Kakak tidak menjawab. Saya faham.buku-buku tu sudah semestinya berharga
baginya dan membawa seribu satu memori zaman persekolahnnya. 'Sentimental
value' w
alaupun sekarang ini jika dijual sekalipun harganya mungkin beberapa sen sahaja.
alaupun sekarang ini jika dijual sekalipun harganya mungkin beberapa sen sahaja.
Zaman sekolah
rendah tahun 70an dahulu tak ramai dari kami yang punya peluang
untuk membeli buku, terutama sekali buku cerita. Orang tua masih
bertungkus lumus menyara hidup keluarga. Tak punya ongkos yang banyak
untuk membeli barang-barang yang lain, inikan pula buku cerita.
Tahun 70an dahulu, bagi mereka yang ulat buku mempunyai buku cerita
bagaikan satu harta yang sangat bernilai. Buku kepunyaan sendiri
pasti dikepit erat atau di pampang di hadapan rakan bagaikan gajet yang
canggih zaman ini.
Di mana
kami peroleh buku cerita yang istimewa? Samada melalui anugerah
kejayaan cemerlang di hari penyampaian hadiah. Pihak sekolah ketika
itu memang lebih suka memberi buku sebagai hadiah. Ataupun daripada tabungan duit sendiri hasil daripada berjimat cermat duit
sekolah yang diberi, mungkin hanya 10 sen atau 20 sen sehari.
Saya masih ingat betapa gembiranya saya mendapat beberapa buah buku Enid Blyton sebagai hadiah pelajar terbaik Sains darjah 5. Salah sebuah buku itu masih dalam simpanan saya sehingga hari ini walaupun sudah berusia lebih 40 tahun!.
Saya masih ingat betapa gembiranya saya mendapat beberapa buah buku Enid Blyton sebagai hadiah pelajar terbaik Sains darjah 5. Salah sebuah buku itu masih dalam simpanan saya sehingga hari ini walaupun sudah berusia lebih 40 tahun!.
Teringat saya tentang seorang pakar motivasi di tv yang pernah
memberitahu " Saya pernah membaca hampir kesluruhan buku di
perpustakaan." Hebat, bukan? Hidupnya di zaman kanak -kanak bukannya mewah
sehingga dapat membeli buku-buku dengan mudah. Namun itu satu
usahanya yang terpuji untuk mendapat ilmu.Walaupun ketika itu ramai
dari kalangan orang Melayu yang miskin, mencari ilmu bukan satu alasan
bagi mereka.
Perpustakaan
memang tempat yang menarik bagi pelajar sekolah menengah tahun 70an
dahulu. Pernah satu ketika, seorang guru mencari cari anak-anak murid yang ponteng kelasnya dan menjumpai kebanyakan daripada mereka berada di
perpustakaan! Piat! piat !dirotannya mereka sewaktu keluar daripada
perpustaakaan. Hukuman bagi mereka yang begitu berani ponteng kelasnya!
Mungkin murid- murid sekarang bukan lagi ke perpustakaan tika ponteng,
bukan?
Adakalanya
pernah juga saya teringn memiliki buku-buku daripada luar negara. Tapi
bila disedari tahap kemampuan kami yang sederhana, cukuplah sekadar membelinya
sahaja di 'second hand bookstore'. Mungkin itu saja cara untuk
memperolehi buku-buku import yang murah. Walaupun kulitnya tidak
secantik dan berkilat sebagaimana asal, semestinya ia menjadi sebahagian daripada
koleksi buku saya yang sangat berharga.
Gamaknya
dengan mengumpul duit sendiri untuk memmbeli barang barang berbentuk
ilmiah itulah yang mematangkan kami. Berdikari untuk mencari ilmu.
Saya masih ingat lagi membaca tentang satu kisah kegemilangan dinasti Abbasiyyah.
'Khalifah
Al Ma' mun ialah seorang khalifah dinasti Abbasiyyah. Beliau adalah
seorang yang sangat cinta kepada ilmu dan pengetahuan. Bahkan, kadang
beliau harus memaksa para musuhnya menandatangani surat perjanjian yang
berisi kesediaan untuk memberikan sebahagian buku-buku berbahasa Yunani
yang sangat bernilai dan sukar didapati. Beliau juga sering mengirim
utusan - utusan ke pelbagai penjuru untuk membeli ataupun menyalin
teks-teks asli buku yang bertulisan tangan. Kebetulan, salah seorang yang
menjadi pemimpin dari rombongan ini adalah Muhammmad bin Musa Al
Khawarizmi. Beliau pernah dikirim ke Afghanistan, bahkan pernah sampai ke
India lalu pulang dengan membawa buku-buku tulisan tangan yang sangat
berharga. Lantas baginda menyerahkan urusan pengaturan Al Hikmah kepada
Al Khawarizmi dan menjadikannya sebagai pusat sastera yang di diami
oleh para ulama dan penterjemah yang dibayar langsung oleh negara. '
Al Hikmah-12 tokoh Pengubah Dunia-Khalid Haddad
Begitulah
gigihnya seorang khalifah mendapat ilmu walaupun sumbernya bukan
daripada orang Islam. Allah Ar Rahman memberi rezeki dalam bentuk ilmu
kepada semua manusia tak kira Islam atau tidak. Biarpun ilmu itu
datangnya daripada orang bukan Islam, tugas orang Islam tetap
mendapatkan ilmu sebanyak yang mungkin.'
"Hmm...
Buku cerita ada manfaat ke?" Bergantung kepada jenis cerita dan gaya
penceritaannya. Tahun 70an dahulu antara yang menjadi kegemaran kanak-
kanak ialah jenis 'adventure' atau cerita berkenaan sekolah . Bagi saya
cerita-cerita ini menguji minda antaranya melibatkan penyiasatan,
danpeng alaman menarik yang dilalui oleh sekumpulan kanak kanak Buku cerita
dalam bahasa Inggeris meluaskan kosa kata(vocabulary) bahasa
inggeris. Tidak dinafikan buku-buku yang merosak minda memang ada
seperti buku buku lucah dan yang menyeleweng daripada Islam. Cuma kita
perlu berhati-hati. Sama seperti sekarang kita perlu mengawasi
penggunaan internet dalam kalangan kanak-kanak.