Friday, March 22, 2013

Ingat lagi ke Blackstone Ave, Fresno, California

Jika disebut Blackstone Avenue di Fresno semasa awal tahun 80an dulu, tentu ramai yang tahu jalan ini sangat popular untuk aktiviti 'shopping'.  Dulu disinilah terdapat K mart, Woolworth dan sebagainya yang sangat sesuai bagi kami golongan pelajar yang mempunyai bajet terhad. Hujung minggu jalan ini agak sibuk kerana kawasan ini tumpuan orang ramai untuk membeli belah . 

Tahun 2012 dahulu semasa melawat Fresno, kami telah menyewa salah sebuah hotel bajet di sini selama 2 malam.
Kini Blackstone Ave tidak lagi menjadi kawasan membeli belah yang popular kerana kebanyakannya aktiviti ini tertumpu di kawasan Clovis.  Kawasan Blackstone Avenue ini kini dipenuhi oleh pelbagai motel, iaitu hotel bajet.

Clovis yang dulunya hanya sebuah pekan kecil kini telah berkembang kerana wujudnya malls, supermarket dan   hypermarket seperti walmart dan Savemart. Walaubagaimanapun mereka telah mengekalkan satu bahagian daripada kawasan Clovis  ini untuk cowboy town. 

Ketika berada di Fresno  kami dijemput oleh seorang kenalan kami yang bermastautin di sana untuk menikmati hidangan tengahari di sebuah restoran Arab Ya Hala di kawasan Blacsktone Avenue. Antara hidangannya ialah beef Shawarma dan kebab. Setiap hidangannya sangat banyak. Sesuai untuk satu hidangan orang Arab namun untuk kami setiap hidangan cukup untuk mengenyangkan 2 orang. 

Kenalan kami ini sebenarnya pembekal daging halal di restoran ini. Dia bertanggungjawab di bahagian daging halal di sebuah syarikat pembekal daging antarabangsa. Malah dia sendiri yang menyembelih lembu- lembu di syarikat tersebut. Oleh sebab itu kehalalan daging di restoran ini , insyaAllah terjamin.

Awal tahun 80 an dahulu restoran halal tidak wujud di Fresno. Kini semakin banyak restoran halal dan kedai halal di sini. Alhamdulillah.

Tawaran hebat: Travelog Pengembaraanku di USA- Putik PUtik Islam yang Kian Berkembang
Klik di sini untuk tahu apakah tawaran hebat itu.

Buang masa dengan solat? Pertanyaan Oleh Pelajar Jepun

Islamic Center, Davis, California
"Mengapa orang islam banyak buang masa dengan sembahyang?" Soalan ini di ajukan oleh pelajar- pelajar Jepun yang melihat pelajar- pelajar Malaysia solat lima waktu sehari semalam. 

Saya menyoal kembali pelajar- pelajar Malaysa yang hadir dalam majlis usrah itu:"Mengapa soalan seumpama ini ditanyakan ketika kamu disini(Jepun), tidak di Malaysia?"

"Orang Jepun sangat menghargai masa. Pengrusan masa mereka sangat efisien. Bagi orang Jepun, 5 hingga 10 minit yang kita luangkan untuk mengerjakan satu waktu solat dirasakan telah membuang masa.

"Tanyakan mereka, apa yang kamu buat untuk memastikan alat-alat teknologi kamu berada dalam keadaan yang baik? Bukankah kamu sentiasa menyelenggaranya? Lebih canggih alat teknologi kamu , semakin kerap kamu menyelenggarakannya. Kamu sentiasa buat maintenance kapalterbang, bullet train dan kereta kamu..."terang saya.

"Tanyakan mereka,'Kalau kamu sering malah sentiasa selenggarakan alat-alat teknologi canggih, mengapa kamu tidak selenggarakan diri kamu yang lebih complicated dan lebih canggih?"

"Seseorang itu diatakan menyelenggara dirinya jika ia membersihkan hatinya, menstabilkan emosi dan menenangkan fikirannya. Inilah yang berlaku dalam solat yang sempurna. Seseorang yang bersolat itu mengadu, merintih dan menyerahkan kembali segala keresahan jiwanya kepada zat yang mampu dan mahu menyelesaikan segala- galanya. Siapa lagi kalau bukan kepada Allah?"

