Monday, December 28, 2009
great wall of China
Great Wall of China dibina untuk mempertahankan negara China dari serangan musuh di sebelah utara. Tembok yang sepanjang 6000 kilometer ini mengambil masa lebih kurang 2 ribu tahun untuk siap.Siapa yang tak tahu tentang Great Wall of China.Satu binaan yang terkenal dan unik di kawasan pergunungan negara China. Bahagian Great Wall yang terletak agak berhampiran dengan Beijing terletak di kawasan Bandaling. Beberapa kilometer sebelum sampai ke destinasi kami terpesona melihat deretan Great Wall yang kukuh di sepanjang kawasan pergunungan. Sampai di kaki gunung kami pun tak sabar-sabar cuba memanjat binaan yang terkenal ini. Lebar Great wall ini boleh memuatkan 6 kuda secara mengiring.Batu-batu yang digunakan untuk membuat binaan ini masih kukuh hingga sekarang. Dikatakan batu-batu ini diambil dari tempat lain dan bukan dari kawasan sekitar.
Kami cuba memanjat sehingga peringkat pertama.Angin yang kuat dan cuaca begitu sejuk sampai ke sumsum tulang melambatkan perjalanan kami. Alhamdulillah,ketiadaan anak tangga pada awalnya memudahkan kami berjalan sambil bersiar-siar. Selepas itu barulah kelihatan anak tangga yang semakin lama semakin tinggi. Sampai ke peringkat kedua, lutut ku dah mula memberi isyarat supaya aku berhenti. Anak-anakku meneruskan perjalanan bersama suami ku. Baru mereka melangkah beberapa anak tangga mereka berhenti dan duduk. Aku menjerit kepada mereka menanyakan sebab mereka berhenti. Aku terpaksa menjerit kerana ramai orang-orang China disekeliling ku yang bercakap kuat. Tiba-tiba seorang gadis menghampiriku dan bertanya," Mak cik dari Malaysia ke?" Aku terkejut mendengar orang menanyakan aku dalam bahasa Malaysia kerana aku tak nampak ada orang Malaysia disitu. Biasanya aku tahu wanita Malaysia dgn pakaianlalu dan tudung yang dipakainya. " Adik dari Malaysia ke?"tanyaku setelah aku berhadapan dengannya.Dia mengangguk lalu memberitahuku dia seorang pramugari di syarikkat antarabangsa. Katanya lagi dia sedang bercuti dua hari disitu bersama pramugari lain. "Seronoknya tengok makxik sekeluarga pergi bercuti bersama" katanya lagi. Nadanya seolah olah merindui ahli keluarganya di kampung. Begitulah cabaran menjadi pramugari. Sentiasa berada di tempat orang, kampung halaman jarang dapat dilawati. Rindu keluarga selalu tersemat dihati.Kesemua pramugari itu pun kemudiannya meneruskan perjalanan mereka mendaki Great Wall dengan bersemangat.
Ahli keluargaku sudahpun turun ke tempat aku berdiri. Rupa-rupanya mereka gayat. Anak tangga terlalu tinggi dan curam. Dari tempat itu jugak aku perhati seorang wanita China dalam lingkungan 50an naik dengan cergasnya sampai ke atas. Begitu berstamina sekali makcik ini.
Aku tahu tak mungkin aku naik ke atas sebab aku memang seorang yang gayat dan lututku tak biasa dengan anak tangga yang sebegitu tinggi dan curam.
Jessica, pemandu pelancong kami tidak naik bersama mendaki Great Wall. Maklumlah sebagai seorang pemandu pelancong sudah semestinya dia selalu ke sini. Dia menerangkan kita boleh nampak Jalan Sutera yang terkenal dengan jalan perdagangan zaman dahulu dari atas puncak sekiranya kita naik kubu ini.Malangnya hajat kami hendak melihat jalan itu tak kesampaian.
Dikatakan ada sebahagian dari Great wall di sini mempunyai perangkap musuh yang sulit dan begitu besar. Musuh yang terperangkap kemudiannya akan dibunuh. Selain itu terdapat empangan untuk bekalan air bagi tentera di sana.Bahagian ini juga lengkap dengan pejabat bagi ketua tentera. Semuanya telah disediakan bagi menghadapi serangan musuh semasa keempat-empat musim. Pergunungan ini gersang dalam musim lain dan bersalji dalam musim sejuk. Cubalah kita bayangkan keadaan tentera China disini sekiranya tidak dilengkapkan dengan kemudahan asas. Sudah semestinya sukar.
Oleh kerana cuaca begitu sejuk dan perut kami dah berkeroncong, kami pun menaiki van meninggalkan kubu kemegahan negara China ini menuju ke restoran Islam yang berhampiran.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Popular Posts
-
Takua Rendang Kat mana nak dapat makanan Melayu di Pulau Pinang? Kena tahu tempat- tempat penempatan Melayulah. Walaupun kadangkala kit...
-
"Mak, kenapa depa nak mai Penang untuk bercuti? Best sangat ka Penang ni?," tanya anakku. "Banyak tempat menariklah kat situ...
-
Kali pertama saya terdengar tentang kopi Luwak ialah melalui rancangan pemgembaraan Chef Wan di TV9 baru-baru ni. Kopi luwak ni adalah seje...
-
Masjidil Haram dan Menara Jam Bumi Haramain...Nama yang di berikan kepada Makkah al Mukaramah dan Madinah al Munawarah. Saban tahun beg...
-
Sudah lama aku tidak menjejak kaki ke kawasan pergunungan ini. Walaupun perjalanan ke bukit Fraser memakan masa tidak sampai 2 jam, ketiadaa...
-
Baru baru ini dalam program Tanyalah Ustaz TV9, seorang pemanggil telefon telah menceritakan bagaimana seorang mualaf yang telah berpuluh-...
-
Raccooons- Pic Source: smashinglists.com Suatu hari ketika aku sedang berehat sambil menonton tv, tiba- tiba "prang!", bunyi k...
-
"Kelas fardhu ain? Nak belajar apa lagi? Kan kita dah belajar dulu," kata seorang sahabat. Kami berjumpa di masjid selepas so...
-
"Tadi Ati pi kat sekolah tu. Ada orang jual ABC kat bawah pokok. Ati teringin pula nak makan ais kepal. Lani mana ada orang jual ais ke...