Friday, August 31, 2012

Bunga Api, Mercun dan Duit Raya




Setiap kali datangnya Aidilfitri, berdentum dentam bunyi mercun kedengaran di merata- rata tempat. Walaupun suasana kampung sudah berkurangan di tanah kelahiranku di Pulau Pinang, tapi dentuman yang sering mengejutkan orang yang seusia atau lebih berusia dariku sering membuatkan kami resah. Masakan  begitu, kadangkala mercun itu menghala ke bumbung rumah, kadangkala menghala ke parkir bertingkat di kawasan apartment. Mereka yang bermain mercun seolah olah begitu yakin mercun ini tidak akan mendatangkan mudarat. Meskipun awal- awal lagi dah disebutkan mercun diharamkan kecuali yang kecil- kecil. Walaupun di keluarkan berita budak budak terputus jari dan tangan. Namun bunyi dentuman dari  awal Ramadhan dan bertambah rancak di akhir Ramadhan serta di awal aidiltfiri sentiasa membingitkan telinga setiap tahun. 

Siapa yang menjual mercun ini? Kenapa mereka menjualnya sedangkan sudah jelas memasang dan bermain mercun  memang memudaratkan. Jawapan yang saya dengar ialah keuntungannya jual mercun dan bunga api banyak?Kenapa pentingkan diri sendiri? Halalkah dapat duit cara begini?

Siapa pula yang membeli, kanak kanak, ibu bapa atau datuk nenek. Orang melayu ni kaya kah sehingga sanggup menghabiskan  berpuluh-puluh atau beratus ringgit semata-mata untuk mendengar bunyi yang tidak memberi faedah ini? Kenapa tidak disedekahkan saja duit beli mercun tersebut kepada orang Islam Palestin atau pelarian muslim Rohingya yang banyak menderita sekarang. 

Jawapannya ialah alaa... Bukannya selalu. Lagipun masa iniah kita nak bergembira!" Datuk nenek pun turut terpesona melihat bunga api yang menjulang- julang di langit tanpa memberi teguran apa pun pada anak cucu.
Kenapa kurangnya penangkapan oleh pihak yang berkuasa walaupun mereka menjualnya secara terang-terangan di bazar ramadhan? Soalan ini juga saya pernah tanya keada serang polis  di balai polis bergerak tak jauh dari sebuah bazar ramadhan. Saya mendapat jawapan yang sangat mengecewaan. "Ini bukan tugas saya. Tugas pegawai polis lain." Agak agaknya saya sebagai orang awam akan datang lagi ke balai polis bergerak itu ke tidak? 

Dari mana kanak- kanak ini mendapat duit untuk membeli mercun dan bunga api yang mahal-mahal ini? Duit sedekah, hadiah dan apabila  tibanya aidilfitri..... duit raya? "Assalamualaikum kami datang nak beraya, "itulah ungkapan yang biasa kita dengar. Kanak kanak dibiarkan datang ke rumah orang yang tidak dikenali semata- mata untuk memperoleh duit raya. Bila difikirkan , perlukah budaya ini diteruskan?

 Maafkan saya, walaupun ramai yang meredhai cara begini bagaimana kanak- kanak memperolehi wang, saya bukan antara yang meredhainya. Pertama, dari kecil saya tidak diasuh sebegini. Saya hanya dapat duit raya sewaktu menziarahi sanak saudara dan  bukannya menagih duit raya dari satu rumah ke satu rumah yang tdak kami kenali tuan rumahnya. Kedua, saya lebih suka bersedekah kepada yang lebih memerluan. Kadangkala duit yang kita hadiahkan kepada peminta duit raya ini lebih banyak dihabiskan untuk membeli barang yang tidak berfaedah terutama sekali mercun dan buna api. Ketiga, saya lebih suka memberi hadiah berbentuk buku, mainan yang berfaedah atau makanan. Mainan seperi permainan minda, silap mata atau uji minda  dan  permainan yang memberi manafaat kepada kesihatan tubuh badan seerti bola dan layang- layang. 

Saya tahu ramai akan tersenyum atau ketawa melihat cara saya memberi hadiah kepada kanak-kanak. Sebagai bekas pendidik cara begitulah yang saya fikirkan lebih baik daripada memberi peket peket duit raya. Daripada situ saya tahu ke mana perginya wang saya. Kita nak mendapat manafaat apa yang dipelajari  daripada universiti Ramadhan dan bukannya nak menghancurkan generasi akan datang dengan mercun, bunga api dan kemewahan duit raya. Terasa malu juga  bila anakku memberitahu Imam Muda Palestin yang berkunjung ke Malaysia baru baru ini tersenyum  mendengar dentuman mercun apabila mereka sedang berceramah. Kata salah seorang daripada mereka," Di negara mereka ada juga dentuman sebegitu tapi itu dentuman bom!"  

Orang kita masih leka dengan budaya sebegini.....

Tuesday, August 7, 2012

Sebatang Pen Fountain- Gaya Penulisan yang Kreatif dan Cantik

Kata orang mata pena lebih tajam daripada mata pedang. Namun aku kurang pasti samada golongan muda sekarang faham apa yang di maksudkan dengan mata pena mahupunmata pedang. Sejarah telah menyaksikan betapa mata pena memainkan peranan penting semasa rakyat bangkit menentang penjajah untuk mencapai kemerdekaan.

