Kawasan ini ada kalanya sunyi tanpa penghuni, adakalanya juga yang riuh dengan haiwan-haiwan kecil seperti prairie dogs. Makhluk ciptaan Allah ini bukannya anjing namun sejenis tikus kecil yang comel di kawasan berumput (dipanggil prairie). Busut busut kecil memenuhi kawasan prairie menandakan kehadiran sarang haiwan kecil iras-iras chipmunks ini. Namun bukan mudah menghampiri mereka. Lincahnya pergerakan mereka seperti tikus tanah, terus menyerbu masuk ke dalam tanah.
Bagaikan susah nak dipercayai yang kawasan Badlands ini sebenarnya dulu sebuah laut yang cetek, kemudian bertukar menjadi hutan separa tropika setelah berlakunya pergerakan tanah dan letusan gunung berapi. Fosil-fosil yang ditemui oleh pihak arkeologi membuktikan kesemuanya. Daripada haiwan laut ke haiwan darat yang besar-besar, semuanya pernah menghuni tanah yang kini gersang dan seroi ini. Namun iman di hati ini harus meyakini bahawa Allah berkuasa menentukan segalanya. Dia yang menurunkan air hujan dan Dia jugalah yang berkuasa menghilangkannnya daripada tanah yang pernah dipenuhi flora dan fauna di sini.
Firman Allah.s.w.t:
"Dan Dialah yang meniupkan angin sebagai pembawa berita gembira sebelum kedatangan rahmatNya(hujan), sehingga apabila angin itu membawa awan mendung, Kami halakan ke suatu daerah yang tandus, lalu Kami turunkan hujan di daerah itu, maka Kami keluarkan dengan sebab hujan itu pelbagai jenis buah-buahan. Demikianlah Kami membangkitkan orang yang telah mati, mudah-mudahan kamu mengambil pelajaran."
Al A'raf 7:57

Umumnya kita mengetahui, melancong merupakan satu hiburan yang mampu memberi ketenangan hati. Namun tidak ramai yang menyedari bukan semua tempat sebenarnya sesuai untuk memberi ketenangan. Alam semulajadi antara destinasi sesuai untuk mendekatkan diri kepada Allah.
'Suara alam ialah muzik terindah kerana keaslian dan kesucian tanpa dicemari oleh sebarang bunyi ciptaan manusia. Melihat, mendengar dan berfikir tentang alam sudah cukup bagi mereka untuk merasai keindahan Penciptanya.
Rasulullah s.a.w. bersabda," Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka pada keindahan."
Rasulullah s.a.w. bersabda," Sesungguhnya Allah itu indah. Dia suka pada keindahan."
(Riwayat Muslim)

Namun, usah kita alpa. Melancong hanya memberi hiburan sampingan sahaja. Hiburan asasi tetap apa yang kita wajib lakukan 5 kali sehari, yakni solat.
'Solat jika benar benar difahami, dihayati dan dirasai, maka ia akan memebri kerehatan ada fizikal, mental, emosi dan jiwa.ia suatunkerehatan buat jiwa.
Firman Allah" Ketahuilah dengan mengingati Allah, hati akan menjaditenang."
Surah al Ra'd 13: 28'(1)
Rujukan:
1. Tenang Ada di sini-Pahrol Mohd Juoi
Islamic Center of South Dakota juga salah satu destinasi dalam pengembaraan 'Islam of the Mountain West' kami ini. Terasa lebih selesa menunaikan solat di rumah Allah ini berbanding di luar dalam kesejukan yang mencengkam tulang. Alhamdulillah, sempat kami berbual sebentar dengan Imam Muhammad yang berketurunan Mesir di Islamic Center ini.