Friday, November 26, 2010

Travelog Perjalananku di Amerika Syarikat. Sedikit Kupasan tentang Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang


Buku Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang sebenarnya sebuah travelog yang menceritakan tentang pengembaraan penulis sekeluarga melawat beberapa buah negeri di Amerika Syarikat bermula dari New York hinggalah California iaitu sebelah barat Amerika Syarikat.Selain daripada melawat tempat- tempat menarik di sana, penulis telah berkunjung ke masjid, Islamic Center dan penempatan orang Islam di sana. Menariknya  penulis dapat bertemu dan berinteraksi dengan beberapa orang Islam di sana untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara kehidupan orang Islam di sana seperti cara mereka menyara hidup dan pendidikan Islam contohnya di Dearborn, MIchigan. Oleh kerana penulis pernah belajar di California selama beberapa tahun, penulis sekeluarga sempat bertemu dengan salah seorang sahabat yang juga bekas AJK masjid Fresno, California. Penulis juga di ketemukan  dengan beberapa orang Islam di sana dengan tidak disangka-sangka seperti pegawai imigresen, kerani syarikat menyewa kereta, pemilik kedai dan pemandu teksi.Alhamdulillah, Allah telah permudahkan pengembaraan penulis semasa berada di sana dengan bertemunya insan-insan tersebut.


Selain daripada itu, sambil berkunjung kembali tempat yang pernah penulis belajar dan tinggal di California, penulis telah mengimbau kembali  kenangan sahabat-sahabat lama yang pernah sama-sama belajar dan berusrah.  Sahabat-sahabat itu ada yang terdiri daripada mat saleh(Caucasians), black Americans, Iranians, Chicano dan Indonesian.

Penulis dapat perhatikan daripada pengembaraannya, Islam kini berkembang luas di Amerika Syarikat dengan jumlah masjid dan Islamic Center yang kian bertambah dan  begitu ramai umat Islam yang tinggal di sana terutama sekali apabila bertemu ketika menunaikan solat jumaat. Di sana solat jumaat dihadiri oleh kaum wanita juga. Oleh itu penulis sempat bertemu dengan wanita Islam dari pelbagai bangsa.

Penulis tertarik dengan artikel dalam  Harakah 22-24 okt 2010-oleh Abd Shukri Harun berkenaan Joseph Cohen, seorang berbangsa Yahudi yang berasal dari Amerika Syarikat yang telah memeluk Islam semasa berada di Gaza. Dalam artikel itu Yousef Al Khattab(Nama Islam Joseph Cohen) menceritakan bagaimana dia mendapat pendedahan mengenai Islam melalui  peribadi muslim sejati yang ditunjukkan oleh penganut Islam di Barat iaitu lebih kepada kepatuhan mereka terhadap ajaran Islam, dalam masa yang sama  mampu menyesuaikan diri dengan pelbagai golongan masyarkat di US. Ketika  umat Islam di sesetengah negara Arab tidak boleh diharapkan, umat Islam di dunia Barat kelihatan benar-benar sedang bangkit.

Benarlah apa yang didendangkan oleh penyanyi Islam yang terkenal, Maher Zain dalam lagunya

 Awaken

Chorus:
I'm walking with my head lowered in shame from my place
I'm walking with my head lowered from my race
Yes, It's easy to blame everything on the west
When in fact all focus should be on ourselves

We were told what to buy and we'd bought
We went to London, Paris and Costa Delso
We made  sure we were seen in the most exclusive shops
Yet we felt so satisfied

We felt our money gave  us infinite power
We forgot to teach our children about history and honor
We didn't have any time to lose
When we were
so busy feeling so satisfied.

Kita biasa dan selalu menempelak pihak barat dan mengatakan kita orang Islam yang dah ok tapi sebenarnya kita hanyut  dengan keadaan okay Islam kita dan peranan kita sebagai Khalifah Islam di bumi sendiri. Sedangkan di barat, orang Islam sedang bangkit menjadikan  Islam sebagai cara hidup dan panduan hidup mereka. Paling terkini ialah tertubuhnya Kolej Zaytuna, Universiti Muslim pertama di California. Fikir-fikirkanlah.  

Untuk mendapatkan  buku Putik-Putik Islam Yang Kian Berkembang sila lihat posting dalam blog ini juga. Boleh di beli secara online.
 http://myqisah.blogspot.com/2010/11/travelog-pengembaraanku-di-amerika.html

Tuesday, November 23, 2010

Bukit Fraser

Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaan tempat yang menarik di kawasan ini menyebabkan kami selalu berfikir dua kali untuk ke sini.

