Monday, November 4, 2013

Keputusan Membuat Pembedahan Tulang Belakang

Dec 2010 aku membuat keputusan untuk menjalani pembedahan setelah rawatan alternatif yang lain tidak menampakkan 'improvement'. Dr Ali, pakar tulang belakang menerangkan  segala langkah yang perlu dilakukan sebaik sahaja aku menyatakan persetujuanku untuk menjalani pembedahan pada bulan itu juga. Aku perlu mendapat pelepasan daripada pakar thyroid dan pakar asthma yang aku merawat aku sebelum pembedahan itu dijalankan.

Oleh kerana tahap  thyroid aku sudah kembali normal, aku mendapat perlepasan dengan mudahnya daripada pakar thyroid. Walaubagaiamanapun ketika aku membuat keputusan untuk pembedahan tersebut, aku masih batuk. Bagi seorang pesakit asthma, batuk boleh membawa kepada asthma jika tidak dikawal.  Pesakit asthma juga adalah dianggap 'high risk patient' bagi pembedahan. Oleh itu, pelbagai 'ujian' yang perlu dibuat sebelum doktor memberi aku pelepasan pembedahan tersebut.

Akhirnya setelah memeriksa segala ujian yang berikan, doktor tersebut memberi pelepasan walaupun ketika itu aku masih belum baik sepenuhnya dari batuk. Sebagai pesakit asthma memang payah bagiku bebas daripada batuk  dalam masa yang singkat.. Sekali terkena  batuk dan asthma ia mengambil masa lebih  tiga bulan untuk sihat kembali.  Sekiranya terkena asthma yang teruk, badan menjadi lemah dan komunikasi amat terbatas.

Sehari sebelum pembedahan, aku 'check in' ke wad. Sebaik saja aku berehat di katil, maka pelbagai ujian di lakukan sebelum pembedahan. Aku terpaksa menjalani x ray untuk memastikan kedudukan terkini tulang aku dan  ecg untuk menentukan jantung ku 'ok'. Untuk melegakan batuk, doktor telah mengarahkan aku menjalani ventolin inhalation berkali kali. Ubat batuk dan pelbagai ubat terpaksa aku ambil supaya aku lebih selesa semasa pembedahan. Ini tidak termasuk tekanan darah yang sentiasa diambil oleh jururawat di sana. 

Untuk menenangkan kegerunanku menghadapi pembedahan, aku mengambil ar zam- zam yang aku beli sebelum aku masuk wad.Aku juga percaya dengan kuasa Allah, air zam zam juga boleh melegakan  batuk.   Solat fardhu dan hajat juga mententeramkanku..Aku hanya sempat tidur beberapa jam saja sebelum ke bilik pembedahan.

Aku bersyukur suamiku sentiasa di sampingku untuk  mententeramkan aku. Walaubagaimanapun  segala kemungkinan bermain difikiran ku. Aku hanya mampu berdoa di saat aku di bawa ke bilik pembedahan "Ya Allah, ampunkanlah  aku.. Amalanku yang amat sedikit ini mampukah menampungku ke syurga. Ya Allah, hanya dengan rahmatmu akan ku ke syurga. Hanya kepadamu aku berserah."

Bersambung

1 comment:

  1. Assalamualaikum tuan,
    Mcm mana dgn spine tuan?
    Sudah diubati ke?

    Saya juga pernah melalui kesakitan slipped disc ni dan dah operate pada April 2011.
    Sekarang saya consume supplement untuk joints and bones.
    Alhamdulillah, dah 2x mengandung tanpa masalah :)

    Supplement yg saya amalkan ialah
    Shaklee OsteMatrix, Advance Joints Health Tablets dan Omega Guard.
    Juga tambahan Vivix untuk diminum (liquid solution)

    Jika tuan nak mencuba, boleh hubungi saya melalui SMS/Whatsapp 017-3490890. Saya tak jual, tapi akan tolong belikan dan poskan kepada tuan.

    Semoga tuan sentiasa sihat dan dirahmati Allah

    ReplyDelete

Popular Posts