan wanita adalah di tempat yang berasingan.  Tempat solat lelaki terletak di bahagan bawah manakala tempat solat wanita adalah di bahagian atas.  Lega rasanya sebaik saja kami masuk ke dalam bangunan tersebut kerana ia dilengkapi alat pemanas. Malah air paip untuk berwudhu' juga berasa agak panas. Lebih selesalah kami bersolat di situ. 

Tatkala kami masuk,kedengaran sebuah ceramah yang disampaikan oleh seorang pemuda. Agak ramai yang sedang mendengar ceramah tersebut bukan saja di kalangan lelaki, malah juga terdapat kaum wanita.  Alhamdulillah, Islamic Center sentiasa diimarahkan oleh ahli- ahlinya berdasarkan poster- poster  yang terampang di papan kenyataan disini.

Selesai bersolat, kami menuju ke bahagian luar untuk bergambar supaya dapat diabadikan dalam travelog kami nanti. Alhamdulillah, kami bersyukur dapat sampai ke sini dan bertemu dengan orang orang Islam di sini meskipun tidak dapat berbual panjang dengan mereka. 

Kunci Kejayaan Duniawi dan Ukhrawi

Masjid Kampung Pertama, Permatang Pauh

Kunci solat ialah taharah.

Kunci ibadah haji ialah ihram

Kunci kebaikan ialah benar

Kunci syurga ialah tauhid

Kunci ilmu adalah dengan bertanya dan mendengar

Kunci kemenangan ialah sabar

Kunci tambah nikmat ialah syukur

Kunci keselamatan dunia akhirat ialah taqwa

Kunci terkabul permintaan ialah doa

Kunci maksiat ialah sombong

Dr Hj Mohd Fazilah Kamsah- Majalah Solusi

Friday, May 17, 2013

Hidup Seorang Mukmin Menjadi Cermin Kepada Mukmin Yang Lain

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud:" Tiga perbuatan  yang sangat baik , iaitu berzikir kepada Allah dalam segala situasi, keadaan saling menyedarkan antara satu sama lain dan menyantuni saudaranya (yang memerlukan) ." Riwayat al Dailami

Hidup seorang mukin seharusnya menjadi cermin kepada mukmin yang lain. 
Jika kita melihat suatu kebaikan yang dilakukan, kita harus memberikan pertolongan dan sokongan agar ia mendatangkan kebaikan kepada Islam.

Jika berlakunya kemungkaran dalam masyarakat, kita harus menegah. Rasulullah saw bersabda yang bermaksud: "Seorang mukmin adalah cermin bagi mukmin yang lain. Apabila melihat aib padanya, dia segera memperbaikinya." (Riwayat al Bukhari)
Haji Zainuddin Ali.Solusi Isu 39

Monday, May 6, 2013

Ajaibnya kerja dakwah

Ajaib sungguh kerja dakwah.

Ada manusia yang boleh tersentuh dan beriman kepada Allah dalam tempoh yang singkat. Ada manusia yang memerlukan masa yang lebih panjang

Allah memiliki semua hati makhlukNya dan memilih sesiapa yang Dia kehendaki untuk beriman.

Tanggungjawab kita hanyalah menyebarkan agama Allah serta memanafaatkan segala kesempatan yang ada. Berkemungkinan, berdasarkan usaha dakwah kita itu, mad'u akan menimbangkan dan memberikan kesan di hatinya, biarpun bukan sekarang.

Kerja dakwah tidak boleh mengharapkan kesan serta merta. Apa yang penting, kita perlu membuatkan komuniti non Muslim ini memahami isi ajaran Islam secara tepat dan jelas.

Mohd Al Adib Samuri - solusi isu 39

Friday, May 3, 2013

Hasbunallah Wani'mal Wakil- Doa Terakhir Bagi Para Pejuang Islam

Doa ialah senjata bagi orang mukmin. Setelah selesai membuat persiapan, "Hasbunallah wani'mal wakil" ialah peluru terakhir para pejuang Islam.