Aku masih teringat sewaktu kali pertama kami diwajibkan membeli pen untuk latihan menulis 'cursive' di sekolah. Kami dikehendaki membeli atau mendapatkan pen fountain atau pen berdakwat basah. Bapaku telah membeli sebuah pen fountain berwarna hijau lalu di hadiahkan kepadaku. Aku sangat teruja menerima pen tersebut kerana bagiku ia merupakan satu hadiah yang sangat istimewa bagiku. Pen ini mempunyai alat pengepam yang membolehkan dakwat basah dari botol dakwat masuk ke dalamnya sebelum ditulis. Memang comot habis tanganku setiap kali mengisi dakwat tersebut. Namun itulah antara keseronokan memiliki sebatang pen fountain. Seminggu sekali aku aku akan membasuhnya dengan air biasa untuk memastikan mata penanya tidak tersumbat supaya pengaliran dakwat boleh berterusan keluar. Selepas itu pen itu perlu dikeringkan. Nampak remeh tapi masyarakat zaman itu memang menghargai sebatang pen berlainan daripada sekarang ini.  

Menulis dengan fountain pen ini sangat selesa kerana kita tak perlu tekan atau memerlukan tenaga yang banyak. Lebih cantik lagi jika ditulis cara 'cursive'. Sudah tentu sewaktu baru-baru menggunakannya samalah seperti kita baru belajar menulis, comot sana sini. Tambah tambah lagi tangan kita yang melekat penuh dengan dakwat. Bertambah comotlah lagi kertas yang kita hendak menulis.

Walaupun pen itu mungkin hanya berharga RM2 - RM3 bagiku ia suatu benda yang berharga. Maklumlah setiap hari aku hanya menerima paling banyak hanya 20 sen sahaja untuk belanja sekolah. Membelanjakan sesuatu yang berharga lebih daripada seringgit samalah seperti kita hendak membelanjakan lebih daripada RM100 sekarang ini. 

Dengan memperolehi sebatang pen fountain, kita akan lebih menghargai gaya penulisan yang pelbagai bentuk kreatif. Jika dibandingkan dengan orang dahulu zaman pra kemerdekaan dengan generasi terkini, generasi terdahulu mempunyai tulisan tangan yang sangat cantik berbanding generasi sekarang. Contohnya arwah bapaku mempunyai tulisan yang sangat cantik walaupun ia hanya coretan kecil di diarinya. Sebab itulah orang zaman terdahulu pada pendapat saya berjiwa seni dan boleh melahirkan penulisan dan poster yang begitu cantik untuk membuat orang berhenti seketika untuk memandang,membaca dan menghayati sebuah poster kecil walaupun ia semata-mata untuk menaikkan semangat kebangsaan atau kemerdekaan.

Ia juga telah dijadikan medium untuk menyebarkan dakwah di nusantara ini. Atas sebab inilah aku berpendapat untuk menyebarkan dakwah, sesuatu poster yang bermesej perlu kemas, menarik dan kreatif.

Friday, August 3, 2012

Antara Ibadah Wanita 'Uzur' Pada Bulan Ramadhan

Masjid Di Beijing, China
1. Menjawab azan bagi setiap solat dan berdoa selepas azan.

2. Mengambil peluang berdoa antara azan dan iqamah.

3. Membantu, menggalakkkan dan mendesak sedikit ahli keluarga dalam beramal antaranya:

  • i. Kejutkan ahli keluarga supaya bangun sahur atau solat subuh.
  • ii. Gesa mereka supaya solat berjemaah di masjid.
  • iii. Nasihatkan mereka supaya giat beramal.

4. Berzikir dan berselawat dari semasa ke semasa.

5. Berdoa dan beristighfar.

6. Mendengar bacaan Al Quran


7. Menuntut ilmu samada dengan mendengar daripada TV, radio atau membaca buku.



8. Mempersiapkan makanan berbuka dengan ikhlas.

Wednesday, August 1, 2012

Adakah Anda Seorang Muslim Yang Bersih dan Berpakaian Kemas?

Zaytuna College, Berkeley, California
Kerap kali kita selalu melihat orang Islam kurang menitik beratkan tentang kebersihan diri dan berpakaian kemas. Bersih dan kemas merupakan  antara penyumbang utama bagi orang non muslim tertarik kepada orang Islam selain daripada akhlaknya.Adakah anda seorang yang sukakan kebersihan dan berpakaian kemas?


Imam Ahmad Ibn Hanbal RHM terkenal dengan penampilannya yang kemas dan indah walaupun beliau bukan orang yang kaya. Beliau seorag anak yatim dan berasal dari keluarga yang miskin. Bukan sahaja ketinggia ilmu dan keindahannyayang memikat, bahkan penampilan fizikalnya turut menyejukkan hati. 


Seorang sahabat karibnya, al Maimuni pernah berkata:" Aku tidak pernah melihat seorang yang memakai pakaian lebih bersih daripada Imam Ahmad rhm. Belum pernah aku melihat ada orang yang merapikan janggut dan rambutya hingga kacak badannya melebihi Imam Ahmad rhm. Bahkan aku belum pernah melihat baju yang lebih putih  sepertimana yang dipakai oleh Imam Ahmad."


Sumber: Ust Pahrol Mohd Juoi- Majalah Al Ustaz- Isu 4 

Popular Posts