Sumber: http://kbergetar.org/jejak-rasul-as-salam-2016/ |
Dulu
semasa bulan Ramadhan, rancangan inilah yang ditunggu-tunggu kami
berdua, saya dan emak.Walaupun saya di Selangor dan emak di Kedah, rancangan ini
antara topik perbualan kami setiap kali say menelefonnya. "Hari ini kisah
apa, penggambaran di mana, siapa yang pergi dan mengacara."
Ramadhan ini kali pertama saya tidak dapat lagi berbual dengan emak. Emak telah pergi bertemu
penciptaNya awal tahun ini. Sakit emak tidak lama. Ya, memang berat
hendak melepaskan emak pergi, namun saya redha sebab diri ini pun entah
sampai bila umurnya. Ya Allah permudahkan perjalanan akhirat ke dua-dua
ibu dan ayah ku. Jauhilah mereka daripada azab kubur dan masukkanlah
mereka ke dalam syurga Firdaus mu.
Rancangan
yang dimaksudkan ialah Jejak Rasul yang diterbitkan oleh TV3. Tahun ini Jejak Rasul Assalam 2017 di fokuskan kepada Tinggalan Anbiya' dan Kesahihannya. Ia diacara oleh Da'i Tajdid
Hadhari dan negara yang dilawati ialah Palestin, Jordan dan Turki. Rancangan ini agak berlainan daripada yang jejak Rasul
sebelumnya. Walaupun negara negara Jordan Palestin dan Turki
pernah di siarkan dalam Jejak Rasul beberapa tahun lalu, kali ini rancangan ini berlaian.
Sebab mereka menyelidik kesahihan fakta berdasarkan riwayat-riwayat yang telah biasanya di ketahui oleh orang Islam sendiri.
Baru-baru ini saya sempat menonton Jejak Rasul Assalam yang
memaparkan kisah tasik Thabariyyah. Tasik ini yang lebih dikenali
sebagai tasik Tiberia atau Laut Galilee ataupun Tasik Kineret terletak dalam wilayah Israel.
Nabi
Muhammad s.a.w. satu ketika dahulu pernah menceritakan dahulu satu
peristiwa tentang bertemunya sekumpulan pelayar dengan Dajjal. Walaupun
pernah mendengarnya beberapa kali, baru baru ini saya terbaca kisah
ini di sebuah majalah.
Hadith
ini agak panjang tetapi ini antara yang diceritakan oleh Tamim al Dari (salah seorang pelayar) kepada Nabi Muhammad s.a.w.. Dahulunya beliau seorang Kristian namun telah berbaiah dan memeluk
agama Islam ketika itu. Beliau telah menceritakan tentang al Masih al Dajjal kepada Rasulullah.
Tasik Galilee- Sumber- Israel Today |
Tamim bersama 30 orang daripada
kabilah Lakhm dan Judzam telah belayar dalam sebuah kapal. Taqdir
Allah, kapal mereka telah dilambung ombak sehingga mereka hanyut di tengah lautan selama sebulan. Mereka akhirnya terdampar di sebuah pulau
di tengah lautan tersebut. Di situlah mereka bertemu dengan seekor
binatang yang berambut sangat lebat dan kaku. Binatang itu boleh
bercakap dan menyuruh mereka pergi bertemu seorang lelaki di sebuah
rumah ibadah. Tubuh lelaki itu sangat besar dan diikat dengan kuat.
Kedua-dua tangannya terikat dengan lehernya, antara dua lututnya
terikat dengan besi.
Antara soalan yang ditanya oleh lelaki yang pelik ini kepada mereka(pelayar)
......."Khabarkan kepadaku tentang Tasik Thabariyyah."
Mereka menjawab," Tentang apa engkau meminta beritanya."
"Apakah masih ada airnya?"jawabnya
Mereka menjawab," Danau itu banyak airnya."
Ia mengatakan," Sesungguhnya hampir-hampir airnya akan lenyap. Beritahulah kepadaku tentang mata air Zughar.".......
(Riwayat Muslim)
Sumber:
Datuk Dr Zahazan Mohamed-Solusi isu 101
Paras
air Tasik Thabariyyah yang dilawati oleh Da'i Hadhari sebenarnya sudah
pun agak kritikal kebelakangan ini disebabkan prlbagai faktor.
Antaranya ialah kemarau yang berpanjangan terutama sekali di musim sejuk. Bahkan terdapat
sebahagiannya sudah pun kering hingga ke dasar. laut. Semuanya bukan
kebetulan dan tentunya ia takdir Allah, petunjuk bagi orang orang yang berfikir.
Wallahualam.