Selain daripada nasi kandar dan popia, pasembur (orang Penang sebut Pasembog-ada sebutan 'ain kat belakang) ialah satu lagi makanan istimewa Pulau Pinang. Kalau di KL atau tempat lain ia disebut Rojak. Pasembur Pulau Pinang ni kesedapannya terletak pada kuahnya yang di buat daripada keledek. Kalau pasembur kuahnya macam kuah kacang, tu bukanlah pasembur Pulau Pinang. Pasembur Pulau Pinang ni boleh dipilih sama ada yang biasa atau yang mahal . Bagi yang biasa ia terdiri daripada campuran cucur, tauhu(taukua), telur, kentang ,sengkuang dan timun. Bagi yang mahal bolehlah pilih sendiri cucur dan juga udang serta ketam.
Adakah pernah kita terfikir bagaimana makan pasembur yang ada ketam? Sebenarnya ketam goreng yang djual sekarang berbeza daripada ketam goreng pasembur yang dijual dahulu. Sepatutnya ketam yang digunakan adalah ketam lembek. Tahu apa ketam lembek? Ketam lembek bukannya ketam yang sudah tak elok seperti yang kita pernah makan di beberapa restoran. Orang Penang kata ketam yang tak elok itu ketam medak. Sebenarnya ketam lembek ialah ketam yang baru salin kulit. Ingat ketam selalu salin kulit ketika membesar....rujuk fakta sains...ketam dan udang mempunyai rangka luar tak sama seperti mamalia, manusia dan burung.Maknanya kita boleh makan ketam dengan kulit-kulitnya sekali sekiranya kita menggorengnya. Sekarang ni dengan laut tercemar bukan mudah nak cari ketam atau udang lembek. Jadi bolehlah kita bayangkan betapa sedap dan puasnya makan ketam dan udang lembek yang sudah di goreng!
Selain daripada pasembur, Pulau Pinang mempunyai jenis roti canai yang dibuat dalam bentuk dan rasa yang berbeza. Selain daripada roti canai, roti telur, roti sardin, disini ada roti tisu dan roti helikopter. Sebenarnya kedua-dua roti ini sama saja cuma bentuknya berbeza. Kedua-dua roti ini sebenarnya roti canai yang dicanai nipis dan dituang susu pekat diatasnya selain dari gula dan majerin. Cuba kita bayangkan kita mengeluarkan tisu dari kotak dengan sopan menggunakan 3 jari saja. Ada satu ketika ia akan berbentuk kon. Itulah bentuk roti tisu. Manakala roti helikopter berbentuk kipas helikopetr, dimana roti ini di gulung berbentuk kipas helikopter. Tapi rasanya tak ada bentuk kipas pun. Roti tisu dan helikopter ini biasanya tidak mengenyangkan. Hanya sesuai dijadikan snek saja atau sebagai sampingan bagi sarapan pagi.
Itulah sedikit sebanyak makanan mamak di Pulau Pinang yang di rasakan agak special.
Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini
Friday, January 21, 2011
Monday, January 3, 2011
Makanan Istimewa Pulau Pinang
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ berbanding negeri lain kat Pantai Barat," kataku sambil mempertahankan negeri asal usulku. "Kita dah selalu mai sini, sebab tulah tak rasa macam tempat holiday! Penang ni tempat bersejarah pun ada, tempat bersantai pun ada, " kataku lagi. "Tapikan...kat Penang kalau makanan Melayu tu kena tau tempat dialah. Paling senang makanan mamaklah," kataku lagi.