Dan ketika itulah mereka boleh disedarkan betapa solat yang beberapa minit itu bukan sahaja tidak membuang masa bahkan sangat penting sekali dalam kehidupan seorang manusa,"ujar saya sebagai satu kesimpulan.

Sumber Imam global- Solusi isu 16

Thursday, March 21, 2013

Syaitan Menyuntik Keraguan


Aisyah r.h.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:" Sesungguhnya syaitan datang kepada seseorang daripada kamu, dia akan membisikkan dengan berkata: 'Siapakah yang menciptakan langit?

' Maka dia pun berkata:'Allah'. 

Syaitan berkata lagi :' Siapakah yang mencipta bumi?'

Maka dia berkata:'Allah'. 

Syaitan seterusnya bertanya lagi:' Siapa pula yang mencipta Allah?' 

Apabila terjadi demikian, maka hendaklah dia berkata:' Saya beriman kepada Allah dan rasulNya."


Riwayat Ahmad

Sumber-Mohd Wahid Abd Hamid- Solusi Isu 39

Tuesday, March 19, 2013

Bagaimana Aku Mula Berminat dengan Astronomi

Bagaimana aku mula berminat dengan astronomi? Sebenarnya aku tak pernah pun minat astronomi semasa belajar samada di peringkat menengah mahupun di peringkat universiti. Cuma ketentuan Allah dimana aku sempat mengambil satu kelas astronomi sewaktu aku berada di Amerika Syarikat semata- mata untuk memenuhi kehendak  universiti untuk tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda. Di kelas inilah  kali pertama aku berpeluang memegang dan melihat melalui sebuah teleskop gergasi dalam satu balai cerap. Meskipun aku tidak dapat melihat bulan secara jelas pada malam itu, aku bersyukur kerana berpeluang menggunakan teropong yang sangat besar itu. Itulah kelebihan belajar di Amerika Syarikat ketika itu di mana kami dikehendaki mempelajari beberapa subjek di luar pengkhususan kami. 
Salah sebuah balai cerap
image source-elginpostcards.tri
Sebenarnya minat yang mendalam terhadap astronomi timbul semasa aku mengendalikan kelas tuisyen sains PMR tingkatan 3. Dalam bab astronomi pelbagai tajuk mengenai fenomena langit dan angkasa diperkenalkan. Atas insiatif sendiri aku cuba mendapatkan maklumat lebih mendalam berkenaan topik- topik tersebut melalui internet. Ternyata usahaku ini membuatkan aku lebih tertarik untuk mengetahui lebih banyak tentang topik-topik tersebut. Semakin bertambahnya ilmu astronomi semakin terpesona aku dengan kekuasaan Allah yang menciptakan alam angkasa lepas ini begitu tersusun mengikut garis panduan yang ditentukanNya.MasyaAllah.
Gerhana Bulan mengikut pendapat AlBiruni
Image source- sl.wikipedia.org

Pernah lihat gambar kejadian aurora? Ini ialah fenomena langit berwarna warni di waktu malam semasa musim sejuk. Fenomena ini hanya dapat dilihat di kawasan berhampiran kutub sahaja. Ia berlaku  akibat daripada ribut solar di permukaan matahari. Perbincangan tentang aurora terdapat dalam blog ini.http://myqisah.blogspot.com/2012/02/kejadian-aurora-januari-2012-yang.html

Angkasawan kita, Datuk Sheikh Muzaffar pernah ke space station di angkasa lepas beberapa tahun yang lepas. Space station ini ialah satu tempat yang disediakan untuk sesiapa saja yang berada di angkasa lepas samada yang mengalami masalah dengan kapal angkasa atau berada di sana untuk penyelidikan.

.Malangnya kita umat Islam tidak mengikuti jejak langkah saintis islam terdahulu yang banyak menyelidik tentang alam yang jauh dari bumi. Al Kindi misalnya, telah menulis lebih 16 buah buku yang diantaranya berbicara  tentang luas galaksi, fenomena astronomi dan karekter bintang. Manakala Al Biruni pula pernah berbicara lebih awal daripada saintis barat. tentang graviti dan gerhana matahari dan bulan. 