Walaubagaimanapun kali ini aku terasa benar hendak keluar kota, bebas dari pencemaran udara yang semakin banyak dek ekzos kereta dan asap rokok yang sering memeritkan tekak setiap kali aku mengalami asthma. Kali ini kami hanya berkesempatan tinggal hanya satu malam di sini.
Mulanya perjalanan agak relaxing kerana jalan Kuala Kubu ke Empangan Sungai Selangor yang agak besar. Keadaan di sini agak berbeza dari dulu. Dulu perjalanan walaupun berliku, panoramanya sungguh indah dengan air terjun dan sungai yang mengalir deras  menyusur di sebelah jalan. Kini sungai dan air terjun sudah tidak kelihatan. Jalannya agak lurus dan agak cepat kami sampai ke sini.

Panorama empangan Sungai Selangor memang indah dan luas terbentang. Empangan yang kini membekalkan air kepada jutaan penduduk di Selangordan negeri berdekatan sudah dipenuhi air walaupun dahulu telah mendapat tentangan pelbagai pihak. Hanya pihak yang terlibat saja akan berasa sedih melihat kampung halaman mereka kini tinggal kenangan. Aku memahami perasaan mereka kerana aku sendiri tidak mempunyai kampung halamanku lagi dek kerana ibuku hanya mempunyai keluarga angkat dan tidak mendapat apa-apa bahagian daripada harta pusaka. Namun itu hanyalah harta dunia yang tidak kekal. Lebih baik kita tumpukan kepada harta akhirat yang akan kekal selama-lamanya. Syaratnya kita sentiasa mengingati Allah dan mengikut apa yang di suruhNya.

Sampai saja di Bukit Fraser, kami terus mencari-cari gerai untuk makan tengahari. oleh kerana sudah letih dan pening dengan jalan yang bengkang bengkok menuju ke puncak, kami rasa lebih baik kami mengisi perut kami sebelum berehat di hotel. Keadaan di sini kelihatan agak berbeza dari beberapa tahun lepas. Tiada gerai-gerai yang kelihatan sebaik saja kami melepasi gate atas. "Alamak, macam ni berapa ratus nak kena keluar hanya untuk makan ni. Setiap  kali kena makan kat hotel aje." bisik hatiku.

Namun setelah kami teruskan perjalanan mengikut jalan-jalan yang kecil ke atas sedikit daripada kawasan gate, barulah kami terpandang satu kawasan gerai yang terletak betul-betul di tepi sebuah padang permainan. Kawasan gerai ini baru dan dan nampak canggih juga. Kebanyakan gerai ini di hiasi dengan menarik dan menggunakan kerusi kayu yang agak mahal dalam gerainya. Kami memilih satu gerai yang menjual nasi campur untuk mengelakkan daripada terpaksa menunggu lama. Tuan gerai ini sangat peramah. Rajin bersembang. Lauknya juga agak sedap. Selepas itu kami terus menuju ke hotel untuk berehat.

Keesokan pagi, kami bercadang untuk makan di gerai yang sama memandangkan kami dah tahu apa yang dijual di sini berdasarkan apa di beritahu oleh tuan gerai dan poster yang di pamerkan di situ. Gerai ini kepunyaan satu pasangan suami isteri pertengahan umur, salah seorang daripada ialah anak perempuan ada ketika itu. Oleh kerana cuaca sangat sejuk kami telah memesan mihun sup. Oleh kerana mihun sup tidak dapat dibuat oleh mereka ketika itu, dia telah sanggup memesannya di gerai yang lain. Selesai makan anak perempuan tuan gerai itu datang bersembang dengan kami. Maklumlah ketika itu tak ramai orang, mungkin itu caranya untuk menarik pelanggan.Setelah mendapat tahu anakku sedang mencari kerja, langsung dia menyuruh anakku membuka website salah sebuah universiti swasta di Selangor kerana dia dapat tahu mereka memerlukan tenaga pengajar di situ.

Ketika hendak melangkah keluar, aku bertanyakan tentang bagaimana dia tahu tentang kekosongan jawatan di universiti swasta tersebut. Dia memberitahu sebenarnya dia ialah seorang pensyarah di sana. Dia ke sana untuk membantu ibubapanya semasa hujung minggu sahaja. Selepas itu dia kembali ke rumahnya yang terletak sekurang-kurangnya tiga jam perjalanan dari situ.Itulah kali pertama aku berjumpa dengan seorang pensyarah yang tidak segan silu menolong ibubapanya menjaga gerai. Sememangnya aku menyanjungi sikap insan yang berhati mulia ini yang jarang-jarang sekali aku temui di kalangan umat Islam  di negara kita.





Ingin belajar cara buat duit dengan menulis artikel? Klik di sini.

Popular Posts