Aku teringat salah seorang rakanku pernah menelefon bertanyakan tentang tempat makanan Melayu. "I kat Komtar ni menuju ke Jalan Burma. Tak nampak makanan Melayupun.Mana nak makan ni.?Help!" tanya rakanku yang kali pertama pergi ke Pulau Pinang. Hari dah semakin gelap ketika itu.Rakanku ini orang Terengganu. Memanglah di Terengganu cukup senang nak makan sebab kebanyakannya penduduk di sana orang Melayu. "Sebenarnya you should go arah ke Glugor or Bayan Baru. Situ kawasan Melayu banyak.Tapi tak palah.Okay, lani you pi arah ke Tanjung Tokong ajelah.Kat situ ada kedai mamak dan gerai-gerai Melayu.Kedai mamak tu bersih sikit," kataku, sambil bertindak sebagai pegawai Pelancong sementara. " Kedai mamak...ala kedai melayu tak ada ke?" tanya rakanku lagi, tekak 'ganu'nya susah nak terima masakan mamak." Ada gerai kat kawasan tu tapi parking susah sikitlah. Ada satu tempat dekat roundabout Gurney Drive ada section makanan Melayu. Tapi tempat ni pun susah nak parking sebab lani weekend and school holidays," kataku lagi.Sepuluh minit kemudian dia sms bertanyakan nama kedai mamak tersebut sebab nak gunakan GPS. Dia tidak menghubungiku lagi selepas itu.
Sebenarnya makanan mamak yang biasa kita makan di negeri-negeri lain ada bezanya terutama sekali nasi kandar. Aku dah pergi ke banyak kedai mamak di Lembah Klang ni. Satu kedai pun tak memuaskan hati. Kalau nak nasik kandar yang betul nasi ini mesti di bubuh dengan sekurang-kurangnya 8 jenis kuah kari termasuk daging masak hitam. Kuah daging masak hitam ni mesti pekat dan berempah. Ada seorang mamak yang menerangkan kepadaku ketika aku memintanya nasi kandar. "Kena tunggu sikijap. Kuah tara cukup.Misti ada 8 kuah baru cukup!"katanya. Tapi 8 kuah tu bukannnya disertai dengan 8 lauk. Bankraplah kita kalau nak beli sepinggan nasi kandar dengan 8 lauk. Biasanya nasi kandar yang aku beli hanya satu lauk (samada ikan bawal hitam adatu daging) dan satu jenis sayuran beserta papadom. Hah! Tu lah nasi kandak(kandar) yang sebenar-benarnya. Kalau lagi banyak jenis kuah lagi menjilat jarilah.
Satu lagi makanan special Pulau Pinang ialah popia. Hah! Popia Pulau Pinang! Biasanya hanya orang Penang saja tahu bezanya antara Popia negeri lain. Popia Pulau Pinang ni jenis popia basah. Antara isinya kacang panjang, sengkuang, takua(tauhu),taugeh dan udang fresh. Kulit popia ini yang biasanya dibuat hari itu juga mula-mula sekali di sapu dengan secret saucenya. Lepas tu diletakkan inti. Kemudian dibalut dan seterusnya disapu dengan kuah pedas pula. Selepas itu ia di potong dan dicurahkan dengan kuah. Biasanya jika intinya banyak, popia ini cukup mengenyangkan. Cukup dua keping popia untuk makan tengahari. Tak payah benda lain dah. Namun sekarang, saiz popia semakin kecil. Tak sesuai lagi di makan sebagai makan tengahari. Emakku masih boleh makan popia sahaja sebagai makan malam kerana dia sememangnya tidak makan banyak untuk makan malam.
Asalnnya popia ini makanan orang Cina. Namun, oleh kerana sejak dari kecil lagi aku dan keluargaku was-was dengan makanan cina, kami telah memilih popia mamak yang kulitnya dibuat sendiri oleh mereka. 100% produk mamak. Jangan terkejut kalau orang Pulau Pinang memanggil 'keling' sebagai istilah bagi mamak. Macam Masjid Kapitan Kelinglah. Di Pulau Pinang, orang pure Penang panggil mee keling, popia keling, keling roti dan bukannya mee mamak, popia mamak dan mamak roti. Kalau di lembah Klang panggilan keling ialah satu panggilan yang hina bagi orang India.(Ini menurut bekas anak muridku yang berbangsa India).
Ingin tahu kisah pengembaraan saya bersama keluarga di Amerika Syarikat? Klik di sini!

Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...