 
International Space Station
image source:library.thinkquest
Terbaru berkenaan astronomi ini ialah yang disiarkan dalam akhbar The star bertarikh 1 march 2013,  disiarkan  satu artkel bertajuk Really Far Out Tweets menceritakan bagaimana seorang angkasawan Canada, Chris Hadfield  menggunakan media sosial seperti twitter dan kamera berkuasa tinggi untuk berinteraksi dengan orang seluruh dunia tentang dunia di angkasa lepas. Sesiapa saja boleh menanyakan beliau tentang apa yang dia 
nampak di angkasa leas pada sesuatu masa atau soalan astronomi yang lain. Tahukah dari mana dia berinteraksi ? Tidak lain tidak bukan dari International Space Station yang juga berada di angkasa lepas!

Ingin mengikuti kisah pengembaraanku bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini.
Diskaun RM 4.00 bagi setiap pembelian sehingga 30  April 2013. Penghantaran adalah percuma.

Thursday, March 14, 2013

NASA dan Lapangan terbang di Gurun Mojave

image source-www.eecs.berkeley
Nasa di Gurun Mohave
Sejak mula heboh tentang meteorit, perkataan NASA mula kelihatan di sana sini. NASA yang bermaksud National Aeronautics and Space Administration merupakan sebuah agensi Amerika Syarikat yang bertanggungjawab tentang penyelidikan sains angkasa dan aeronautik. Samalah di Malaysia  perkataan yang sering kita dengar ialah  planetarium dan. Agensi Angkasa Negara. Setiap kali berlaku gerhana atau  objek yang pelik kelihatan di langit  malam kita akan teringat dengan badan ini atau planetarium. 

Salah satu tempat yang agak terkenal dengan NASA ialah kawasan Gurun Mojave(cara menyebutnya ialah mohavi) yang terletak di sempadan California Nevada. Sewaktu mengembara di USA pada tahun 2012 kami telah melalui tempat ini untuk sampai ke tempat yang dituju iaitu Red Rock Canyon. Di kawasan ini kami ternampak sebuah lapangan terbang yang mempunyai banyak kapalterbang kecil. Mulanya terasa agak pelik memikirkan kenapa perlunya lapangan terbang di tempat terpencil sebegini. Namun setelah di layari internet, barulah aku tahu ia adalah tempat berlepasnya space shutlle iaitu sebuah kenderaan yang menggantikan roket ke angkasa lepas.

Tak jauh dari situ juga terdapat pusat penyelidikan NASA dimana disitulah terdapat antena setinggi70 meter digunakan  untuk menyelidik asteroid 2012 DA14 selepas terjatuhnya meteorit di Rusia baru baru ini. Namun kami tidak berpeluang ke sana kerana tumpuan dan tempat yang hendak di tuju ialah Red Rock Canyon.
Walaubagaimanapun aku bersyukur dapat sampai ke tempat ini kerana  kini aku dapat bayangkan bagaimana keadaan persekitaran yang dipiih oleh NASa agar penyelidikan mereka lebih mudah tanpa kesibukan darat dan udara.

Monday, March 11, 2013

Surat Muawiyah kepada Raja Kristian- Satu Iktibar

Berikut ialah apa yang telah ditulis oleh Muawiyah kepada raja Kristian apabila kerajaan Kristian cuba mempengaruhinya bagi menjatuhkan 'rival 'politik Sayidinia Ali r.a.:
"Saya tahu kamu menganggap pemerintahan Ali lemah, dan memutuskan untuk menyerangnya kerana beranggapan Muawiyah tidak akan bantu Ali.
Demi Allah, sangkaan kamu itu salah, kerana ia adalah gairat dalam Islam. Jika kamu berani menyerang Ali maka Muawiyah akan berdiri di barisan paling hadapan antara tentera yang berperang di pihak Ali."
Sumber- Muhd Jihad- solusi isu 50

Popular Posts