Tempat ini sungguh istimewa. Bukan kerana keindahannya. Bukan kerana bangunan yang mencakar langit. Ia istimewa sebab tempat inilah tempat laluan dan pelabuhann kapal kapal besar. Saban hari banyak kapal-kapal besar melalui tempat ini.
Walaupun tempat ini satu laluan kapal dan pelabuhan,ia bukan terletak di tepi laut tetapi di tepi sebuah sungai! Sungai ini sebenarnya menghubungkan tasik Superior dengan tasik-tasik besar yang lain (The Great Lakes); Tasik Michigan, Tasik Huron, Tasik Erie dan Tasik Ontario.
Tempat ini yang dikenali sebagai 'The Soo', ialah pelabuhan Sault Ste Marie. Pelabuhan ini juga istimewa sebab punya satu nama tapi terletak di dua buah negara; Amerika Syarikat dan Kanada. Daripada Tasik Superior di Kanada kapal-kapal boleh melalui pelabuhan Sault Ste Marie untuk ke Tasik Michigan dan Tasik Huron. Dua terusan dan beberapa kunci air lebih dikenali sebagai 'The Soo Locks' dibina agar kedalaman air dapat ditinggikan ketika kapal-kapal besar melalui sungai St Mary. Dengan teknologi begini kapal-kapal dapat meneruskan perjalanan tanpa perlu risau dengan kedalaman air yang rendah.
Oleh kerana pelabuhan ini terletak di bahagian utara benua Amerika, ia tidak dapat berfungsi sepanjang tahun. Saban tahun bila tiba bulan Oktober, pelabuhan ini akan ditutup sebab sungai St Mary akan mula membeku dengan ketibaan musim dingin. Meskipun demikian pelabuhan ini sangat sibuk dan penting kerana ia menghubungkan perjalanan air antara tasik-tasik besar. Lebih kurang 10 000 kapal melalui Soo Locks ini dalam setahun! Dengan teknologi dan pengetahuan yang dimiliki, tempat yang sebegini dapat diguna pakai sepenuhnya walaupun hanya beberapa bulan setahun. Mereka menggunakan ruang masa dan peluang yang ada supaya pengangkutan dan perdagangan dapat dijalankan menerusi tasik-tasik besar.
Sejarah juga membuktikan penaklukan kota Constatinople oleh Sultan Muhamammad Al Fateh bersama tenteranya dilakukan dengan kapal. Lebih kurang 72 buah kapal perang digunakan untuk menyerang tentera Byzantium. Strategi menggunakan ruang masa dan peluang yang ada dengan efisien ialah antara kejayaan mereka menakluk Konstatinople. Al Fateh telah merujuk kepada strategi daripada kejayaan peperangan Rasulullah s.a.w. dan juga Salahuddin al Ayubi.
"Sabdanya Rasullulah saw ketika menggali parit dalam peperangan Khandaq:
".... Konstantinopel (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera...."
(Hadith Riwayat Imam Ahmad)
"Perairan Teluk Horn direntang dengan rantai besi untuk menghalang kemaraan armada Uthmaniyyah (tentera Islam)". Keesokkannya mereka dikejutkan dengan kehadiran 72 buah kapal perang Uthmaniyyah di Teluk Perairan Golden Horn. Ini adalah kebijaksanaan Sultan Muhammad Al-Fateh mengangkut kapal-kapal ke atas gunung dan kemudian diluncurkan semula ke perairan Teluk Golden Horn. Taktik ini diakui antara peperangan (warfare strategy) yang terbaik di dunia oleh para sejarawan barat sendiri. Kapal-kapal ini membedil dinding pertahanan belakang kota. Kapal-kapal perang tentera Byzantine habis terbakar terkenal bedilan meriam Uthmaniyyah. "
Biasanya kta hanya mendengar kapal belayar di air, namun dengan ketabahan Al Fateh dan tenteranya serta pertolongan Allah mereka berjaya menolak kapal-kapal mereka ke atas gunung. Pelik, namun itu strategi mereka yang terbaik!
Selalunya kita hanya membaca teknik dan strategi peperangan Al Fateh lantas mengaguminya. Tidak dinafikan Al Fateh juga telah menggunakan senjata terkini untuk menakluk Konstatinaople. Namun yang lebih penting, untuk mencapai kejayaan ni bukan mudah. Mereka sentiasa mengekalkan hubungan mereka dengan Allah. Solat fardhu dan solat solat sunat dan ibadah-ibadah lain sentiasa dijaga. Selain daripada itu latihan mengekalkan ketakwaan kepada Allah dilakukan keatas 250,000 orang tentera ini sebelum dilancarkan peperangan . Agar mereka tidak mudah berputus asa dan sentiasa yakin dengan pertolongan Allah. Allahuakbar.
Hidup kita yang merupakan satu perjalanan menuju akhirat juga memerlukan strategi penggunaan ruang masa dan peluang. Banyak simpang siur dalam perjalanan ini yang memerlukan petunjuk daripada Allah. Namun ramai daripada kita masih mengenepikan atau leka hubungan kita dengan Allah. Kesannya bila ruang masa dan peluang itu tertutup, destinasi akhirnya pasti mengecewakan dan menakutkan. Nauzubillah min zalik. Jom kita pertingkatkan hubungan kita dengan Allah. Insha Allah. .