
Saya tidak ingat bila saya mula bermain kapal kertas . Mungkin sewaktu di sekolah rendah. Mungkin juga sebelum itu. Yang saya ingat saya juga bermain kapal kertas sewaktu hujan lebat di asrama semasa di sekolah menengah. Seronok sungguh menghabiskan waktu bermain hujan dan kapal kertas, lebih-lebih lagi setelah selesai peperiksaan akhir tahun.

Dah lama saya tidak bermain kapal kertas. Namun setiap kali air hujan memenuhi parit, kenangan itu mengimbau kembali. Tidak dinafikan jiwa kanak kanak masih wujud dalam diri ini walaupun umur sudah melebihi separuh abad. Kanak-kanak sekarang mungkin tidak berminat lagi untuk bermain permainan yang mudah dan murah ini. Punya permainan gajet yang canggih namun banyak membawa kesan negatif terutama di usia yang muda.
Allah telah mengilhamkan manusia untuk menggunakan teknologi untuk memudahkan pekerjaan manusia. Daripada sekecil-kecil sampan atau kolek hinggalah kapal-kapal,besar yang dapat digunakan untuk perdagangan, pengangkutan dan peperangan. Kapa yang besar pula dapat memuatkan beribu-ribu orang didalamnya.
Sejarah Islam telah memperlihatkan wujudnya Armada angkatan laut Islam pada zaman khalifah Uthaman bin Affan. Tentera laut ini diketuai oleh Muawiyah bin Abu Sufyan. Baginda, Rasulullah sendiri pernah tertidur lalu bermimpi (dengan izin Allah) menyaksikan armada tentera laut Islam sedang belayar dilautan luas. Sedangkan ketika itu tentera Islam hanya berperang di daratan. Kejadian ini berlaku sewaktu baginda berkunjung ke rumah Ummu Haram dan Ummu Sulaim, ibu kepada Anas bin Malik. Ummu Haram, ibu saudara Anas bin Malik termasuk dalam pasukan tentera laut yang pertama dalam Perang Qubrus dimana tentera muslimin berjaya menakluk Cyprus. Ummu Haram meninggal dunia di Cyprus dan kerajaannTurki Uthmaniah telah membina sebuah masjid ditepi maqamnya.
Kata para ustaz, bilamana kita bermain atau mengembara ke satu-satu tempat , eloklah apa yang kita lakukan atau perhatikan dikaitkan dengan Islam. Sejarah Islam atau sirah Rasulullah ialah salah satu cara kita dapat kaitkan Islam dengan satu-satu perbuatan atau pengembaraan. Agar apa yang kita lakukan selalu mendekatkan kita kepada Allah, Insha Allah.
No comments:
Post a Comment