 Dalam kitab 'Umdah al-AlQari Sharh Sahih al Bukhari, diterangkan bahawa makna ungkapan ini adalah:

 "Cukuplah Allah  bagi kita(sebagai Penolong) dan Dialah  sebaik-baiknya Wakil(untuk kita bertawakkal).",

Musuh pada zaman moden kini pastinya lebih hebat dan canggih peralatan mereka. Mereka melakukan serangan ini dari segenap penjuru termasuklah serangan pemikiran melalui media- media yang dikuasai, serangan ekonomi, persenjataan dan ekonomi. 

Maka dalam situasi ini, setelah siap segala persiapan dan strategi yang disusun rapi, golongan Mukmin perlu sentiasa mencontohi Nabi Ibrahim a.s dan Rasulullah saw yang berbekalkan peluru terakhir kita; "Hasbunallah wa ni'mal wakil".

Sumber:Ust Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang - Solusi Isu 39

Thursday, May 2, 2013

Kenapa Sultan Muhammad Al Fateh, Penakluk Konstatinopel Sebaik- baik Pemerintah?

Nabi saw bersabda: "Kota Constantinople akan jatuh ke tangan Islam. Pemerintah ketika itu sebaik- baik pemerintah dan tenteranya sebaik- baik tentera."(Riwayat Ahmad)

Setelah berperang beberapa lama dengan tentera Turki, Maharaja Konstantine menghantar utusan bagi menemui Sultan Muhammad untuk rundingan gencatan senjata.

"Saya mahu bertemu Sultan Muhammad," kata Alexsi, wakil Maharaja Konstantine.

"Sayalah orangnya...," kata Sultan Muhammad.
"Janganlah bergurau dengan saya," kata Alexsi , melihatkan orang di hadapannya terlalu muda.

"Memang benar, bagindalah raja kami yang bernama Sultan Muhammad," kata Panglima Tharhan, panglima tentera bagi Sultan Muhammad.

" Maharaja kami memakai mahkota yang bertatahkan intan berlian.Baginda memakai pakaian yang mahal- mahal dan duduk di atas singahsana yang indah. Tetapi raja saudara memakai serban yang sama seperti kamu. Bahkan baginda turut duduk di tempat yang sama dengan kamu. Baginda tidak ada bezanya dengan kamu," jawab Alexsi sambil meluahkan rasa kagumnya.

"Harta, pangkat dan darjat keturunan tidak boleh dimegahkan kerana apabila meninggal dunia semua itu tidak berguna lagi. Islam mengajar kami bahawa semua manusia sama disisi Allah kecuali mereka yang lebih bertakwa," kata Sultan Muhammad Fateh.

Alhamdululillah akhirnya Konstantinople berjaya ditakluk oleh Sultan Muhammad dan tenteranya.

Setelah berjaya menakluk kota Konstatinople, gereja Aya Sophia ditukarkan menjadi masjid. Timbul pula siapa yang layak dipilih menjadi imam apabia tibanya solat Jumaat. 

"Carilah orang yang lebih bertakwa antara kamu bagi dijadikan imam," cadang Syeikh Syamsuddin Wali.

Sultan Muhammad al Fateh keluar ke kawasan lapang di depan masjid itu. Baginda menyuruh semua tenteranya berdiri lalu berkata," Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang fardhu lima waktu, sila duduk!"

Tidak ada seorang pun duduk, menandakan kesemua tentera Sultan Muammad al Fateh tidak pernah meninggalkan sembahyang fardhu lima waktu.

" Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat rawatib, sila duduk."

Separuh antara tenteranya duduk.

"Siapakah antara kalian yang pernah meninggalkan sembahyang sunat tahajjud, sila duduk!" 

Semua yang berdiri, duduk kecuali seorang. Da adalah Sultan Muhammad al Fateh sendiri. 
Semenjak dari akil baligh baginda tidak pernah meninggalkam sembahang lima waktu, sunat rawatib dan sunat tahajjud.

Syeikh Syamsuddin mengatakan baginda sultan lah yang paling layak menjadi imam.

Demikanah antara peribadi dan ibadah Sultan Muhammad Al Fateh. 

Sesuailah dengan hadith Rasulullah berkenaan penakluk Konstatinople adalah sebaik- baik pemerintah.

 Semoga jadi panduan dan iktibar bagi kita untuk memilih seseorang pemimpin.

Sumber: Muhammad Al Fateh- Penakluk Konstatinopel- Abd Latip Talib

Istanbul
www.tripadvisor.com 

Popular Posts