Wednesday, April 15, 2015

Kelas 'English Communication' Antara Kelas Yang Menarik

Salah satu kelas tuisyen saya yang paling menarik ialah kelas English Communication. Kelas ni ialah sebuah kelas yang saya wujudkan dengan menggunakan silibus saya sendiri.Oleh itu saya tidak terikat dengan gesaan untuk menghabiskan silibus pada tempoh masa tertentu.

Setiap pengajaran dan pembelajaran dibuat secara santai namun berkomunikasi dalam bahasa Inggeris ditekankan walaupun seseorang pelajar itu tidak pandai membaca dalam bahasa Inggeris.

Bolehke? Dalam kelas ini para pelajar di bahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan biasanya terdapat pelajar yang mempunyai kemahiran yang berbeza. Dari yang sudah mahir membaca hinggalah yang tidak tahu membaca langsung. Pelajar-pelajar yang agak mahir ini akan membantu pelajar yang lemah. Saya akan membantu mereka secara keseluruhannya.

Setiap kali kelas pastinya ada persembahan. Antara bentuk persembahan yang saya adakan ialah lakonan, promosi dan nyanyian nasyid.  Mereka diberi masa untuk berlatih sebelum persembahan.  Semasa berlatih itulah ahli kumpulan akan membantu ahli yang lain untuk membuat persembahan. Saya akan membantu dari segi intonasi dan sebutan kepada pelajar yang dah agak mahir dan pembacaan bagi pelajar yang lemah. Soal kefahaman adalah adalah bahagian aspek yang lain.

Saya agak kasihan kepada pelajar yang sangat lemah dalam bahasa Inggeris namun tak diberi peluang untuk bersuara di sekolah. Dalam kelas ini semua pelajar dimestikan bersuara biarpun hanya beberapa patah perkataan. Tidak pula saya nampak mana-mana pelajar memperlekehkan pelajar yang lemah. Yang isitmewanya 'team work' ini berjaya merapatkan persahabatan antara pelajar-pelajar tersebut.

InsyaAllah saya akan sambung lagi perbincangan tentang kelas ini.

No comments:

Post a Comment

Popular Posts