Pertemuan saya dengan seorang teman agak hambar. Berjumpa setelah lebih 30 tahun berpisah. Sewaktu berbual dengannya tempohari saya dapat merasakan dia kurang mengenali saya.
Tahun 80an dulu saya pernah bermusafir bersamanya ke konvensyen MISG di bahagian tengah Amerika Syarikat. Perjalanan pergi saja mengambil masa beberapa hari. Kembara yang agak lama. Sudah semestinya timbul bibit-bibit persahabatan
Namun, selepas itu kami terputus hubungan. Maklumlah ketika itu saya masih bujang dan dia sudahpun berkeluarga, Punya anak seorang. Pastinya dia sibuk mengurus keluarga ketika itu.
Tahun 80an dulu saya pernah bermusafir bersamanya ke konvensyen MISG di bahagian tengah Amerika Syarikat. Perjalanan pergi saja mengambil masa beberapa hari. Kembara yang agak lama. Sudah semestinya timbul bibit-bibit persahabatan
Namun, selepas itu kami terputus hubungan. Maklumlah ketika itu saya masih bujang dan dia sudahpun berkeluarga, Punya anak seorang. Pastinya dia sibuk mengurus keluarga ketika itu.
source: Google maps |
Dalam menyusuri lebuhraya kehidupan ini, dugaan dan cabaran pastinya perlu ditempuhi oleh kita sebagai makhluk Allah. Adakalanya kita berjaya mengatasinya adakalanya tidak. Namun yang penting ialah apakah usaha kita lakukan untuk menempuhi segala dugaan dan halangan. Jerit perih, usaha yang istiqamah dan bersungguh-sungguh tetap ada ganjaran di akhirat kelak.
'Hidup ialah siri ujian yang berterusan dan berkesinambungan. Selagi hidup, selagi itulah diuji. Ini sangat memenatkan. Bukan sahaja anggota fizikal tetapi elemen dalaman kita juga . Jiwa fikiran dan emosi perlu direhatkan dan dirawat. Justeru, musafir kehidupan yang penuh ujian ini perlukan R n R( Rehat dan Rawat)
Bagaimana jiwa, fikiran, emosi dan fizikal kita direhatkan dan dirawat? Jawabnya, dengan solat. Solat, kaedah yang paling efektif untuk merawat diri kita. Solat itu rehat.
Dalam solat ada kerehatan kerana itulah masa hamba 'berkomunikasi' dengan Tuhannya, Yang Maha Pengasih dan Maha Berkuasa. Bayangkan seorang kekasih sedang berbisik dengan kekasihnya. Bukankah itu satu keindahan dan kemanisan?
Firman Allah:" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjadi tenang."
(Al Ra'd 13: 28)
Dalam kehidupan yang sangat meletihkan ini, jangan sekali-kali mengabaikan solat. Solat ialah saat yang paling intim antara hamba dengan Tuhan.
Jangan gopoh dan tergesa-gesa dalam hidup, bertenang dan berehatlah selalu dengan solat.'
Ust. Pahrol Mohd Juoi- Solusi isu 68
Seketika, saya teringat perjalanan bermusafir ke Illinois yang pernah kami tempuhi bersama satu ketika dahulu. Melalui kawasan gurun berbatu yang pelbagai bentuk di New Mexico. Juga kawasan yang dipenuhi salji di Illinois. Dua keadaan alam yang yang amat berbeza. Subhanallah, amat unik dan indahnya ciptaan yang Maha Berkuasa.
No comments:
Post a Comment