|
Sumber- Scan Halal |
|
Sumber- Scan Halal |
Biasa dengar tentang scan halal ini? Di Malaysia
mungkin kita berasa kurang perlu menggunakan apps seperti ini kecuali terdapat
barangan yang kita was was dengan isi kandungannya, terutama sekali yang
melibatkan nama saintifik. Oleh kerana banyaknya barangan halal di Malaysia lebih mudah kita menggunakan barangan yang
berlabel Jakim sahaja.Walau bagaimanapun saya pasti ada diantara kita teringin menggunakan barang-barang import sekali sekala.Oleh itu, aplikasi ini boleh memudahkan kita.
Sekiranya berada di Amerika Syarikat, antara cara
yang paling mudah mengetahui barangan itu dibenarkan syarak ialah menggunakan aplikasi scan halal ini . Apa yang pelu dibuat
ialah scan dan anda akan mendapat maklumat tentang satus halal barang
tersebut.
Selepas anda scan, di skrin itu mungkin akan terpapar 'You
can use this product', 'doubtful(mencurigakan) atau 'You're avoiding this
product'.
'You can use this product' maksudnya semua isi kandungannya halal
dan anda boleh menggunakannya tanpa was was. 'Doubtful' menandakan
terdapat bahan bahan mencurigakan (tak pasti halal atau tidak) dalam
produk tersebut. 'You're avoiding this product' menandakan terdapat bahan
yang haram dalam produk ini. Oleh itu elakkan memakan atau menggunakan
produk ini.
Sekiranya bahan itu 'doubtful' sila sentuh bahagian 'Ingredients' dan akan di paparkan bahan-bahan di dalamnya. Perkataan yang
bergaris itulah yang menyebabkan barangan itu mencurigakan. Kemudian sentuh
bahagian bergaris itu dan akan dipaparkan kenapa bahan kandungan itu
dikatakan mencurigakan. Dengan itu anda tidak akan tertanya-tanya kenapa
barangan itu lebih baik dijauhkan.
|
Sumber Scan-halal |
Sekiranya anda scan satu barang
dan dipaparkan 'You're avoiding this product' ia bermakna barang ini haram
digunakan. Sentuhlah bahagian 'Ingredients' dan anda akan diberikan senarai
bahan-bahan didalamnya. Kemudian bila sentuh perkataan bergaris dalam
bahagian 'Ingredients' itu, akan dipaparkan kenapa bahan itu haram dimakan dan digunakan.
Anda akan lihat ada satu lagi bahagianiaitu
'Alternatives' pada skrin tersebut. Di sini disenaraikan barangan alternatif
yang boleh digunakan sekiranya anda tidak boleh menggunakan barangan
yang anda scan. Sekiranya barangan itu boleh digunakan pun disenaraikan
juga cadangan barangan altenatif yang boleh digunakan. Mana tahu entah-entah produk itu lebih baik daripada produk yang anda scan.
Anda juga
akan dapat perhatikan produk-produk yang sedang di scan oleh pengguna-pengguna lain di seluruh dunia. Selain daripada Amerika Syarikat, ada
pengguna scan halal ini daripada Dubai dan Saudi Arabia. Saya sendiri
pernah mencuba halal scan ini untuk mengesahkan scan ini berjaya atau
tidak di gunakan di Malaysia. Alhamdulillah ia berjaya setelah saya taip
barcode produk tersebut. Malangnya barangan yang dibeli 4-5 tahun lepas
di Amerika Syarikat tidak dapat lagi saya scan dan perolehi maklumat
berkenaannya.Mungkin sebab barcode tersebut sudahpun ditukar.
Ingin diingatkan bahawa aplikasi ini ada beberapa kelemahan juga. Oleh itu kita perlu merujuk pada senarai barangan halal yang lain juga semasa membeli.
Bagaimana dengan anda yang berada di Amerika Syarikat, sudah cuba aplikasi.ini?
Bersambung.