Saya meminta KEKUATAN
dan Allah memberi saya KESULITAN untuk membuatkan saya KUAT.
Saya bertanya tentang KEBIJAKSANAAN 
                           dan Allah memberikan saya MASALAH untuk DISELESAIKAN.Detik itu saya terus teringat tentang sebuah 'poem' berbahasa Inggeris yang pernah saya baca beberapa tahun lepas. Sewaktu mengadakan kelas English Communication di rumah, pernah saya menyuruh pelajar pelajar saya mendeklamasikan puisi ' God, May I ask' bagi salah satu persembahan terakhir mereka bagi kelas tersebut. Bila dibandingkan dengan puisi bahasa Melayu yang saya dengar di radio IKIM, saya pasti maksud puisi ini hampir sama dengan puisi 'God May I ask'.
 Walaupun puisi ini sangat menarik,namun
 saya masih tidak tahu siapakah pencipta puisi ini sekian lama. Lebih 10 tahun yang lalu saya telah mula menggunakan puisi ini di dalam kelas. Alangkah
 terkejutnya bila pengacara radio  ini memberitahu bahwa puisi ini 
sebenarnya karya Salahuddin Al Ayubi, seorang pahlawan Islam yang terkenal dengan kejayaannya menakluk Jerusalem satu ketika dahulu. Istimewanya di sebalik 
kepahlawanannya ,Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat 
menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada
 orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia.apabila Sultan 
Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam 
tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem, malah pada keesokan 
harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira 
sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di 
tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.Kehidupan pemimpin sangat sederhan(zuhud) sehinggakan diakhir hayatnya hartanya tidak cukup walaupun hanya sekadar kos pengkebumiannya. Allahuakbar.
Walaupun puisi ini sangat menarik,namun
 saya masih tidak tahu siapakah pencipta puisi ini sekian lama. Lebih 10 tahun yang lalu saya telah mula menggunakan puisi ini di dalam kelas. Alangkah
 terkejutnya bila pengacara radio  ini memberitahu bahwa puisi ini 
sebenarnya karya Salahuddin Al Ayubi, seorang pahlawan Islam yang terkenal dengan kejayaannya menakluk Jerusalem satu ketika dahulu. Istimewanya di sebalik 
kepahlawanannya ,Stanley Lane Poole (1914) seorang penulis Barat 
menyifatkan Salahuddin sebagai seorang yang memilliki kelebihan daripada
 orang lain kerana menunjukkan akhlak yang mulia.apabila Sultan 
Salahudin al-Ayubi menakluk kembali Jerusalem pada 1187, tentera Islam 
tidak membunuh seorang pun penduduk Jerusalem, malah pada keesokan 
harinya Salehudin telah membenarkan penganut semua agama (tidak kira 
sama ada Islam atau Kristian atau Yahudi) untuk bersembahyang di 
tempat-tempat suci masing-masing di bandar tersebut.Kehidupan pemimpin sangat sederhan(zuhud) sehinggakan diakhir hayatnya hartanya tidak cukup walaupun hanya sekadar kos pengkebumiannya. Allahuakbar. Pulang ke rumah saya cuba mencari puisi versi bahasa melayu ini di internet. Berdasarkan beberapa sumber, saya mendapati puisi ini memang antara karya Salahuddin Al Ayubi. Namun kesahihan tentang penulis karya ini hanya sahkan sekiranya saya temui sumber-sumber lain mengenainya . Sekiranya benar, sayalah antara orang yang sangat bersyukur bertemu dengan puisi berbentuk ketuhanan yang sangat memberi kesan kepada diri ini.
Menghayati puisi ini, sudah pasti memberi pelbagai pengajaran kepada kita. Dari mengajar kita supaya selalu berdoa hinggalah yang redha dengan apa yang Allah telah tentukan kepada kita. Benarlah apa yang Allah katakan kepada kita,
Firman Allah yang bermaksud:
Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagi kamu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagi kamu. Allah Maha Mengetahui sedang kamu tidak mengeahui."
(Surah Al Baqarah 2:216)
Sumber rujukan :
http://www.poemsonly.com/poem/1591
http://nauratulhidayah2.blogspot.my/2011/12/kata-kata-renungan-dari-salahuddin-al.html
http://kopiahkuning.blogspot.my/2012/05/kisah-sahabat-3-salahuddin-al-ayubi.html
 
 
 
 
 
 
 
No comments:
Post a Comment